PLEASE DO NOT COPY OR TAKE ANY ENTRY IN THIS BLOG. ALL ARE WRITTEN HERE IS BELONGS TO KEYLA ALI EXCEPT WHEN IN DESCRIBE. ENJOY READING AND FEEL FREE TO LEAVE YOUR COMMENTS HERE. THANK YOU.

Thursday 23 August 2012

CBA - PART 6


“K
au  tak  balik  lagi  ke?”  Syakif  hanya  menggeleng  sebagai  tanda  menjawab  soalan  Amir.
“Kalau  macam  tu  aku  bla  dululah.”  Amir  bangun  untuk  menuju  ke pintu  kelas.  “Apa-apa  call  aku.”  Sambungnya  sebelum  melangkah  keluar.

Sengaja  hari  ini  dia  tidak  mahu  pulang  bersama  Amir  kerana  dia  tahu  pasti  Sue  ada  bersama.  Dia  juga  ada  urusan  yang  perlu  diselesaikan.  Jika  diikutkan,  kelasnya  sememangnya  sudah  tamat  pada  hari  ini  namun  dia  ingin  menyiapkan  sedikit  assignmentnya  yang  belum  selesai.

“Kenapa  hari  ini  tidak  ada  apa-apa  yang berlaku?”  Soalnya  tanpa  sedar.  Persis  menanti  sesuatu  terjadi.  Masakan  dia  sudah  ‘merindui’  kejadian-kejadian  yang  sering  terjadi  padanya?  Tidak  mungkin!  Dia  lantas  bangun  setelah  pasti  tiada  sesiapa  lagi  di  dalam  kelasnya.

Namun,  tidak  sempat  dia  mahu  melangkah  keluar,  tiba-tiba  pintu  kelasnya  dibuka  dari  arah  luar.  “Ada  budak  tertinggal  barang  ke?  Rasanya  tiada  apa-apa  dah  dalam  kelas  ni.”  Dia  bermonolog  sendiri.  Dia  menanti  disebalik  meja  pensyarah  yang  agak  tersorok  kedudukannya.

Airisya  melangkah  masuk  dengan  berhati-hati  agar  barang  yang  dibawanya  tidak  terjatuh.  Hari  ini  dia  ingin  memasang  perangkap  seperti  biasa.  Sepatutnya  perangkap  itu  dipasang  semalam  tetapi  disebabkan  semalam  dia  tidak  dapat  hadir  ke  kelas,  dia  batalkan  sahaja.  Setelah  diperhatikan  semua  pelajar  telah  keluar  dari  kelas  fakulti  muzik  ini,  dia  memberanikan  diri  untuk  masuk.

“Siaplah  kau,  Syakif!  Esok,  mesti  ada  yang  demam  sebab  terpegang  lipas  mati.”  Airisya  gelak  besar  bila  memikirkan  apa  yang  bakal  terjadi.

“Syakif?  Setahu  aku,  dalam  kelas  ini  ada  seorang  saja  yang  nama  Syakif.  Akulah  tu.  Tapi  dia  siapa?  Kenapa  dia  nak  kenakan  aku?”  Syakif  bersuara  perlahan.  Dia  dengar  dengan  jelas  apa  yang  dibicarakan  oleh  Airisya.  Dia  memerhatikan  setiap  gerak  geri  Airisya.  Ligat  Airisya  memasang  perangkapnya  sehingga  tidak  menyedari  dirinya  diperhatikan.

“Settle!  Tunggulah  kau  esok.  Tidak  sabar  aku  nak  tengok  engkau  melompat  macam  perempuan!”  Airisya  menyimpan  kembali  bahan-bahan  yang  digunakan.

“Sudah  siap?”  Syakif  menegurnya.

“Sudah!  Kita  tunggu  sahaja  esok.”  Jawab  Airisya  spontan.  Senyumannya  mati  serta  merta.  

“Aik?!  Rasanya  aku  buat  kerja  ni  seorang  diri.  Siapa  pula  yang…”  Terhenti  bicaranya  apabila  dia  menoleh  kebelakangnya.  “Kotak  tak  cukup  besarlah  pula.”  Dia  tertunduk  memandang  lantai.

