PLEASE DO NOT COPY OR TAKE ANY ENTRY IN THIS BLOG. ALL ARE WRITTEN HERE IS BELONGS TO KEYLA ALI EXCEPT WHEN IN DESCRIBE. ENJOY READING AND FEEL FREE TO LEAVE YOUR COMMENTS HERE. THANK YOU.

Monday 29 October 2012

Creativity by Me


Weeehhyyyuuuu!~

Siap jugak akhirnya…

My friend ask me to help her doing this for her school activity’s.
(she’s teacher in kindergarten)

Saya tolong setakat yang mampu sahaja.

Inilah hasilnya.

Jjajan!!!~~
The middle one, I like!

The hardest to make!

Simple but nice

All of them have 11!
Tengah sibuk-sibuk tengok video CONCERT BIG BANG sambil buat benda niyh.

Yes!!! I know, tak adalah cantik pun saya buat, but I’m satisfied!

:D



Wednesday 24 October 2012

CERITA IMPIAN HALLYU

I’ve been entered one competition, “Cerita Impian Hallyu” by PTS. This is what I’ve sent to them. Just sharing with you guys. Enjoy reading and feel free to comment(s). :)


Hari inilah hari yang paling aku nantikan. Aku hamper berjaya menggapai impianku selama ini. Saat inilah yang paling aku nantikan. Hari ini, 23 Oktober 2013 aku selamat sampai ke negara Winter Sonata yang menjadi igauanku. Aku telah dipanggil untuk ditemuduga menjawat jawatan sebagai pengurus kepada salah sebuah kumpulan idol yang terkenal. Hallyu star, 2AM!

Aku memanjat tangga dihadapanku dan bergegas menuju ke pejabat jabatan pengambilan pekerja. Aku perlu melaporkan diri untuk temuduga ini. Aku melangkah dengan penuh yakin.

“Hai, saya Nur Aqilah dari Malaysia. Hari ini saya ada temuduga di sini. Boleh saya tahu, di mana saya perlu mendaftar diri?” Tanyaku kepada seorang pekerja yang aku kira penyambut tetamu di situ.

“Oh, saya ada dengar fasal awak. Mari, saya bawa awak.” Hyeon, namanya aku tahu berdasarkan tanda nama yang dipakainya membawa aku ke bilk temuduga.
“Saya rasa sangat takut dan teruja.” Aku memberitahunya perasaanku saat ini. “Tidak mengapa, awak jangan risau. Mereka tidak makan orang!” Guraunya cuba menenangkanku.

Aku melangkah masuk setelah dibenarkan. Segalanya berjalan dengan lancar sekali. Aku tidak sedikit pun takut atau gagap menjawab persoalan yang dikemukan. Kebanyakan soalan yang di tanya berkaitan dengan 2AM maka senang bagiku untuk menjawab. Hampir satu jam aku berada di dalam bilik itu akhirnya tamat juga.

Aku diminta untuk menunggu sebentar. Mereka perlu membuat perbincangan sebelum memberi keputusan kepadaku. Aku berdoa agar aku di pilih untuk menjadi pengurus kepada 2AM. Setelah setengah jam menunggu, aku dipanggil semula ke dalam bilik tersebut. Aku menanti penuh kesabaran.

“Nur Aqilah, kami telah meneliti segala kemampuan, kualiti dan prestasi awak setakat ini. Jadi kami rasa…” Ketua pegawai yang menemudugaku terhenti bicara. Aduh, sahaja mahu buat aku takut dan cuak.

“Awak layak dan di terima untuk menjadi pengurus kepada 2AM. Tahniah!” Aku menunduk sembilan puluh darjah tanda hormat. Mereka mengucap tahniah kepadaku. Sedang aku bergembira dengan keputusan yang diumumkan, tiba-tiba pintu terbuka dari luar. 2AM muncul di hadapanku kini. Tidakku sangka.

