S
|
ejak bertemu
Amir beberapa hari
yang lalu, hubungan
mereka bertambah rapat.
Airisya mula senang
dengan kehadiran Amir
dalam hidupnya. Amir
mengingatkannya terhadap seseorang
yang sudah lama
meninggalkannya.
“Lama ke
tunggu?” Airisya menyapa
Amir. Hari ini
dia mnedapat panggilan
dari Amir untuk
berjumpa setelah habis
kelas. Ada sesuatu
yang ingin dibincangkan
katanya.
“Boleh tahanlah.
Lambatnya habis kelas?”
Amir menjemputnya duduk.
“Kena tahan
kejap tadi. Ada
assignment nak kena
cover. Sorry.”
“It’s okay.
Itulah, main banyak
sampai lupa nak
buat assignment!” Amir
memarahinya dalam nada
bergurau.
“Mana ada
banyak main. Orang
belajar okay. Cakap
orang, dia pun
sama.”
“Kita pula
yang salah. Risya,
Amir nak tanya
something boleh?” Amir
mula serious.
“Tanyalah. Kalau
boleh jawab, Sya
jawablah. Nak tanya
apa?”
“Sya dengan
Syakif ada apa-apa
ke? Maksud Amir,
kau orang couple
ke?” Sebenarnya, Sue
meminta Amir untuk
bertanya kerana dia
dapat rasa hubungan
Syakif dan Airisya
lebih dari seorang
kawan.
“Taklah. Mana
Amir dapat cerita
ni?”
“Bukan, Amir
tanya je. Baguslah
kalau tak ada
apa-apa hubungan. Sya
tahukan siapa Sue?”
Amir berterusan bertanya.
“Sya tau.
Dia Ira, kan?”
“Mana Sya
tahu?
“Airisya! Benda
apa yang dia
tak tahu?” Dia
melepaskan tawanya. “Amir
jangan risaulah. Sya
tahu, Sue sayang
Syakifkan? Sya tahu
siapa Sue sebab
Syakan satu kelas
dengan dia.”
“Oh, lupa
pula kau orang
satu kelas. Macam
mana pula Sya
tahu yang Sue
sayang Syakif?”
“Yang itu,
Sya tak boleh
cakaplah. Kenapa Amir
tanya?”
“Amir tengah
pening kepala fikir
masalah Sue. Syakif
tak ingat siapa
dia, tu yang
dia sedih.”
“Baru Sya
ingat. Dah lama
Sya nak tanya
tapi asyik lupa
je.”
“Apanya?”
“Macam mana
Syakif boleh tak
kenal Sue pula?
Bukankah kau orang
semua rapat?”
“Itu yang
Amir tak dapat
cari jawapan sampai
sekarang. Nak kata
dia tidak tahu
nama Sue, mustahil!
Mungkin dia lupa.”
“Tapi, tak
mungkin pula dia
lupa orang yang
dia sayang?”
“Entahlah. Agaknya
sebab Sue dah
berubah kot?”
“Berubah? Maksudnya?”
“Dulu, Sue
tu boy-ish. Mana
nak main dengan
perempuan. Kita orang
ni jugalah yang
kena jaga dia. Nak
tinggal dia, kesian
pula.”
“Tak pernah
bagitahu Syakif ke?”
“Mula-mula Amir
nak kenakan dia je tapi
Amir dah bagitahu
dia, ‘Ira’ dah
balik dan suruh
dia cari.”
“What you
want to do
now? Nak sorok
terus ke, nak
bagitahu?”
“Amir ada
suruh Sue bagitahu
dia tapi Sue
tak tahu nak
bagitahu macam mana.
Satu lagi hal
pula kalau si
Syakif tu tak
percaya.”
“Betul juga.
Amir tak ada
idea, nak buat
macam mana?”
“Dah kering
kepala otak fikir.”
Airisya terdiam
seketika. “Ha!! Sya
ada idea.”
“Nak buat
macam mana?”
Airisya menceritakan
segala ideanya. Amir
mendengar penuh teliti
supaya apa yang
di sampaikan tidak
tertinggal sedikit pun.
Kepalanya diangguk tanda
faham. Sesekali dia
turut memberi idea
untuk mencantikkan lagi
jalan ceritanya.
“Bagus juga
kalau kita buat
macam tu. Amir
kena tanya Sue
dululah macam mana.
Masalah sekarang, satu
je.”
“Apa lagi?”
“Nak ke
si Syakif tu?”
“Masalah Syakif
tu, taklah besar
mana. Bisa di
atur. Sekarang ni
cuma nak dapatkan
kata putus dari
Sue sahaja. Yang
lain-lain tak ada
masalah.”
“Kalau Sya
dah kata macam
tu, okaylah. Balik
nanti Amir tanya
Sue, bincang dengan
dia macam mana.
Malam nanti Amir
call, confirmkan balik,
okay?”
Airisya mengangguk
setuju. “Jomlah balik.
Dah petang sangat
ni.” Amir mengajaknya
pulang.
“Jom.” Mereka
berjalan seiringan bersama.
No comments:
Post a Comment