“Sudah  lama  buat  kerja   ni?”  Tegang  Syakif  bertanya.  Airisya  tidak  berani  memandang  wajahnya.  Airisya  hanya  mengangguk.

“Seronok?”

Dia  mengangguk  lagi.

“Yang  itu  untuk  esoklah  ye?”

Tanpa  memandang  Syakif  yang  semakin  menghampirinya  dia  mengangguk  lagi.  ‘Apa  aku  mahu  buat  ni…?’

“Dah  tak  ada  mulut  nak  jawab?  Tadi  bukan  main  lagi  gelak.  Bisu  dah?”  Syakif  sudah  berada  betul-betul  dihadapan  Airisya.

Angguknya  lagi  tidak  sedar.  Syakif  tersenyum  dalam  diam.  ‘Takut  juga  kau.  Ingat  berani  sangat.’  Bisiknya.

“Eh,  belum  bisu.”  Jawab  Airisya  perlahan.  Kedudukannya  masih  sama  seperti  tadi.

“Oh,  boleh  bercakap  lagi  rupanya.  Nama  kau  siapa?”  Soalnya  tegas.  Tidak  mahu  Airisya  tahu  yang  dia  hanya  berpura-pura  marah.

“Airisya!”  Mamat  ni,  kalau  aku  lesing  baru  tahu.  Kau  bukan  tak  kenal  aku!  Berpura-pura!

“Airisya?  Aku  kenal  kau  ke?”

“Kenal  kot?”

“Aku  tanya  betul-betul,  kau  main-main  pula.  Kau  ke  yang  selalu  kenakan  aku?”

“Ha’ah.”

“Dari  awal  sampailah  semalam?”

“Ha’ah.”

“Kau  yang  buat  aku  mandi  tepung  bersalut  telur?”

“Ha’ah.”

“Kau  yang  buat  aku  melekat  atas  kerusi?”

“Ha’ah.”  Berapa  banyaklah  dia  nak  tanya.  Aku  dah  cakap  aku  yang  buat  tak  nak  percaya  pula.  Siapa  nak  senaraikan  lagi  apa  yang  aku  buat.

“Kau  suka  aku  sebab  tu  kau  buat  macam  tu  kat  aku?”

“Ha’ah.”

“Kau  sayang  aku?”

“Ha’ah.”  Alamak.  Rasanya  aku  dah  salah  jawab  ni.  Aku  memandangnya.  Dia  sudah  tersenyum-senyum  menahan  tawa.

“Woi,  kau  main-main  eh?!!”  Marah  Airisya.

“Siapa  yang  sepatutnya  marah  sekarang  ni?”  Tanya  Syakif  tenang.

“Kau.”  Airisya  kembali  tunduk  seperti  awalnya.

“Tahu  pun.  So  kenapa  kau  buat  semua  ni?”  Syakif  melangkah  ke  tempat  duduknya.

“Aku…”  Macam  mana  ni.  Nak  bagitahu  ke  eh?

“Kau  apa?  Bagitahu  sahajalah  kenapa.  Tak  payah  nak  cari  jawapan  selamat!”  Bentaknya.

“Aku  saja  nak  kenakan  kau.  Siapa  suruh  kau  buli  orang?  Akukan  pantang  kalau  tengok  orang  kena  buli.”  Airisya  meluahkan  segala  apa  yang  bermain  difikirannya.  Siapa  suruh  dia  terkejutkan  aku?  Mulut  aku  ni,  kalau  orang  terkejutkan  tuan  dia,  memang  tak  reti  nak  break  kecemasan!

“Aku  buli  orang?”

“Yup.  Kau  buli  Sue.”

“I  see.  Kau  ni  penyelamat  peribadi  dialah,  macam  tu?”

“Bukanlah.”  Ish,  mamat  ni!  Kalau  aku  kata  bengap  kang,  marah.  “Buat  apa  aku  nak  jadi  penyelamat  peribadi  dia  kalau  dia  ada  abang.”  Sambungnya  perlahan.