Kami berkenalan dan aku diberitahu tentang tugasku sebagai seorang pengurus. Atas sebab aku masih baharu, aku akan dibantu oleh pengurus lama mereka dan aku dikehendaki belajar dari semasa ke semasa tentang tugasku. Aku sangat bersyukur kerana akhirnya impianku bukan lagi satu mimpi.


p/s : I didn’t know if I can publish this. If I can’t, please tell me. Thank you!~


TAKE NOTE!!!
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Harap IAM tidak berkecil hati dan memarahi saya. :D



Monday 15 October 2012

CBA - PART 11

S

ejak  bertemu  Amir  beberapa  hari  yang  lalu,  hubungan  mereka  bertambah  rapat.  Airisya  mula  senang  dengan  kehadiran  Amir  dalam  hidupnya.  Amir  mengingatkannya  terhadap  seseorang  yang  sudah  lama  meninggalkannya.

“Lama  ke  tunggu?”  Airisya  menyapa  Amir.  Hari  ini  dia  mnedapat  panggilan  dari  Amir  untuk  berjumpa  setelah  habis  kelas.  Ada  sesuatu  yang  ingin  dibincangkan  katanya.

“Boleh  tahanlah.  Lambatnya  habis  kelas?”  Amir  menjemputnya  duduk.

“Kena  tahan  kejap  tadi.  Ada  assignment  nak  kena  cover.  Sorry.”

“It’s  okay.  Itulah,  main  banyak  sampai  lupa  nak  buat  assignment!”  Amir  memarahinya  dalam  nada  bergurau.

“Mana  ada  banyak  main.  Orang  belajar  okay.  Cakap  orang,  dia  pun  sama.”

“Kita  pula  yang  salah.  Risya,  Amir  nak  tanya  something  boleh?”  Amir  mula  serious.

“Tanyalah.  Kalau  boleh  jawab,  Sya  jawablah.  Nak  tanya  apa?”

“Sya  dengan  Syakif  ada  apa-apa  ke?  Maksud  Amir,  kau  orang  couple  ke?”  Sebenarnya,  Sue  meminta  Amir  untuk  bertanya  kerana  dia  dapat  rasa  hubungan  Syakif  dan  Airisya  lebih  dari  seorang  kawan.

“Taklah.  Mana  Amir  dapat  cerita  ni?”

“Bukan,  Amir  tanya  je.  Baguslah  kalau  tak  ada  apa-apa  hubungan.  Sya  tahukan  siapa  Sue?”  Amir  berterusan  bertanya.

“Sya  tau.  Dia  Ira,  kan?”

“Mana  Sya  tahu?

“Airisya!  Benda  apa  yang  dia  tak  tahu?”  Dia  melepaskan  tawanya.  “Amir  jangan  risaulah.  Sya  tahu,  Sue  sayang  Syakifkan?  Sya  tahu  siapa  Sue  sebab  Syakan  satu  kelas  dengan  dia.”

“Oh,  lupa  pula  kau  orang  satu  kelas.  Macam  mana  pula  Sya  tahu  yang  Sue  sayang  Syakif?”

“Yang  itu,  Sya  tak  boleh  cakaplah.  Kenapa  Amir  tanya?”

“Amir  tengah  pening  kepala  fikir  masalah  Sue.  Syakif  tak  ingat  siapa  dia,  tu  yang  dia  sedih.”

“Baru  Sya  ingat.  Dah  lama  Sya  nak  tanya  tapi  asyik  lupa  je.”

“Apanya?”

“Macam  mana  Syakif  boleh  tak  kenal  Sue  pula?  Bukankah  kau  orang  semua  rapat?”

“Itu  yang  Amir  tak  dapat  cari  jawapan  sampai  sekarang.  Nak  kata  dia  tidak  tahu  nama  Sue,  mustahil!  Mungkin  dia  lupa.”

“Tapi,  tak  mungkin  pula  dia  lupa  orang  yang  dia  sayang?”

“Entahlah.  Agaknya  sebab  Sue  dah  berubah  kot?”

“Berubah?  Maksudnya?”

“Dulu,  Sue  tu  boy-ish.  Mana  nak  main  dengan  perempuan.  Kita  orang  ni  jugalah  yang  kena jaga  dia.  Nak  tinggal  dia,  kesian  pula.”

