“H
|
oi jiran
sekampung!” Syakif melangkah
ke arah Amir.
“Bukan main berseri-seri
kau.”
“Mahunya tak
berseri-seri? Impian dah
tercapai derr! Kau bila
lagi?” Amir mengumpannya.
“Aku? Tunggu
bulan jatuh atas bumbung rumah
dululah.” Syakif melepaskan
tawanya, kuat. Semua
tetamu yang berhampiran
memandangnya. “Kuat sangat
ke aku gelak?”
“Tak adalah
kuat sangat pun.
Bulan pun belum
nak jatuh lagi.
Tak sempat nak
bergerak pun. Bintang
pun elok, cantik
terletak kat atas
tu. Belum kuatlah
tu.” Amir menyakat. Sebaik sahaja dia habis
bercakap, satu tumbukan
hinggap di bahunya.
“Sakitlah mangkuk!”
“Ha… Tahu
pun sakit. Menganakan
aku tak habis.
Kau ingat tak
sakit ke? Sakit
tahu dekat sini.”
Katanya sambil menunjuk
ke arah dadanya.
“Poyolah kau!
Macam perempuan. Patut
tak ada orang
nak.”
“Bodoh punya
mulut!” Marahnya dengan
nada bergurau. “Bukan
tak ada orang
nak, cumanya aku
tunggu permata!”
“Permata?” Entah
dari mana, Airisya
muncul bersama Sue.
Syakif serba salah
hendak menegur Sue.
Bimbang jika dia
masih marah padanya.
“Erk, tak
ada apa-apa. Settle
dah dekat dalam
tu?” Amir cepat-cepat
menukar topik. Risau
jika adiknya makan
hati dengan air
mata pula nanti.
“Hmm… Dah, ni
nak panggil masuklah
ambil gambar ramai-ramai.”
Airisya yang sudah
selamat menjadi tunangannya
tersenyum memandangnya.
“Jomlah kita
masuk dulu. Kalau
nak tunggu dia
orang ni, memang
tak bergambarlah kita.”
Amir segera menarik
tangan Airisya. Airisya
sempat menjerit ke
arah mereka, “Jangan lama-lama
sangat, nanti ada
yang buka pelamin
dekat sini!”
Sue menunjukkan
penumbuknya ke arah
Airisya. Dia ingin
berlalu masuk tetapi
langkahnya dihalang Syakif.
“Janganlah macam ni.
Aku nak masuk
dalam. Nanti apa
pula orang kata.”
“Kau marah
aku ke?” Syakif memberanikan
diri bertanya. Sue
hanya menggeleng. Dia tidak
mahu memanjangkan perbualan.
“Then, kenapa kau
tak nak cakap
dengan aku lagi?”
“Syakif, enough!
Aku tak nak
cakap pasal hal
ni lagi. Please?”
Akhirnya dia bersuara.
“Ada suara
rupanya. Ingatkan banyak
sangat mutiara.”
“Syakif!” Tegurnya
keras. Dia tidak
mahu bergurau begini.
Dia tidak mahu
hari bahagia abangnya
terjejas kerananya.
“Okay, I’m
sorry.” Sue mengangguk.
“Kau tak marah
aku, kan?”
“Syakif Aiman.
Please, enough. Aku tak nak
cakap pasal hal
ni sekarang. Aku
masuk dulu.” Dia
terus melangkah tanpa
memandang ke arah
Syakif.
Syakif membatu.
“Sampai macam tu
sekali ke dia marah
dekat aku?” Syakif
mengangkat bahu tiada
jawapan. Dia melangkah
ke dalam menyertai
mereka yang lain.
“Kenapa Sue
ada dekat situ?
Bukan ke tadi
tu family Amir?”
Pelbagai persoalan bermain
di mindanya sejak
pulang ke rumah.
Macam mana pula
dia boleh masuk
dengan family Amir?
Nak kata sedara
mara Amir, tidak
pula Amir cakap.
Tapi, bila
difikirkan balik, Amir
rapat dengan Sue
sampai aku ingat
dia orang bercinta.
Alih-alih, Amir bertunang
dengan Airisya. Bila
aku tanya, langsung
tak nak jawab.
Aku ni asyik
fikir masalah orang
je, asal eh?
Masalah aku sendiri
tak habis, sibuk
fikir fasal orang
lain.
Ira? Aku
langsung tak nampak
tadi. Dia tak
balik ke? Mustahil!
Arghh! Serabut kepala
otak aku. Bilalah
agaknya aku dapat
jumpa dengan Ira?
Syakif mengelamun
jauh. Dirinya hanyut
di bawa angan-angan.
Akhirnya dia tertidur
dengan persoalan yang
sesak di kepalanya.
***
“Tengah hari
ni jangan lupa!”
Amir menegurnya.
“Tengah hari
ni?” Sungguh dia
lupa.
“Wei,
benda
penting macam ni
kau boleh lupa?”
Amir tidak jadi bergerak
ke biliknya.
“Tengah
hari ni kan
nak launching restoran
Risya! Kau ni
pelupa sangat kenapa?”
Amir memberitahunya.
“Oh aku
ingat! Sorrylah, aku
banyak benda nak
ingatlah. Dengan producer
dekat Seoul tu
lagi. Kau ingat
senang aku nak
uruskan?” Rungut Syakif.
“Dah kerja
kau, nak buat
macam mana. Aku ingatkan
je. Jangan lupa.”
“Iyalah. Amir,
pengurus baru yang
kau cakap hari tu, bila
dia nak masuk?”
Dia meminta kepastian.
Itu satu lagi,
dia perlu sediakan
tempat untuk pengurus
baru itu.
“Petang karang.
Dalam pukul lima.
Kau tak kisahkan?”
“Petang? Kenapa
dia masuk petang
pula?” Orang dah
balik kerja, baru
nak masuk pejabat?
“Dia ada
hal hari ini.
Petang nanti baru
dapat masuk. Aku
nak gerak pergi
restoran ni. Kau
jangan lupa datang
pula.” Dia menutup
pintu apabila Syakif
mengangguk.
“Kejap lagilah
aku gerak.” Syakif
menyambung kerjanya.
Tepat jam
satu tengah hari,
Sue tiba di
Restoran Chingu milik
Airisya. Restoran ini
diberi nama Chingu
yang bermaksud kawan
kerana ianya merupakan
hasil pelaburan mereka
berempat. Amir dan
Airisya merupakan pemegang
syer yang terbesar
berbanding dia dan
Syakif. Restoran ini
akan diuruskan oleh
Airisya sendiri.
“Hai?” Sapanya.
Sue menoleh ke
arah suara itu.
“Jumpa lagi kita.”
No comments:
Post a Comment