“Apa  kau  cakap?”  Alamak!  Nasib  baik  dia  tak  dengar.  “Tak  ada  apa.  Aku  cuma  cakap,  aku  tak  senang  nak  jadi  penyelamat  peribadi  dia.”  Dia  menerik  nafas  lega.

“Sekarang,  aku  nak  kau  bersihkan  balik  tempat  aku.”  Senangnya  dia  nak  mengarah  aku.  

“Kau  kemaslah  sendiri.  Kau  buat-buat  kau  tak  nampak  aku  hari  ini.  Babababamm…  wahai  Syakif,  apa  yang  kau  nampak  hari  ini  semuanya  tidak  betul.”  Airisya  menggerakkan  tangannya  dihadapan  muka  Syakif  seolah-olah  sedang  menarik  ingatannya.

“Oi  mangkuk!  Kau  ingat  aku  budak-budak?  Buat  sekarang!!”  Syakif  meninggikan  sedikit  suaranya.

“Ala,  aku  tak  dapat  nak  kenakan  kaulah  ni?”  Tanya  Airisya  memunjung.  Syakif  menggeleng.

“Sekali  je  lagi.”  Airisya  merayu  seperti  budak  kecil.  “No!”  Tegasnya.

“Okay.  Kau  tepilah!”  Syakif  bangun  dari  duduknya.  Dia  memberi  laluan  kepada  Airisya.  Airisya  meletakkan  beg  sandangnya  di  atas  meja.  Begnya  yang  sedikit  terbuka  menarik  perhatian  Syakif.  Sedang  Airisya  mengemas  mejanya,  Syakif  menarik  sesuatu  di  dalam  beg  Airisya.

Sekeping  gambar  dibawa  keluar  dan  dilihatnya.  “Mana  kau  dapat  gambar  ni?”  Syakif  menyoal  sedikitpun  tidak  mengalihkan  pandangannya.

“Gambar  apa  pula  kau  ni?”  Airisya  terkejut  saat  terlihat  gambarnya  yang  disimpan  rapi  selama  ini  berada  di  dalam  genggaman  Syakif.  Rahsianya  sudah  terbongkar.

“Aku  tanya,  mana  kau  dapat  gambar ni?”  Dia  memandang  gadis  dihadapannya.

“Itu,  gambar  aku.  Budak  lelaki  tu,  kawan  aku  masa  kecil.”  Airisya  teragak-agak  menjawab.

“Dalam  gambar  ni  kau?”

Dia  mengangguk.  “Kenapa?  Kau  kenal  ke  budak  dalam  gambar  tu?”  Sambungnya.

“Apa  pula  aku  tak  kenal.  Budak  lelaki  ni  aku!”

“Oh,  sedar  rupanya.”  Perli  Airisya.

“Jadi  kaulah?”  Syakif  meminta  kepastian.

“Yela.  Siapa  lagi?  Kau  harap  aku  ni,  Ira?”  Geram  pula  aku  dengan  dia  ni.

“Asal  tak  cakap  tadi?”

“Ada  ke  kau  bagi  aku  peluang  untuk  bercakap?”  Soalnya  sinis.

“Ha ha ha.  Betullah  kau  kata  kau  balik  lagi  lima  tahun.  Tak  sangka  aku.”

“Mana  nak  sangka  kalau  dah  hari-hari  teringat  dekat  buah  hati  dia.”

“Sudah  lama  kau  balik?”  Dia  cuba  menukar  suasana.

“Berapa  lama  kau  kena  buli  dalam  diam  dengan  aku?”

“Lama  jugalah.  Sampai  hati  kau  buli  aku.”

“Kau  buli  orang  tak  apa  pula.  Terbongkar  rahsia  aku.  Kalau  tidak  boleh  aku  buli  kau  lagi.”  Aku  mencampak  seekor  lipas  yang  sudah  mati  ke  arahnya.

“Woi,  jangan  main  kasar!  Kau  tahukan  aku  benci  binatang  ni.”  Syakif  pantas  mengelak  sebelum  lipas  itu  mendarat  di  atasnya.

“Aku  ingat  dah  hero  sangat.  Aku  minta  maaflah  sebab  kacau  selama  ni.”