“Tak  pernah  bagitahu  Syakif  ke?”

“Mula-mula  Amir  nak  kenakan  dia  je  tapi  Amir  dah  bagitahu  dia,  ‘Ira’  dah  balik  dan  suruh  dia  cari.”

“What  you  want  to  do  now?  Nak  sorok  terus  ke,  nak  bagitahu?”

“Amir  ada  suruh  Sue  bagitahu  dia  tapi  Sue  tak  tahu  nak  bagitahu  macam  mana.  Satu  lagi  hal  pula  kalau  si  Syakif  tu  tak  percaya.”

“Betul  juga.  Amir  tak  ada  idea,  nak  buat  macam  mana?”

“Dah  kering  kepala  otak  fikir.”

Airisya  terdiam  seketika.  “Ha!!  Sya  ada  idea.”

“Nak  buat  macam  mana?”

Airisya  menceritakan  segala  ideanya.  Amir  mendengar  penuh  teliti  supaya  apa  yang  di  sampaikan  tidak  tertinggal  sedikit  pun.  Kepalanya  diangguk  tanda  faham.  Sesekali  dia  turut  memberi  idea  untuk  mencantikkan  lagi  jalan  ceritanya.

“Bagus  juga  kalau  kita  buat  macam  tu.  Amir  kena  tanya  Sue  dululah  macam  mana.  Masalah  sekarang,  satu  je.”

“Apa  lagi?”

“Nak  ke  si  Syakif  tu?”

“Masalah  Syakif  tu,  taklah  besar  mana.  Bisa  di  atur.  Sekarang  ni  cuma  nak  dapatkan  kata  putus  dari  Sue  sahaja.  Yang  lain-lain  tak  ada  masalah.”

“Kalau  Sya  dah  kata  macam  tu,  okaylah.  Balik  nanti  Amir  tanya  Sue,  bincang  dengan  dia  macam  mana.  Malam  nanti  Amir  call,  confirmkan  balik,  okay?”

Airisya  mengangguk  setuju.  “Jomlah  balik.  Dah  petang  sangat  ni.”  Amir  mengajaknya  pulang.

“Jom.”  Mereka  berjalan  seiringan  bersama.

“Harap-harap  berjayalah  rancangan  ni.”  Amir  berdoa  di  dalam  hati.




Wednesday 10 October 2012

CBA - PART 10

FEBRUARI  2001
D
ua  minggu  berlalu  tanpa  teman  di  sisi.  Jika  sebelum  ini,  ada  sahaja  yang  dilakukan  bersama  Amir  mahupun  Ira  tetapi  tidak  hari  ini.  Hari-harinya  di  sekolah  semakin  membosankan.  Dia  juga  sering  kali  lambat  ke  sekolah.  Haii,  bagaimanalah  mahu  berjaya?

Hari  ini  kelasnya  menerima  seorang  pelajar  baru.  Dia  tidak  peduli  siapa  yang  masuk  ke  kelasnya.  Baginya,  hadir  ke  sekolah  belajar  kemudian  balik.

“Selamat  pagi  kelas!”  Cikgu  Ash  menyapa  semangat.  “Hari  ini  kita  ada  pelajar  baru.  Saya  kenalkan,  ini  Airisya.”  Seorang  budak  perempuan  melangkah  masuk  ke  dalam  kelas.  Sedikit  pun  tidak  menarik  perhatian  Syakif.

“Selamat  pagi.  Nama  saya,  Airisya.  Saya  baru  sahaja  berpindah  ke  sini.  Harap  awak  semua  beri  tunjuk  ajar.”  Pelajar  tersebut  memperkenalkan  diri.  Dia  tertarik  dengan  seorang  budak  lelaki  yang  sedari  tadi  dia  perasan  tidak  memberikan  perhatian.

“Okay,  awak  semua  jangan  nak  buli-buli  dia  pula.  Lagi  satu,  jangan  nak  mengorat  dia!  Kamu  datang  sekolah  nak  belajar,  bukan  bercinta.”  Cikgu  Ash  memberi  amaran  keras.

