“Mana aku nak cari kau?” Gambar itu kemudiannya diletakkan di sebelah. Katil empuknya dipanjat. Dia menghempas tubuhnya. Surat yang di terimanya ditatap. “Baiklah, kalau ini permainan yang kau mahukan, aku terima. Kita lihat nanti siapa yang akan tertunduk dahulu.” Naz tersenyum penuh makna.
Naz membaca isi kandungan surat itu. “Cari tempat di mana bunga ini berada? Gambar yang di ambil mestilah sama seperti gambar yang sudah disertakan.” Naz menjeling tajam. “Ini Nazratul.” Dia mendabik dada. Dadanya ditepuk kuat.
Naz mencapai telefon pintarnya. Buku telefon di buka dan nama Ammy di carinya lalu di dail. Beberapa saat kemudian, panggilannya berjawab. Selesai bersembang sebentar, Naz kembali menatap gambar disebelahnya. Gambar itu di rakamkan ke dalam telefon pintarnya. Naz bertepuk tangan. “Selesai!” Kertas yang bertaburan di atas katil di simpan kembali dan diletekkan ke atas meja.
Naz mencapai jaket kulitnya di tepi katil. Setelah memastikan barang-barang keperluannya di bawa, Naz melangkah laju ke pintu biliknya. Kakinya pantas bergerak dan tangannya cekap mengambil kunci motornya. Naz menjerit lantang, “Mama, Naz keluar sebentar. Mahu berjumpa dengan kawan.”
Mama Naz keluar dari dapur. “Naz tidak makan dahulu?”
Naz menghampiri Rozita. Dia menyalami tangan mamanya. Sebelum menjawab sempat dia menggeleng laju. “Balik nanti baru Naz makan. Lagipun, Naz mahu keluar sebentar sahaja.” Rozita menggeleng melihat gelagat anak perempuannya yang sudah berkejaran keluar luar. Sempat dia memesan, “Jangan pulang lewat sangat. Awak itu perempuan. Ingat sikit.”
Naz menghadiahkannya senyuman manis. “Baiklah mama.” Motornya dihidupkan lalu Naz memejut laju. Lima minit perjalanan, dia sampai di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya. Naz mengecilkan matanya mancari tempat duduk kosong untuknya duduk.
Beg yang di pegangnya sedari tadi di letakkan di atas kerusi kosong di hadapannya. Dia masih memerhatikan pelanggan-pelanggan di kedai itu yang sebahagiannya merupakan pelajar universiti dan sekolah yang melepak sambil menonton televisyen. “Mana pulalah budak ini. Orang mahu ambil tadi, sombong tidak mahu.” Getus hatinya.
Naz menongkat dagu. Matanya galak mencari bayangan orang yang ditunggunya. Hampir sahaja dia melompat memanjat meja apabila disergah dari belakang. “Akak!” Naz mengurut dada dan melepaskan lelahnya. Mukanya berubah pucat. Ammy yang melihatnya sudah terbahak-bahak gelak.
Naz memasamkan mukanya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Ammy. “Kelakar sangatlah?”
Ammy memeluknya dari belakang. Pipinya di cubit kuat. “Janganlah marah akak. Ammy bergurau sahajalah. Tidak sangka pula akak terkejut sampai begitu sekali.” Tangan Naz ditariknya lalu di goyang-goyangkan. Matanya dikelip-kelip laju dan bibirnya dimuncungkan.
Naz menyeringai kecil. “Sudah-sudah, duduk sana.” Ammy menayang gigi putihnya. “Baik bos!” Lagaknya seperti seorang askar menabik hormat ketuanya. Naz menepuk dahinya kuat. “Boleh pengsan akak layan Ammy.”
“Maafkan saya, Kak Naz.” Baru sahaja Ammy ingin menunduk sembilan puluh darjah, Naz menahannya. Tangannya dilambai-lambai di hadapan Ammy. “Jangan hendak mengada-ngada buat benda yang pelik-pelik. Duduk sahaja di situ diam-diam.”
Ammy kembali ke tempat duduknya. “So, apa yang boleh saya bantu akak?” Nadanya serius. Naz mengeluarkan telefon pintarnya dan meletakkannya di hadapan Ammy. “Ammy tahu di mana akak boleh jumpa tempat ini?”
Ammy mengerut dahinya. Telefon pintar itu dibelek lama. Kerutan di dahi bertambah. Mulutnya tidak henti-henti mengeluarkan suara. Dia memandang Naz semula. “Akak, kalaulah akak tanya saya di mana bunga ini dijual ataupun apa nama bunga ini, bolehlah saya beri jawapannya.”