“It’s  okay,  Sya.  Aku  pelik  juga  siapa  yang  berani  gila  buat  benda-benda  ni.  Nasiblah  aku  tergerak  nak  keluar  lambat  tadi.  Kalau  tak,  sampai  kesudah  aku  tidak  tahu.”  Mereka  berdua  melangkah  keluar  dari  kelas  itu.

“Nasib  baik  Amir  tak  ada  sekali.”  Syakif  menyambung.

“Kenapa  pula?”

“Sebab  dia  cakap  dengan  aku,  kalau  dia  jumpa  siapa  yang  buat,  dia  nak  balas  balik.”

“Seriously?”  Airisya  sudah  cuak.  Mahunya  tidak.  Amir  kalau  nak  balas  dendam  memang  bersungguh-sungguh!

“Yup.  Jangan  risaulah.  Takkan  aku  nak  bagitahu  dia  pula.  Kalau  orang  lain  mungkinlah.  Kau  bernasib  baik  tahu  dapat  kawan  yang  budiman  lagi  kacak  macam  aku  ni.”  Syakif  mempercepatkan  langkahnya  kerana  tidak  mahu  dipukul.

“Guys,  boleh  tak,  kalau  aku  nak  belasah  mamat  ni?”  Airisya  berlari  mendapatkan  Syakif  yang  sudah  jauh  kehadapan.



Friday 17 August 2012

CBA - PART 5

S

udah  seminggu  dia  mencari  siapa  punya  angkara  semua  ini  terjadi  tetapi  tidak  menunjukkan  sebarang  tanda  dia  akan  bertemu  dengannya.  Sangat  licik  taktik  yang  digunakan  sehingga  tidak  dapat  di  kesan.  Akhirnya,  Syakif  menemui  jalan  buntu.  Dia  berpendapat  bahawa  si  perancang  mengetahui  tentang  tindakannya.  Buktinya,  selama  seminggu  dia  cuba  mengesannya,  banyak  nota  yang  ditinggalkan,  namun  satu  pun  tidak  membantunya.

Tidak  cukup  dengan  masalah  yang  dihadapinya,  hatinya  pula  membuat  fasal.  Dia  sangat  keliru  sehingga  menyebabkan  dirinya  hilang  tumpuan  di  dalam  kelas  semasa  pembelajaran  sedang  berjalan.  Sering  kali  dirinya  menerima  teguran  dari  profesornya  kerana  tidak  memberi  perhatian  semasa  sedang  belajar.  Pernah  sekali  itu,  dia  di  denda  kerana  tidak  dapat  menjawab  kuiz  yang  diberikan  oleh  profesornya  akibat  hilang  fokus.

Dia  dapat  merasakan  hatinya  sudah  dipenuhi  oleh  insan  yang  bernama  Sue,  akan  tetapi  jauh  di  sudut  hatinya,  dia  masih  mengharapkan  Ira.  Sudah  lama  dia  menyimpan  perasaan  terhadap  Ira.  Dia  tiada  keberanian  untuk  berterus  terang  kerana  bimbang  dirinya  ditolak.  Lagi  pula,  ketika  itu  umur  mereka  barulah  setahun  jagung.  Tidak  layak  untuk  bercakap  tentang  cinta.

Kehadiran  Sue  dalam  hidupnya  sedikit  sebanyak  telah  mengganggu dan  mengubah  hatinya.  Kadang  kala  dia  rasa  disayangi  dan  sekejap  dia  rasa  sangat  jauh  dari  Sue  namun  dekat  dengan  Ira.  Tidak  dinafikan,  Sue  banyak  persamaan  dengan  Ira.  Tingkah  lakunya,  percakapannya  seiras  milik  Ira  dan  ianya  mengingatkannya  dengan  kenangannya  bersama  Ira.  Ada  sekali  itu,  Sue  telah  memberinya  sebuah  buku  yang  mananya  buku  itu  pernah  diberi  Ira  suatu  ketika  dahulu.

