D
|
ua minggu
berlalu tanpa teman
di sisi. Jika
sebelum ini, ada
sahaja yang dilakukan
bersama Amir mahupun
Ira tetapi tidak
hari ini. Hari-harinya
di sekolah semakin
membosankan. Dia juga
sering kali lambat
ke sekolah. Haii,
bagaimanalah mahu berjaya?
Hari ini
kelasnya menerima seorang
pelajar baru. Dia
tidak peduli siapa
yang masuk ke
kelasnya. Baginya, hadir
ke sekolah belajar
kemudian balik.
“Selamat pagi
kelas!” Cikgu Ash
menyapa semangat. “Hari
ini kita ada
pelajar baru. Saya
kenalkan, ini Airisya.”
Seorang budak perempuan
melangkah masuk ke
dalam kelas. Sedikit
pun tidak menarik
perhatian Syakif.
“Selamat pagi.
Nama saya, Airisya.
Saya baru sahaja
berpindah ke sini.
Harap awak semua
beri tunjuk ajar.”
Pelajar tersebut memperkenalkan diri.
Dia tertarik dengan
seorang budak lelaki
yang sedari tadi
dia perasan tidak
memberikan perhatian.
“Okay, awak
semua jangan nak
buli-buli dia pula.
Lagi satu, jangan
nak mengorat dia!
Kamu datang sekolah
nak belajar, bukan
bercinta.” Cikgu Ash
memberi amaran keras.
“Ala cikgu,
mana ada nak
mengorat. Kawan sahaja.”
Jawab Syafiq yang
sememangnya terkenal dengan
sikap gatalnya dan
pantang melihat pelajar
baru. Namun begitu,
pelajarannya tidak pernah
dilupakan, malahan dia
merupakan salah seorang
pelajar pilihan sekolah.
“Awak tu
lagi. kalau boleh,
saya tak mahu
awak kenal dia
pun!” Cikgu Ash
bersuara dalam nada
bergurau. “Risya, awak
boleh duduk di
sebelah Syakif sana.”
Dia menunding ke
arah Syakif.
Syakif yang
terkejut mendengar tiba-tiba
bersuara, “Kenapa pula
duduk sebelah saya?
Banyak lagi tempat
kosong. Tu sebelah
Nurul pun kosong!”
“Awak tak
payah nak protes
sangat. Apa salahnya
kalau Risya duduk
sebelah awak? Kekasih
awakkan sudah tiada.”
“Cikgu!! Suka
betul buat gosip.”
Syakif mengalah. Apa
pun, dia tetap
cikgunya yang perlu
dihormati walau bagaimana
jua sikapnya. Dia
mengalihkan pandangan ke
luar tingkap. Tidak
mahu mengambil tahu
siapa disebelahnya.
“Hai, saya
Risya. Selamat berkenalan.”
Airisya cuba berbaik-baik
dengannya. Jika tidak
di suruh duduk
di sebelah Syakif
pun, dia tetap
akan duduk di
situ. Dia teringin
benar mahu berkenalan
dengannya.
“Kau tak
payah nak berkenalan
sangat dengan aku.
Aku tak berminat.
Kalau nak duduk
sini, duduk diam-diam.”
Jawab Syakif tegang.
“Baiklah. Saya
akan duduk diam-diam
tapi bila awak
berkawan dengan saya.”
“Asal pula
aku kena kawan
dengan kau?”
“Saya tengok
awak seorang sahaja.
Saya pun tiada
kawan. Jadi, apa
salahnya kalau kita
berkawan?”
“Aku tak
ada masa nak
layan kau. Jauhkan
diri kau dari
aku.” Syakif sudah
memberikan perhatian pada
pembelajarannya.
Sepanjang
sesi
pembelajarannya hari ini
diganggu oleh Airisya.
Ada sahaja yang
ingin ditanyanya. Bukannya
dia tidak faham
apa yang di
ajar oleh cikgu,
malah dia boleh
sahaja bertanya cikgu
yang sedang mengajar.