Naz memetik jarinya ke muka Ammy. “Jika itu yang diinginkan olehnya, siang-siang lagi akak sudah berikannya jawapan.”
Ammy menggaru kepala. “Dia itu siapa?”
Naz menggigit lidahnya. “Akak tidak beritahu Ammy?” Ammy menggeleng. “Bos baru.” Naz menceritakan kisahnya ditemu duga oleh Amirul. Ammy menekan perutnya kuat. Mukanya sudah memerah menahan gelak. “Mamat yang akak cerita hari itu?” Naz mengangguk. “Kalau pun kelakar sangat, kawal sikit tawa awak itu. Malulah orang tengok.”
Ammy menutup mulutnya. “Maafkan Ammy. Tidak sedar pula sudah melepasi batas seorang perempuan cantik.” Naz menjengkilkan matanya. Straw di dalam bekas minumannya di baling ke arah Ammy. “Perasan!”
Setelah sisa-sisa tawanya habis, Ammy bersuara. “Jadi, dia mahu akak cari di mana gambar ini di ambil dan menangkapnya semula?” Sekali lagi Naz mengangguk. “Akak bawa suratnya?” Naz menggeleng sebelum menjawab, “Tidak. Mengapa Ammy tanya?”
“Ammy mahu memastikan sama ada dia menyuruh akak menangkap gambar yang sama atau mencari tempatnya sekali.”
Naz mengerut dahi. “Maksud Ammy?”
Ammy berdehem kecil. Dia membetulkan duduknya sebelum berkata, “Andai kata di dalam surat itu hanya tertulis yang akak hanya perlu menangkap semula gambar itu, di mana-mana sahaja akak boleh menangkapnya. Akak cuma perlu mencari angle yang betul.”
Naz mengangguk-angguk kepalanya seperti burung belatuk. “Betul juga.” Ammy mengibas-ngibas bahunya. “Cerdikkan saya?” Naz mencebik. “Tapi, di mana akak mahu mencari bunga ini?”
Ammy menunding jari telunjuk ke arahnya. “Ammy tahu di mana akak boleh dapatkan bunga itu.” Naz merapatkan tubuhnya kepada Ammy. “Ammy, you’re my hero!” Ammy menolak Naz perlahan. Dia menarik nafas panjang. “Lemas Ammy.” Naz menganggkat tangannya seperti berikrar sambil tersengih panjang. “Sorry.”
Naz terdiam seketika. Riak mukanya yang ceria bertukar muram. Ammy bertanya, “Kenapa pula akak muram?” Naz menghentak kepalanya ke meja. Spontan di angkat semula. “Macam mana kalau dia mahu tempatnya sekali?”
Ammy menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Ammy yakin tidak. Kalau dia minta juga, akak highlightkan ayat yang menunjukkan akak hanya perlu menangkap gambar yang sama.” Naz mengangguk lemah. “Terima kasih Ammy.”
Ammy mengambil beg tangannya di kerusi sebelah. “Jom balik atau Kak Naz mahu bermalam di sini?” Naz lantas mencapai begnya. Dia mengejar Ammy yang sudah menjauh.
***
Naz menghampiri bilik yang terletak di hujung ruang pejabat. Langkahnya di atur kemas. Dia mengintai bilik yang tertera Ketua Wartawan di depannya. “Tidak sampai lagikah bos aku ini? Bukan main gelap sahaja biliknya.” Naz memulas tombol pintu. “Siap berkunci. Ingat ada orang kemaruk sangatkah mahu masuk ke dalam bilik dia?” Naz terus-terusan membebel.
Tanpa Naz sedari, di belakangnya Amirul sedang memerhatikannya. Amirul berpeluk tubuh. Beg yang di bawanya diletakkan di atas meja setiausahanya yang masih belum sampai. “Memang ada yang kemaruk sangat nak masuk bilik saya sampaikan tidak sabar-sabar mahu tunggu saya datang.” Dia bersuara selamba.
Naz berpaling. Matanya membuntang. Dia menunduk sedikit sebelum menapak sedikit demi sedikit ke belakang. Amirul menghampirinya dan menarik lengannya. “Nak pergi mana?” Dia mengeluarkan segugus kunci dari kocek seluarnya. Pintu di buka seluasnya. “Tadi mahu masuk sangatkan?”