Hari  ini  sekali  lagi  dia  dikejutkan  dengan  kehadiran  Sue  di  kelasnya  dan  ingin  berjumpa  dengan  Amir.  “Dia  dengan  Amir  ada  apa-apa ke?”  Soalnya  perlahan.  Ketika  itu  dia  sudah  berada  di  rumahnya.  Setelah  kelasnya  tamat  sebenter  tadi,  dia  terus  pulang  ke  rumah.  Niatnya  untuk  mengekori  Amir  dan  Sue  juga  dibatalkan  kerana  dia  ternampak  Amir  menaiki  kereta  Sue.  Sudah  terang-terang  mereka  mempunyai  hubungan.

“Tapi,  kalau  dia  orang  ada  hubungan  pun  kenapa?  Bukan  masalah  aku  pun.”  Bisiknya  lagi.

“Bukankah  kau  pun  suka  pada  Sue?”  Bisik  satu  suara.

“Mana  ada!  Aku  tidak  pernah  ada  rasa  sayang  terhadap  Sue.  Itu  semua  mainan  perasaan  je!”  Bidasnya.

“Kau  sure  yang  kau  tak  sayang  dia?”

“Ye!  Aku  yakin.  Aku  hanya  sayang  pada  Ira.  Dialah  satu-satunya.  Lagi  pula,  Sue  itukan  Amir  punya,  masakan  aku  mahu  merampas  milik  dia?  Aku  bukan  lelaki  macam  itu.  Amir  itu  kawan  baik  aku.  Aku  takkan  buat  macam  tu  dekat  dia.”  Syakif  berperang  dengan  perasaannya  sendiri.

“Mengaku  sahajalah  kau  suka  pada  Sue.  Kalau  Sue  dan  Amir  tiada  apa-apa  hubungan  bagaimana?  Kau  masih  ada  peluang.”  Suara  itu  semakin  galak  menyesakkan  fikirannya.

“Ahh  persetankan  semua  itu!  Aku  tidak  boleh  suka  pada  orang  lain.  Aku  akan  tunggu  sehingga  Ira  balik  dan  aku  akan  confess  dekat  dia!”  Dia  membuang  jauh-jauh  mainan  persaannya.  Dia  sudah  bertekad  untuk  mencari  Ira.

“Aku  mesti  cari  Ira  juga!”

***
“Sekali  lagi  aku  berjaya  mengelirukan  mereka.  Good  job!”  Dia  tersenyum  puas  apabila  melihat  mangsanya  mengena.

Bukan  niatnya  mahu  meneruskan  perbuatannya  itu  tetapi  dia  berasa  seronok  pula  apabila  melihat  kejayaan  demi  kejayaan  yang  dicapainya.  Lagipun,  dia  masih  belum  puas  untuk  mengenakan  Amir  dan  Syakif.  Walaupun  dia  tidak  begitu  mengenali  Amir,  tetapi  dia  tahu  siapa  Amir  bagi  Syakif  berdasarkan  cerita  yang  pernah  diberitahu  Syakif  kepadanya  dahulu.

Malahan,  jika  ditanya  apa  hubungan  Amir  dan  Sue  juga  dia  tahu.  Mereka  merupakan  adik  beradik  kembar  yang  sangat  rapat  dan  juga  merupakan  kekasih  wanna-be  Syakif.  Fashrina  Suraya  atau  Sue  merupakan  rakan  sekelasnya.  Pada  awalnya,  dia  juga  tidak  tahu  bahawa  Sue  dan  Amir  kembar.  Mujur  juga  dia  terdengar  classmates  mereka  menyebut  namanya.
Dia  juga  pelik  mengapa  Syakif  tidak  tahu  yang  Ira  dan  Sue  itu  orang  yang  sama.  Mungkin  juga  dia  tidak  menyangka  mereka  orang  yang  sama  dan  menggunakan  nama  samara  yang  berlainan.

“Aku  kesian  betul  dengan  kau,  Kif.  Buah  hati  dah  ada  depan  mata  pun  tak  nampak  lagi.  Satu  hari  nanti  kau  akan  sedar  dan  aku  harap  hari  nanti  kau  tidak  terlambat.”  Dia  berharap  agar  Syakif  menemui  kebahagiaannya  sebelum  ianya  di  rampas  orang  lain.