Dia sangat rimas
dengan keadaan itu.
Setelah hampir
dua bulan kehidupannya
diganggu oleh Airisya,
hari ini dia
berasa lega sedikit
apabila Airisya tidak
lagi mengganggunya. Fikirnya,
Airisya sudah bosan
kerana tidak dilayan
dan berputus asa
untuk berkawan dengannya.
Baguslah jika begitu.
Dapatlah dia belajar
dengan tenang. Namun,
segala sangkaannya meleset
belaka.
Hari ini
dia dikenakan dengan
teruk sekali. Airisya
sudah merancang sesuatu
tanpa pengetahuannya. Eh, memanglah
tanpa pengetahuannya. Kalau
tidak, takkan dia
terkenakan? Sungguh dia
tidak sangka Airisya
berani berbuat begitu.
“Airisya Redza!!!”
Syakif menjerit lantang.
“Ye saya.”
Airisya menjawab selamba.
“Asal kau
letak gam dekat
kerusi aku?!”
“Aku letak
sedikit je. Boleh
cabut tu. Jangan
risau.”
“Aku dapat
kau, siap!!”
“Kau nak
kawan dengan aku ke tidak?
Kalau kau nak
kawan dengan aku,
baru aku beritahu
macam mana nak
tanggalkan kau dari
kerusi tu.”
“Tanggalkan aku?
Kau ingat aku ni kayu
ke nak tanggal-tanggal?” Suaranya
dinaikkan semula. “Tak
hingin aku nak
kawan dengan kau!”
“Okay. Selamat
mencuba. Bye!” Airisya
terus melangkah pergi
meninggalkan Syakif. Dia
sempat meninggalkan sekeping
kertas di atas
mejanya.
“Kalau nak
tanggalkan diri, kau
tariklah kuat sikit
kerusi tu. Kalau
kau nak tanggallah
dan kalau kau
boleh buat seorang
diri. Aku nak
tolong tadi, sombong!”
“Tak guna
punya budak!”
Keesokan harinya,
dia tidak bertegur
langsung dengan Airisya.
Apabila Airisya hendak bercakap dengannya, dia
berpura-pura membuat kerja.
Ianya berterusan sehinggalah beberapa hari berikutnya.
Hari ini,
setelah tamat sesi
persekolah dia singgah
di taman permainan
yang berdekatan dengan
rumahnya. Tanpa dia
sedar, Airisya mengekorinya.
“Kenapa kau
suka lepak sini?”
Airisya menegurnya.
“Kau?!” Syakif
terkejut dengan kehadiran
Airisya.
“Aku bukan
nak gaduh dengan
kau hari ini.
Aku cuma tanya
je.”
“Buat apa
kau nak tahu?”
“Saja. Hari-hari
aku nampak kau
dekat sini tapi
tak buat apa
pun. Kalau kau
tak nak bagitau
tak apalah aku
tak nak paksa.
Aku balik dulu!”
Airisya memberinya senyuman. Dia melangkah pergi.
“Airisya!” Dia
menoleh ke arah
Syakif.
“Sinilah.”
“Buat apa?
Aku tak naklah
kacau kau. Nanti
kau marah aku
pula.”
“Lepak dengan
aku kejap.”
Airisya melangkah
ke arah Syakif
semula. “Kenapa?”
“Kau nak
tahu kenapa aku
suka lepak sini?”
Airisya mengangguk.
“Sini banyak
kenangan aku dengan
kawan-kawan aku.”
“Amir dan
Ira?”
“Hmm… Mana
kau tahu?”
“Aku dengar
budak-budak tu cerita.
Dia orang pun
ada suruh aku berhenti dari
buat kerja-kerja tak
logik tu. Dia
orang pun cakap
yang kau memang
tak akan berkawan
dengan siapa-siapa.”
“Then, kenapa
kau still nak
kawan dengan aku?”
