Naz
melunjurkan kaki
dan dihayunnya perlahan.
Sofa empuk di
ruang lobi pejabat
itu menarik minatnya
untuk meluruskan badannya
yang sedari tadi
berkedudukan menegak berbantalkan
beg sandang Kappa
miliknya. Sesekali mulut
kecilnya menguap. Jam
dipergelangan tangan di
perhati sebentar. “Di
mana pulalah Abang
Aril berada. Sudah
hampir sejam aku
menunggunya.”
Naz bangun
dari sofa hijau
itu. Begnya disandang
semula. Kakinya laju
menuju ke kaunter
penyambut tetamu. Senyuman
di bibir dilebarkan.
“Kak Jue, Abang
Aril tidak sampai
lagikah?” Wanita muda
itu menggeleng laju
dan menyimpul senyuman
manis. “Bila Abang
Aril akan pulang
ke pejabatnya?”
Kak Jue
menyemak sebuah buku
sebelum menjawab, “Setahu
Kak Jue, hari
ini Encik Ashril
tidak masuk ke
pejabat.”
Naz mengerut
dahi. “Mengapa pula?”
“Encik Ashril
ada meeting di luar
bersama Datuk Teo.”
Naz mengguk perlahan.
“Tidak mengapalah Kak
Jue. Terima kasih.”
Naz melangkah keluar
dari bangunan gah
itu. Tiba di
pintu utama, bahunya
berlanggaran dengan seorang
perempuan berpakaian ala
model.
Naz menunduk
sedikit. “Maaf.” Dia
memandang sekilas. Wanita
itu menghadiahkannya sebuah
jelingan tajam. Cermin
mata hitam di
tangan diletakkan di
atas batang hidungnya
semula. Wanita yang
berkasut tumit tinggi
lapan inci itu
berlajan penuh gaya.
Naz mencebik. Tangannya
sesekali dihayun tinggi.
“Berlagak!” Naz berpaling
semula dan meneruskan
perjalanannya.
Naz mengecilkan
matanya. Seorang lelaki
berkemeja putih dan
berkot hitam ditenungnya
lama. “Abang Aril!” Laungnya.
Dia menghampiri lelaki
itu. Tangan di
hulur untuk berjabat. “Naz
ingatkan Abang Aril
tidak masuk ke
pejabat hari ini.”
Ashril terkaku seketika.
Gagap di bersuara
perlahan. “Apa yang
Naz buat di
sini?” Dia menggaru
kepala.
Naz mengerut
dahi melihat reaksi
abangnya. “Naz jual
ikan dekat hujung
jalan sana. Kebetulan
sudah dekat dengan
pejabat abang, jadi
Naz singgah sebentar.”
Naz berpeluk tubuh.
“Jual ikan?”
Ashril mengangkat kening
sebelah. “Semenjak bila
Naz menjual ikan?
Itulah, abang suruh
kerja dengan abang
tidak mahu. Bukankah
sudah menyusahkan diri
Naz apabila sudah
menjadi begini.” Ashril
menarik tangan adiknya
memasuki ruang lobi
pejabat. Ashril mendekatkan
mukanya ke badan
Naz sambil menghidu
bau badan Naz.
Naz mencebik.
Genggaman tangannya dilayangkan
pada Ashril. “Maka,
si bodoh pun
percaya.” Dia bertepuk
tangan. Ruang lobi
bergema dengan teriak
suaranya ketawa. Ashril
pantas menekup mulut
Naz sebelum lebih
ramai pekarja di
pejabatnya berkumpul. Naz
menepis tangan Ashril.
“Apa kena pula
dengan Abang Aril?
Kenapa tutup-tutup mulut
Naz?”
Ashril menghadiahkan
senyuman pada pekerjanya
yang lalu lalang
di ruang itu.
Dia mengetap gigi.
“Bagus sangatkah anak
dara gelak terbahak-bahak macam
apa yang Naz
buat tadi?” Naz
menjeling. “Sudahlah malas
Naz nak bercakap
dengan abang. Hilang
sudah mood Naz
hari ini. Naz
pulang dahulu.”
Ashril menarik
tangan adiknya yang
kian menjauh. “Kenapa
Naz mahu berjumpa
dengan Abang Aril?”
Naz menggeleng
laju. Dia masih
berpeluk tubuh dan
memandang ke luar
bangunan. Ashril mendekati
adiknya. “Adik...”
“Ashril!” Seorang
wanita tinggi lampai
persis model antarabangsa
memanggilnya sebelum sempat
dia menghabiskan kata.
Ashril menghela nafas
panjang. ‘Masalah besar!’
Bisik hatinya. Naz
berpaling mencari suara yang
memanggil Ashril. “Perempuan
sombong!” Dahinya berkerut
memandang abangnya yang
sudah seperti cacing
kepanasan.
“Abang, siapa
perempuan itu?” Mendatar
sahaja suaranya.