Dia  mencapai  sekeping  gambar  dari  dalam  begnya  yang  dibawa  ke  mana  sahaja.  Gambar  itu  mengingatkan  tentang  zaman  kanak-kanaknya.  Sangat  nakal  dan  Syakiflah  satu-satunya  kawan  yang  dia  ada.  Mujur  juga  Syakif  sudi  berkawan  dengannya.

“Buat  masa  ini,  aku  tidak  bersedia  lagi  nak  berdepan  dengan  kau.  Bila  aku  sudah  puas  nanti,  aku  akan  tunjukkan  diri  aku  depan  kau,  Syakif.  Harapnya  masa  itu,  aku  tidak  mengganggu  kau.”  Bisik  Airisya.




CBA - PART 4


P
etang  itu  Ira  melepak  di  cafĂ©  kolejnya.  Dia  perlu  menunggu  Amir  untuk  pulang  bersama.  Hari  ini  dia  tidak  membawa  keretanya  kerana  keretanya  dipinjam  oleh  ibunya.  Mujur  jugalah  kelasnya  pada  hari  ini  tidak  banyak  dan  berdekatan  sahaja.  Jika  tidak,  pasti  jenuh  juga  dia  mahu  menapak  dari  satu  tempat  ke  satu  tempat.


“Hai  Ahjumma!  Seorang  sahaja  ke?”  Tegur  Syakif.

“Kau  nak  apa?  Tak  nampak  ke  aku  dengan  kawan-kawan  aku  ni?”

“Kawan-kawan  kau?”  Syakif  memandang  sekeliling.  Kosong!  Hanya  ada  beberapa  pelajar  junior  sahaja  yang  berada  di  situ.  Lagipun,  mereka  berada  di  meja  yang  berlainan  dan  agak  jauh  daripada  pelajar-pelajar  junior  itu.  “Mana  ada  sesiapa  di  sini.”

“Itulah  kau.  Mana  tahu  apa-apa.  Kawan-kawan  aku  ni  special.  Orang-orang  tertentu  sahaja  yang  boleh  nampak  mereka!”  Balasku  dengan  nada  serius.

“Kau  biar  betul?”  Syakif  seolah-olah  tidak  mempercayainya.

“Betul.  Kalau  tidak,  macam  mana  aku  boleh  tahu  yang  kau  dan  Amir  ‘melekat’  dekat  kerusi  hari  itu?”  Sengaja  aku  tekankan  perkataan  ‘melekat’  untuk  menyakatnya.

“Oit,  janganlah  cakap  kuat-kuat!  Yang  itu,  bukan  kau  ke  yang  buat?”  Berkerut  dahinya  meminta  kepastian.

“Cantik  sikit.  Aku  tidak  mainlah  guna  gam.  Kalaulah  aku  yang  buat,  baik  aku  guna  cat  je.  Kesannya  bertahan  selamanya.”

“Jadi,  bukan  kau  yang  letak  gam  dekat  kerusi  kita  orang  hari  itu?”  Dia  meminta  kepastian  lagi.  Kali  ini  dia  lebih  serious!

“Bukan  akulah.  Berapa  kali  mahu  cakap?  Aku  cuma  calarkan  kereta  and  conteng  kereta  si  Amir  tu.  Padan  muka  dia!”

‘Kalau  bukan  dia  yang  letak  gam  itu,  siapa  yang  letak?!’  Tanya  Syakif  kepada  dirinya.  Dia  harus  menyiasat  perkara  ini.  Dia  pasti  ada  orang  lain  lagi  yang  mengenakannya.  Ini  tidak  boleh  dibiarkan!  “Sekejap!  Kau  kata  tadi,  kau  calarkan  dan  conteng  kereta  dia  sahajakan?”

Aku  mengangguk.  “Kau  tak  pancitkan  tayar  dia?”  Aku  hanya  menggeleng.  “Bukan  kau?”  Tanyanya  lagi.