“Ala  cikgu,  mana  ada  nak  mengorat.  Kawan  sahaja.”  Jawab  Syafiq  yang  sememangnya  terkenal  dengan  sikap  gatalnya  dan  pantang  melihat  pelajar  baru.  Namun  begitu,  pelajarannya  tidak  pernah  dilupakan,  malahan  dia  merupakan  salah  seorang  pelajar  pilihan  sekolah.

“Awak  tu  lagi.  kalau  boleh,  saya  tak  mahu  awak  kenal  dia  pun!”  Cikgu  Ash  bersuara  dalam  nada  bergurau.  “Risya,  awak  boleh  duduk  di  sebelah  Syakif  sana.”  Dia  menunding  ke  arah  Syakif.

Syakif  yang  terkejut  mendengar  tiba-tiba  bersuara,  “Kenapa  pula  duduk  sebelah  saya?  Banyak  lagi  tempat  kosong.  Tu  sebelah  Nurul  pun  kosong!”

“Awak  tak  payah  nak  protes  sangat.  Apa  salahnya  kalau  Risya  duduk  sebelah  awak?  Kekasih  awakkan  sudah  tiada.”

“Cikgu!!  Suka  betul  buat  gosip.”  Syakif  mengalah.  Apa  pun,  dia  tetap  cikgunya  yang  perlu  dihormati  walau  bagaimana  jua  sikapnya.  Dia  mengalihkan  pandangan  ke  luar  tingkap.  Tidak  mahu  mengambil  tahu  siapa  disebelahnya.

“Hai,  saya  Risya.  Selamat  berkenalan.”  Airisya  cuba  berbaik-baik  dengannya.  Jika  tidak  di  suruh  duduk  di  sebelah  Syakif  pun,  dia  tetap  akan  duduk  di  situ.  Dia  teringin  benar  mahu  berkenalan  dengannya.

“Kau  tak  payah  nak  berkenalan  sangat  dengan  aku.  Aku  tak  berminat.  Kalau  nak  duduk  sini,  duduk  diam-diam.”  Jawab  Syakif  tegang.

“Baiklah.  Saya  akan  duduk  diam-diam  tapi  bila  awak  berkawan  dengan  saya.”

“Asal  pula  aku  kena  kawan  dengan  kau?”

“Saya  tengok  awak  seorang  sahaja.  Saya  pun  tiada  kawan.  Jadi,  apa  salahnya  kalau  kita  berkawan?”

“Aku  tak  ada  masa  nak  layan  kau.  Jauhkan  diri  kau  dari  aku.”  Syakif  sudah  memberikan  perhatian  pada  pembelajarannya.

Sepanjang  sesi  pembelajarannya  hari  ini  diganggu  oleh  Airisya.  Ada  sahaja  yang  ingin  ditanyanya.  Bukannya  dia  tidak  faham  apa  yang  di  ajar  oleh  cikgu,  malah  dia  boleh  sahaja  bertanya  cikgu  yang  sedang  mengajar.  Dia  sangat  rimas  dengan  keadaan  itu.

Setelah  hampir  dua  bulan  kehidupannya  diganggu  oleh  Airisya,  hari  ini  dia  berasa  lega  sedikit  apabila  Airisya  tidak  lagi  mengganggunya.  Fikirnya,  Airisya  sudah  bosan  kerana  tidak  dilayan  dan  berputus  asa  untuk  berkawan  dengannya.  Baguslah  jika  begitu.  Dapatlah  dia  belajar  dengan  tenang.  Namun,  segala  sangkaannya  meleset  belaka.

Hari  ini  dia  dikenakan  dengan  teruk  sekali.  Airisya  sudah  merancang  sesuatu  tanpa  pengetahuannya. Eh,  memanglah  tanpa  pengetahuannya.  Kalau  tidak,  takkan  dia  terkenakan?  Sungguh  dia  tidak  sangka  Airisya  berani  berbuat  begitu.

“Airisya  Redza!!!”  Syakif  menjerit  lantang.

“Ye  saya.”  Airisya  menjawab  selamba.