Amirul meletakkan begnya di atas meja. Dia duduk di kerusi mewahnya dan menyilang kaki. Lagaknya seperti orang kaya yang baru mendapat projek besar. Naz melangkah perlahan ke arahnya. Sampul surat yang di bawanya bersama diletakkan di atas meja. Kemudiannya dia berpaling ingin keluar.
Amirul mengambil sampul yang baru diletakkannya. Amirul berkata, “Siapa yang benarkan awak keluar?” sambil tangannya laju memeriksa gambar yang diberikan Naz. Muka Naz bertukar cemberut. ‘Nasib baik kau bos.’ Getusnya dalam hati. “Kalau saya bukan bos apa awak mahu buat?” Soal Amirul.
‘Dia boleh baca fikiran orang ke?’ Naz memandang Amirul lama. Matanya mengecil. Amirul bangun dari kedudukannya. “Tak perlulah awak berkerut sampai begitu sekali. Ingat awak buat muka macam itu, awak comellah?”
Naz mengetap giginya. “Tak kata pun aku comel. Cakap sahajalah sebenarnya dia mahu kata aku comel. Malu-malu pula.” Perlahan sahaja suaranya namun masih boleh di dengari oleh Amirul. Dia tergelak kecil. Amirul menghampiri almari di sebelah mejanya. Sebuah file merah di ambil dan diserahkan kepada Naz.
“Apa ini bos?”
“File.”
Naz mendengus perlahan. “Ada juga yang makan guna straw nanti.” Amirul menjeling sekilas. “Straw?” Naz menggeleng laju. “Untuk apa file ini, bos?”
“Untuk awak makan guna straw.” Naz menumbuk-numbuk dadanya. File yang tadinya dipegang sudah berada di kakinya. Amirul tersengih melihat kemarahan Naz. File di kaki Naz di ambil semula. “Bukankah tadi awak kata mahu makan guna straw?”
“Bos sudah puas hidupkah?” Amirul menggeleng.
“Pernah rasa makan nasi dengan straw?”
Dia menggeleng lagi dan berkata, “Saya belum gila nak makan nasi guna straw macam awak.” Matanya masih di halakan pada buku yang dipegangnya. Amirul bergerak ke meja rehatnya.
Naz memejamkan matanya dan menarik nafas perlahan. Dadanya diurut perlahan. “Tabahkan hati kau, Naz. Memang susah dapat bos psycho macam dia.”
Amirul mengangkat mukanya. “Apa awak kata, Naz?”
“Tiada apa-apa bos.” Naz menghampiri bosnya. “Jadi, apa yang perlu saya lakukan dengan file ini bos?”
Amirul memandangnya semula. Lama dia mendiam. Naz melambai-lambai tangannya di hadapan Amirul. Dia mengelip-ngelipkan matanya. “Maaf saya berfikir tadi.”
Naz mencebik. ‘Berfikir ke bermenung? Aku lawa sangatlah tu sampai tak puas dia pandang.’ Bisik hati kecilnya.
Amirul menjeling tajam. “Tolong jangan perasan boleh?”
Naz tercengang. ‘Memang betul ada ilmulah bos aku ini. Naz, lepas ini kau perlu lebih berhati-hati.’
Amirul membuka file dan menyerahkannya kepada Naz. “Awak baca laporan ini dan sediakan laporan yang baharu.”
Naz mengerut dahi. “Laporan baru?” Amirul mengangguk. “Saya perlu buat laporan baru?” Dia mengangguk lagi. “Hari ini?” Anggukan di kepala semakin laju. “Kenapa pula saya kena buat laporan ini?”
“Sebab saya yang suruh.”
“Tetapi bos, ini bukan bidang kerja saya.”
“Siapa kata?”
“Sayalah yang kata.”
“Awak sudah baca kontrak perjanjian pekerja?” Naz mengangguk. “Seorang pekerja di syarikat ini tidak semestinya bekerja mengikut skop kerjanya tetapi mungkin juga perlu keluar dari skop kerjanya.”
“Saya tidak baca pun yang itu?”
“Bukan salah saya. Awak yang careless.” Amirul masih tidak memandang Naz.
Naz menarik kasar file di atas meja. “I hate you the most.” Dia menghentak kaki keluar dari bilik itu. Sempat dia menangkap kata-kata Amirul. “Don’t hate me because you’ll love me.”
Naz menghempas kuat pintu bilik itu. “Benci gila!”
No comments:
Post a Comment