“Bukan  akulah!”  Stress  pula  aku  dengan  mamat  seorang  ini.  “Bila  pula  tayar  dia  pancit?  Aku  tengok  okay  sahaja.”  Aku  pula  yang  pelik.  Seingat  aku,  aku  langsung  tidak  menyentuh  tayarnya.  Apabila  dia  balik  malam  itu  pun,  tidak  pula  dia  cakap  fasal  tayar.  

“Tambahan,  aku  mana  tahu  nak  pancitkan  tayar.”

“Aku  tanya  sahaja.  Mana  tahu  boleh  perangkap  kau.  Yela,  manalah  tahu  kau  ada  buat  jahat  lagi  ke  dekat  dia.”  Syakif  menyembunyikan  perkara  sebenar  dari  pengetahuannya.  “Okay!”

“Apa  nama  kau?  Aku  tak  pernah  kenal  kau  pun  kat  kolej  ni.  Kau  budak  baru,  eh?”

“Yup.  I’m  new.  Tapi  tak  baru  sangatlah,  around  2  months.  Kau  tidak  kenal  aku,  tapi  kau  buli  aku?  Apa  cerita  ni.”

“Ala,  aku  tolong  kawan  je.”  Jawabnya  selamba.  Dia  orang  ini  memang  jenis  langgar  lari  agaknya.

“Tolong  kawan  otak  kau!  Kalau  kau  nak  tolong  kawan,  pergi  nasihatkan  sikit  kawan  kau  tu.  Jangan  nak  kacau-kacau  orang  lagi.”

“Yela  Ahjumma!  Siapa  nama  kau?”

“Aku,  Suraya.  Panggil  Sue  sudahlah.  Kau,  Syakif,  right?”  Dia  berpura-pura  bertanya.  Untuk  menutup  identity  sebenar.

“Yes!  Friend?”

“Okay,  friend.”  Kami  berjabat  tangan  tanda  berdamai.

***
Hari  ini  sekali  lagi,  dia  dikenakan.  Nak  dijadikan  cerita,  kali  ini  lebih  teruk  lagi,  dirinya  dimalukan  di  hadapan  orang  ramai.  Habis  segala  ke‘macho’annya  akibat  dimalukan  sebegitu  rupa.  Siapa  punya  angkara  semua  ini?

“Amir,  aku  rasa  aku  perlu  siasat  hal  ini.  Aku  sudah  tidak  larat  nak  terima  semua  ini.  Semua  ini  kau  punya  fasallah!”  Marahnya  setelah  membersihkan  diri.  Tidak  fasal-fasal  semasa  hendak  keluar  dari  kelas  tadi,  dia  dan  Amir  telah  ‘bermandi’  tepung  bersalut  telur.  Semua  pelajar  yang  berada  di  dalam  kelasnya  ketika  itu  melepaskan  tawa  melihat  keadaan  mereka.  Sungguh  memalukan!

“Apa  hal  aku  pula?  Kau  tak  payah  susah-susah  nak  siasat,  sudah  terang  lagi  ada  sportlight,  Ahjumma  tu  yang  buat.  Berani  betul  dia  kenakan  aku!”  Amir  yakin,  kejadian  yang  berlaku  ini  pasti  ada  kena  mengena  dengan  adiknya  itu.  Bukan  dia  tidak  tahu,  jika  adikya  itu  ingin  membalas  dendam,  pasti  ada  sahaja  ideanya.

“Bukan.  Aku  dah  tanya  dia.  Last,  dia  jahanamkan  kereta  kau.”  Syakif  memberitahunya  perkara  sebenar.

“Ayat  kau  tu,  cantik  sikit,  eh?”

“Tapi,  dia  cakap  dengan  aku,  dia  tidak  usik  langsung  tayar  kereta  kau.  Tak  pelik  ke?”

“Bukan  dia?  Then,  siapa  pula?”  Setahunya,  dirinya  tidak  mempunyai  masalah  dengan  mana-mana  pelajar  yang  lain.  Musuh  tradisinya  hanya  Ira!  Lagi  pula,  dia  baru  sahaja  berdaftar  di  kolej  ini.  Siapa  pula  yang  mahu  menganiayanya?  “Entah-entah  dia  tipu  kau?”  Duga  Amir.