“Asal  kau  letak  gam  dekat  kerusi  aku?!”

“Aku  letak  sedikit  je.  Boleh  cabut  tu.  Jangan  risau.”

“Aku  dapat  kau,  siap!!”

“Kau  nak  kawan  dengan  aku  ke  tidak?  Kalau  kau  nak  kawan  dengan  aku,  baru  aku  beritahu  macam  mana  nak  tanggalkan  kau  dari  kerusi  tu.”

“Tanggalkan  aku?  Kau  ingat  aku  ni  kayu  ke  nak  tanggal-tanggal?”  Suaranya  dinaikkan   semula.  “Tak  hingin  aku  nak  kawan  dengan  kau!”

“Okay.  Selamat  mencuba.  Bye!”  Airisya  terus  melangkah  pergi  meninggalkan  Syakif.  Dia  sempat  meninggalkan  sekeping  kertas  di  atas  mejanya.

“Kalau  nak  tanggalkan  diri,  kau  tariklah  kuat  sikit  kerusi  tu.  Kalau  kau  nak  tanggallah  dan  kalau  kau  boleh  buat  seorang  diri.  Aku  nak  tolong  tadi,  sombong!”

“Tak  guna  punya  budak!”

Keesokan  harinya,  dia  tidak  bertegur  langsung  dengan  Airisya.  Apabila  Airisya  hendak  bercakap  dengannya,  dia  berpura-pura  membuat  kerja.  Ianya  berterusan  sehinggalah  beberapa  hari  berikutnya.

Hari  ini,  setelah  tamat  sesi  persekolah  dia  singgah  di  taman  permainan  yang  berdekatan  dengan  rumahnya.  Tanpa  dia  sedar,  Airisya  mengekorinya.

“Kenapa  kau  suka  lepak  sini?”  Airisya  menegurnya.

“Kau?!”  Syakif  terkejut  dengan  kehadiran  Airisya.

“Aku  bukan  nak  gaduh  dengan  kau  hari  ini.  Aku  cuma  tanya  je.”

“Buat  apa  kau  nak  tahu?”

“Saja.  Hari-hari  aku  nampak  kau  dekat  sini  tapi  tak  buat  apa  pun.  Kalau  kau  tak  nak  bagitau  tak  apalah  aku  tak  nak  paksa.  Aku  balik  dulu!”  Airisya  memberinya  senyuman.  Dia  melangkah  pergi.

“Airisya!”  Dia  menoleh  ke  arah  Syakif.

“Sinilah.”

“Buat  apa?  Aku  tak  naklah  kacau  kau.  Nanti  kau  marah  aku  pula.”

“Lepak  dengan  aku  kejap.”

Airisya  melangkah  ke  arah  Syakif  semula.  “Kenapa?”

“Kau  nak  tahu  kenapa  aku  suka  lepak  sini?”  Airisya  mengangguk.

“Sini  banyak  kenangan  aku  dengan  kawan-kawan  aku.”

“Amir  dan  Ira?”

“Hmm…  Mana  kau  tahu?”

“Aku  dengar  budak-budak  tu  cerita.  Dia  orang  pun  ada  suruh  aku  berhenti  dari  buat  kerja-kerja  tak  logik  tu.  Dia  orang  pun  cakap  yang  kau  memang  tak  akan  berkawan  dengan  siapa-siapa.”

“Then,  kenapa  kau  still  nak  kawan  dengan  aku?”

“Sebabnya,  aku  percaya,  tak  ada  orang  yang  boleh  hidup  tanpa  teman.”

“Aku  bukan  tak  ada  kawan.  Cuma  dia  orang  dah  pindah  je.”

“Tapi,  takkan  selamanya  kau  nak  berkawan  dengan  dia  orang  je,  kan?  Mesti  kau  nak  cari  kawan  lain  juga.”

“Mungkin.  Tapi  bukan  masanya  lagi.”