“Sebabnya, aku
percaya, tak ada
orang yang boleh
hidup tanpa teman.”
“Aku bukan
tak ada kawan.
Cuma dia orang
dah pindah je.”
“Tapi, takkan
selamanya kau nak
berkawan dengan dia
orang je, kan?
Mesti kau nak
cari kawan lain
juga.”
“Mungkin. Tapi
bukan masanya lagi.”
“Aku faham. Aku
pun dulu macam
kau juga. Aku
ada seorang kawan
yang rapat sangat
dengan aku. Tapi
kes aku lain
sikit dari kau.
Kawan aku tu
pergi buat selamanya.
Takkan kembali.” Tiba-tiba
air mata Airisya
mengalir. Sungguh, dia teringat akan
kawan rapatnya yang
sudah dijemput Ilahi.
“Maksud kau,
dia dah tak
ada di dunia
ni?” Airisya mengangguk.
“Kenapa?”
“Dia sakit.
Aku memang dah
tahu awal-awal lagi
tapi tak sangka
secepat ini dia
pergi. Dia dulu macam
kaulah. Tak mahu
berkawan dengan sesiapa
sehinggalah satu hari
tu, aku beranikan
diri tegur dia.
Alhamdulillah dia terima.
Kau tahu kenapa
dia tak mahu
berkawan?”
Syikif menggeleng.
“Sebab dia tahu
hidup dia dah
tak lama. Dia
tak nak kalau
dia ada kawan,
bila sampai masa
dia pergi, kawan-kawan
dia sedih. Dia
tak nak orang
bersimpati dengan dia.”
“Kenapa kau
nak berkawan dengan
dia?”
“Aku nak
dia rasa keseronokan
hidup. Macam mana
rasanya bila berteman.”
“Sebab dia
ke kau pindah
sini?”
“Ha’ah. Aku
tak sanggup nak
sekolah sana. Mana-mana
aku pergi, mesti
aku ingat dia.”
“Kau tak
rasa ke, bila
kau cari kawan
lain, kau akan
lupakan kawan kau
tu?”
“Tak. Selagi
kita berkawan dengan
keikhlasan, insya-Allah kita
akan ingat kawan
kita selamanya. Kenapa
kau rasa macam
tu ke?” Syakif
mengangguk.
“Sebab tu
kau tak berkawan
dengan sesiapa?” Dia
mengangguk lagi.
“Kau tak
boleh berfikiran macam
tu. Kalau macam
tu, dalam dunia
ni, semua orang
tak berkawan. Kau
kena ubah pemikiran
tu.” Airisya memberi
nasihat.
“Yela.” Syakif
menjawab acuh tidak
acuh.
“So, kita
kawan?” Airisya menghulurkan
tangannya.
“Kawanlah. Kesian
pula aku tengok
kau ni.” Syakif
menyambut tangannya.
“Ceh! Tak
guna betul.” Mereka
tertawa.
“Aku tertanya-tanyalah, kawan
kau tu lelaki
ke perempuan?”
“Kenapa kau
nak tahu pula?”
Airisya pelik.
“Saja. Aku
nak tahu.”
“Lelaki.”
“Patutlah kau
sedih semacam. Mesti
kau ada hati
dengan dia sebab
tu kau sedih.
Kau tak boleh
lupakan dia.”
“Woi! Mulut
tu berlapis sikit.
Perlu ke ada
perasaan cinta baru
boleh sedih atas
pemergian seseorang? Cuba
kalau kawan kau,
Amir. Mesti kau
sedih jugakan?”
“Oii agak-agak
ye nak cakap
tu.”
“Tahu pun.
Kau cakap macam
tu lagi, siap
kau!” Airisya memberi
amaran.
“Yela, aku
minta maaf.”
“Aku pun
minta maaflah sebab
kacau kau selama
ni.” Airisya menayang
giginya yang tersusun.
No comments:
Post a Comment