“I  don’t  think  so.  Aku  dah  tanya  dia  betul-betul  semalam.”  Syakif  memandang  sekeliling.  Dia  dapat  merasakan  kehadiran  seseorang  di  situ  memerhatikan  segala  gerak  geri  mereka.

“Kau  serius,  nak  siasat?”

“Yup.  Kau?”  Syakif  memandang  Amir.  Lama.  Akhirnya  Amir  mengangguk  setuju.  Dia  perlu  tahu  juga  siapa  yang  membuat  onar.

Segala  perbincangan  mereka  di  dengari  dengan  jelas  olehnya.  Selepas  ini  dia  perlu  lebih  berhati-hati  agar  tidak  tertangkap.

***
Amir  terus  pulang  ke  rumah  setelah  penat  berbincang  bersama  Syakif.  Dia  perlu  mendapatkan  kepastian  terlebih  dahulu  sebelum  memulakan  perancangan.  Dia  memanjat  tangga  rumahnya  menuju  ke  bilik  adiknya.  Sebaik  sahaja  panggilannya  berjawab,  dia  terus  melangkah  ke  dalam  bilik  adiknya  itu.

“Ira,  kau  cakap  betul-betul.  Kau  yang  kenakan  aku  tadikan?”  Tanpa  usul  periksa,  Amir  menuduh  adiknya.

“Kenakan  apa  pula?  Bila  masa  pula  aku  kenakan  kau?”  Ira  memandang  abang  kembarnya.  Ada  sesuatu  yang  tidak  kena  dengan  abangnya.  “Pagi  tadi  bukan  kau  pakai  baju  lain  ke?  Kenapa  dah  bertukar?  Aku  tidak  tahu  pula,  dekat  kolej  kita  menyediakan  bilik  mandi.  Ataupun,  kau  dah  berdaftar  untuk  menetap  di  kolej?”

“Semuanya  fasal  engkau.  Tidak  fasal-fasal  aku  kena  mandi  di  kolej.”  Amir  meninggikan  sedikit  suaranya.  Kali  ini  dia  betul-betul  berang  dengan  perlakuan  adiknya.

“Kenapa  salahkan  aku  pula?  Apa  yang  aku  buat?”  Dia  semakin  pelik  dengan  sikap  kembarnya  itu.

“Kau  yang  buat  perangkap  dalam  kelas  aku  tadikan?  Tidak  semena-mena,  aku  jadi  tepung  bersalut  telur!”  Tawa  Ira  meletus  tatkala  Amir  tamat  bercerita.

“Weii,  janganlah  gelakkan  aku!”

“Abang  sayang,  kau  tidak  ingatkah  hari  ini  aku  tidak  ke  kolej?  Bukankah  aku  sudah  cakap,  hari  ini  semua  kelas  aku  batal?  Kau  mengigau  apa.”  Balas  Ira.  Sisa  tawanya  masih  berbaki.  Dia  tidak  sangka  ada  yang  mengenakan  abangnya  itu  dengan  lebih  teruk  lagi.  Senakal-nakal  dirinya,  tidaklah  dia  terfikir  untuk  mengenakan  Amir  sebegitu  sehingga  menyebabkan  Amir  terpaksa  ‘berkampung’  di  kolej.

“Ah,  ya.  Aku  lupa.  Jadi,  bukan  kau  yang   rancang  semua  tu?”

“Ye,  bukan  aku  yang  buat.  Sepanjang  hari  ini  aku  ada  dalam  rumah  sahaja.  Kalau  kau  tidak  percaya,  kau  boleh  tanya  Kak  Yatt.”  Memang  benar  dirinya  berada  di  rumah  sepanjang  hari  ini  menyiapkan  assignment  yang  perlu  di  submit  minggu  hadapan.
“Kalau  aku  tahu  kau  tipu,  jaga!”  Amir  memberi  amaran.

“But  Amir,  siapa  yang  buat  kau  sampai  macam  tu?”

Amir  hanya  menggeleng.  Dia  sendiri  tidak  tahu  siapa  yang  berani-berani  melakukan  semua  itu.  Bukan  kali  pertama  dirinya  menjadi  mangsa,  malahan  sudah  banyak  kali  terjadi.