“Aku  faham.  Aku  pun  dulu  macam  kau  juga.  Aku  ada  seorang  kawan  yang  rapat  sangat  dengan  aku.  Tapi  kes  aku  lain  sikit  dari  kau.  Kawan  aku  tu  pergi  buat  selamanya.  Takkan  kembali.”  Tiba-tiba  air  mata  Airisya  mengalir.  Sungguh,  dia  teringat  akan  kawan  rapatnya  yang  sudah  dijemput  Ilahi.

“Maksud  kau,  dia  dah  tak  ada  di  dunia  ni?”  Airisya  mengangguk.

“Kenapa?”

“Dia  sakit.  Aku  memang  dah  tahu  awal-awal  lagi  tapi  tak  sangka  secepat  ini  dia  pergi.  Dia  dulu  macam  kaulah.  Tak  mahu  berkawan  dengan  sesiapa  sehinggalah  satu  hari  tu,  aku  beranikan  diri  tegur  dia.  Alhamdulillah  dia  terima.  Kau  tahu  kenapa  dia  tak  mahu  berkawan?”

Syikif  menggeleng.  “Sebab  dia  tahu  hidup  dia  dah  tak  lama.  Dia  tak  nak  kalau  dia  ada  kawan,  bila  sampai  masa  dia  pergi,  kawan-kawan  dia  sedih.  Dia  tak  nak  orang  bersimpati  dengan  dia.”

“Kenapa  kau  nak  berkawan  dengan  dia?”

“Aku  nak  dia  rasa  keseronokan  hidup.  Macam  mana  rasanya  bila  berteman.”

“Sebab  dia  ke  kau  pindah  sini?”

“Ha’ah.  Aku  tak  sanggup  nak  sekolah  sana.  Mana-mana  aku  pergi,  mesti  aku  ingat  dia.”

“Kau  tak  rasa  ke,  bila  kau  cari  kawan  lain,  kau  akan  lupakan  kawan  kau  tu?”

“Tak.  Selagi  kita  berkawan  dengan  keikhlasan,  insya-Allah  kita  akan  ingat  kawan  kita  selamanya.  Kenapa  kau  rasa  macam  tu  ke?”  Syakif  mengangguk.

“Sebab  tu  kau  tak  berkawan  dengan  sesiapa?”  Dia  mengangguk  lagi.

“Kau  tak  boleh  berfikiran  macam  tu.  Kalau  macam  tu,  dalam  dunia  ni,  semua  orang  tak  berkawan.  Kau  kena  ubah  pemikiran  tu.”  Airisya  memberi  nasihat.

“Yela.”  Syakif  menjawab  acuh  tidak  acuh.

“So,  kita  kawan?”  Airisya  menghulurkan  tangannya.

“Kawanlah.  Kesian  pula  aku  tengok  kau  ni.”  Syakif  menyambut  tangannya.

“Ceh!  Tak  guna  betul.”  Mereka  tertawa.

“Aku  tertanya-tanyalah,  kawan  kau  tu  lelaki  ke  perempuan?”

“Kenapa  kau  nak  tahu  pula?”  Airisya  pelik.

“Saja.  Aku  nak  tahu.”

“Lelaki.”

“Patutlah  kau  sedih  semacam.  Mesti  kau  ada  hati  dengan  dia  sebab  tu  kau  sedih.  Kau  tak  boleh  lupakan  dia.”

“Woi!  Mulut  tu  berlapis  sikit.  Perlu  ke  ada  perasaan  cinta  baru  boleh  sedih  atas  pemergian  seseorang?  Cuba  kalau  kawan  kau,  Amir.  Mesti  kau  sedih  jugakan?”

“Oii  agak-agak  ye  nak  cakap  tu.”

“Tahu  pun.  Kau  cakap  macam  tu  lagi,  siap  kau!”  Airisya  memberi  amaran.

“Yela,  aku  minta  maaf.”

“Aku  pun  minta  maaflah  sebab  kacau  kau  selama  ni.”  Airisya  menayang  giginya  yang  tersusun.

“Ha!  Yang  tu,  tiada  maaf  bagimu.  Tunggu  raya  nanti  baru  aku  maafkan.  Itu  pun,  kalau  aku  ingat  nak  maafkan  kau.”  Gurau  Syakif.