“Budak ini,
siapa?” Wanita itu
mengambil tempat di
sisi Ashril. Naz
pantas menarik abangnya
ke sofa tempat
duduknya yang hanya
boleh memuatkan dua
orang dalam satu masa.
Jelingan tajam menikam
di terima.
“Naz balik
dululah. Abang ada
banyak kerja yang
perlu disiapkan. Malam
nanti kita jumpa.”
Ashril memimpin Naz
ke pintu utama.
Naz melangkah dengan
berat. “Dia siapa?”
“Nanti abang
cerita. Ambil kunci
ini dan pulang.”
Dia menyerahkan kunci
keretanya pada Naz.
Naz biarkan sepi.
Matanya tidak lepas
merenung wanita itu.
“Naz boleh balik
sendiri naik motor.
Abang pergilah jaga kekasih
baru abang itu.
Patutlah Kak Mai
sudah seminggu tidak
pulang ke rumah.”
Naz berlalu tanpa
memandang Ashril.
Ashril menepuk
dahinya. “Ashril.” Adilah
memaut lengannya. “Siapa
budak kampung itu?”
Mulutnya disengetkan sedikit
dan keningnya di
angkat tinggi. Ashril
membuntangkan matanya. “Mulut
awak jangan suka-suka
hati hendak menghina
orang. Itu adik
saya!” Ashril melepaskan
pautan di lengannya
dan meninggalkan Adilah
yang masih terpinga-pinga di
tangga.
Adilah mengetuk
kepalanya sendiri. “Apa yang
aku sudah lakukan!”
Dia berlari mendapatkan
Ashril yang kian
menjauh dan memasuki
perut lif.
Ashril melangkah
laju menuju ke
biliknya. Dia sempat
menegur setiausahanya yang
sedang asyik mengadap
komputer di meja.
“Asma, jangan benarkan
sesiapa masuk ke
bilik saya. Saya
mahu berehat.” Tanpa
menoleh Ashril laju
ke bilik.
Asma memandang
rakan sepejabatnya di
sebelah. “Apa Encik
Ashril cakap tadi?”
Jari jemari runcingnya
menggaru kepala. Din
mengangkat bahu. “Kenapa
dengan bos kesayangan
kau itu? Bergaduh
dengan binikah?” Asma
menjuihkan bibir. “Aku
tak jaga rumah
tangga orang. Rumah
aku sendiri pun
belum cukup tangga
nak jaga rumah
orang.” Din menggeleng.
“Asma, aku
faham sekarang.” Din
menelan air liurnya.
Bibirnya dimuncungkan ke
pintu masuk. “Kekasih
gelap bos sudah
mari.” Dia lantas
meneruskan kerjanya. Asma
ternganga melihat tubuh
yang semakin menghampirinya. Dia
menjadi tidak tentu
arah. “Cik Adilah...”
Adilah berhenti
seketika. Cermin mata
hitamnya di tarik lalu
dimasukkan ke dalam
beg tangan. “Ada
apa?” Tanyanya dengan
penuh lagak sombong.
Asma mencebik. “Encik
Ashril tidak mahu
diganggu. Jadi saya
persilakan Cik Adilah
keluar dari sini.
Kami terlalu banyak
kerja untuk melayan
Cik Adilah.”
Din tersengih.
Asma menunjukkan ibu
jarinya pada rakannya
itu. Tanpa mengeluarkan
suara, Din membalas,
“Bagus, Asma!” Kedua-dua
ibu jarinya dikeluarkan.
Adilah merengus
kuat melihat aksi
mereka. “Panas betullah
dekat sini. Macam
dalam neraka.”
Asma tersenyum.
“Panas? Mungkin Cik
Adilah pakai baju
adik sebab itulah
panas. Cuba Cik
Adilah pakai baju
saiz yang berpatutan,
pasti tidak akan
berasa panas. Bagaikan
di syurga!” Asma
mendempangkan tangannya. Segelintir
pekerja yang masih
berada di dalam
pejabat ketika itu
tertawa mendengarkan kata-katanya.
Adilah terus melangkah
pergi tanpa pamitan.
Pintu kereta
di hempas kuat.
“Kurang ajar punya
budak! Suka hati
dia sahaja hendak
mengajar aku. Dia
yang kolot dikatanya
aku memakai baju
adik?” Adilah menghentak
dashboard kereta.
***
Naz menghenyakkan
punggungnya di atas
kerusi. Beg sandarnya
dicampakkan ke atas
meja. Sesekali dahinya
diurut perlahan. Telefon
pintarnya dikeluarkan dari
poket seluar. Nombor
Kak Mai didailnya
semula. Masih sunyi
tidak berjawab.
“Manalah Kak
Mai sudah pergi.”
Naz mengeluh panjang.
Azlan yang
kebetulan melalui meja
Naz menegur. “Apa
yang kau bebelkan
sedari tadi, Naz?
Berkerut-kerut muka macam
banyak sangat masalah
aku tengok.” Dia
meletakkan segelas kopi
di meja Naz.
“Thanks!” Naz
mengangkat gelas dan
meneguk kopi di
dalamnya.
Azlan mengangguk
kecil. “Kau belum
jumpa kakak ipar
kau lagikah?” Naz
mengangguk lemah. “Aku
tidak tahu di
mana mahu mencari
dia.”
Azlan terdiam
seketika. “Kau ada
nombor telefon dia?”
“Mestilah aku
ada. Masalahnya dia
tidak mahu jawab
panggilan aku.”
Azlan mengusap-ngusap dagunya.
Dahinya berkerut-kerut menarik
perhatian Naz. “Mengapa
pula dengan engkau?”
Azlan berpeluk tubuh.
Tiba-tiba dia memetik
jari. “I’ve an idea!”
Naz menarik lengan
bajunya. “Bagaimana?”
Azlan meletakkan
file yang dipegangnya
sebentar tadi di
mejanya. Dia menghampiri
Naz semula. “Kau
berikan padaku nombor
kakak ipar kau.”
Naz tercengang.
“Apa yang kau
mahu lakukan?”
“Beri sahajalah
pada aku.”
“Kau jangan
buat gila, Lan.
Itu kakak ipar
aku.”
Azlan menepuk
dahinya. Matanya terpejam
rapat sementara tangannya
menumbuk-numbuk dada bidangnya.
“Kau ingat aku
mahu mengurat kakak
ipar kau?” Naz
mengangguk laju. “Naz,
aku belum gila.
Aku tahu dia
sudah berkahwin.”
Naz tersengih
menayang barisan giginya.
“Jika bukan kerana
kau ingin mengurat
Kak Mai, apa
yang ingin kau
lakukan dengan nombor
telefonnya?” Azlan menghela
nafas panjang. “Susah
betul kalau hendak
bercakap dengan bekas
cikgu matematik ini.
Satu aku cakap
sepuluh dia jawab.”
Perlahan sahaja dia
mengeluh namun masih
dapat didengari Naz.
“Kau mahu
aku tolong atau
tidak?” Naz mengangguk
laju. Kemudiannya dia
berkerut dahi. “Beritahu
pada aku dahulu
apa yang kau
ingin lakukan?”
“Aku mahu menolonglah.”
Naz terdiam
sebentar. “Kau nak
telefon dia menggunakan
telefon bimbit kau?”
Dia menongkat dagu.
Azlan menggeleng.
“Kalau aku telefon
dan tanya sekali
pun belum tentu
dia akan beritahu.
Menjawab panggilan aku pun belum
tentu kepastiannya.”
“Tahu tidak
mengapa!” Naz menjuihkan
bibirnya.
Azlan menghulurkan
sehelai kertas ke
hadapan Naz. “Tulis
nombor dia sekarang
atau sampai bila-bila
kau tidak akan
dapat mencari dia.”
Naz mencapai
sebatang pensel berhampiran
komputer ribanya. Laju
tangannya menari di
atas helaian itu.
Dia menyerahkan kembali
kertas kecil itu
kepada Azlan. “Bila
aku boleh dapat
tahu di mana
Kak Mai berada?”
Azlan mengeluarkan
telefon bimbitnya. Jarinya
pantas menekan punat
telefon. Beberapa saat
menanti, “Kau sibukkan
sekarang?” Diam seketika.
Dia menyambung kembali.
“Kau tolong aku
carikan orang boleh?”
“Ini nombor
telefonnya.” Azlan menyebut
satu per satu
nombor yang tertera
di atas kertas.
Seketika dia mengangguk
dan mengiyakan kata-kata
pemanggil di dalam
telefon.
“Bila kau
boleh beri aku
jawapan?” Dia mengangguk
seketika sebelum memutuskan
panggilan.
Naz bingkas
bangun. “Macam mana?”
Azlan menyerahkan
kembali kertas kepada
Naz. “Kawan aku
cakap mungkin esok
kau boleh tahu
di mana kakak
ipar kau berada.”
Naz ternganga.
“Sepantas itu?” Azlan
mengangguk. “Biar betul?”
“Ya!”
“Dengan hanya
satu panggilan?”
“Ye, Naz.”
“Gempaklah! Kalau
aku tahu dari
awal lagi aku
suruh kau tolong
aku. Tidak perlulah
aku bersusah payah
mencari dan berjumpa
dengan perempuan berlagak
itu. Buat sakit
hati aku sahaja.”
Azlan tersengih.
“Sudah, aku mahu
selesaikan kerjaku yang
tertangguh kerana kau.”
Dia bergerak ke
mejanya semula.
“Azlan. Satu
soalan aku nak
tanya.”
“Apa lagi
kau mahu tanya?”
“Macam mana
kau buat?”
“Tracker.
Kau tidak perlu
tahulah itu kerja
orang lain. Kerja
kau ambil gambar
dan buat laporan
artis sahaja. Jadinya
jangan sibuk mahu
buat kerja orang
lain pula.”