Amaninah menongkat
dagu. Buku cerita
di hadapannya di
pandang kosong. “Bosannya
aku.” Dia menutup
buku cerita yang
di bacanya sebentar
tadi. Amaninah melabuhkan
punggung di atas
katil. “Kalaulah aku
ada adik-beradik pasti
hari-hariku tidak membosankan.”
Amaninah termenung
jauh. Matanya berkelip-kelip memandang
bilahan kipas yang
berputar di syiling
rumah. Semakin lama,
matanya semakin mengecil.
Dia memisat mata
dan memerhati sekelilingnya. “Aku
lapar dan mahu
makan.” Amaninah bangkit
dan menuruni anak
tangga menuju ke
dapur.
Sedang asyik
dia menyuap makanan
di dalam mulut,
Amaninah di tegur
seorang lelaki yang
berpakaian t-shirt putih
dan berseluar pendek.
“Adik baru hendak
makan?” Amaninah tersedak.
Matanya membuntang. Dia
bangun sebelum tangannya
laju mencapai garfu
di sudut meja.
Mulutnya dibersihkan terlebih
dahulu sebelum berkata,
“siapa kau? Apa
yang kau mahukan
daripada aku?”
Lelaki bertubuh
tinggi lampai itu
tertawa berdekah-dekah. Amaninah
mengerut dahinya. “Adakah
kau penjahat? Jika
benar, lebih baik
kau keluar dari
rumahku sebelum aku
menelefon polis.” Amaninah
berlari anak ke
ruang tamu. Amrizal
tersengih. ‘Ada-ada sahajalah
adik aku yang
seorang ini.’ Bisiknya.
Di dapur,
Amrizal mendengar adiknya
berbicara. “Ibu, ada
orang memasuki rumah.
Ibu pulanglah sekarang.”
Amaninah menjerit
kuat, “Keluar dari
rumah aku sekarang!”
Amrizal menghampirinya. “Mengapa
abang perlu keluar
jika ini adalah
rumah abang juga?”
Amaninah menjeling tajam.
“Abang?” Lelaki itu
mengangguk. “Sejak bila
aku mempunyai abang?”
Ketukan di
pintu rumah mematikan
pergaduhan antara mereka.
“Apa yang kecoh
sangat sehingga ibu
perlu pulang ke
rumah?” Dia menegur
anak perempuannya. Amaninah
menunding jarinya ke
arah susuk tubuh
yang sedang leka
menonton televisyen. Puan
Amniah menepuk dahi.
“Maafkan ibu.” Dia
memanggil Amrizal. “Ini
abang kamu. Ibu
minta maaf kerana
tidak menceritakan perihal
abang kamu selama
ini.”
Amaninah terduduk
di sofa berhampirannya. Ibunya
turut melabuhkan punggung
di sebelahnya. “Ibu
tahu Nina terkejut.
Sebenarnya kamu ada
seorang abang tetapi
ibu tidak tahu
di mana abang
kamu berada ketika
itu sehinggalah semalam
kami menemuinya.” Ibu
memandang ayah yang
sedari tadi berdiri
tidak jauh dari
kami.
Amaninah bangkit dan
menghadap Amrizal. “Jadi,
lelaki ini adalah
abang Nina?” Puan
Amniah mengangguk. “Abang
kandung Nina?” Ibunya
mengangguk lagi. Ibunya
bersuara perlahan. “Ibu
minta maaf kerana
merahsiakan hal ini.”
Amaninah menggeleng laju.
Puan Amniah menarik
lembut tangan anak
perempuannya.
Mereka semua
terdiam seketika. Amaninah
mengangguk tegas dan
berkata, “Baiklah, jika
benar dia adalah
abang Nina...” Dia
diam. Semua mata
memandang tepat ke
arahnya. Dia memerhatikan
satu demi satu
wajah di hadapannya.
Dia kemudiannya menyambung,
“Nina gembira dapat
berjumpa dengan abang!”
Amaninah melompat-lompat memeluk
abangnya. Ibu dan
ayahnya menarik nafas
lega. Ayah mengusap
kepala Amaninah.
“Mulai hari
ini, ibu harap
kamu berdua berkawan
baiklah walaupun Amrizal
sudah mencecah umur
20 tahun.” Amaninah
mengangguk laju. “Nina
tiada masalah asalkan
abang tidak membuli
Nina. Seronoknya impian
untuk mempunyai abang
akhirnya termakbul juga.”
Sebulan berlalu
semenjak Amaninah berjumpa
dengan abangnya. Hubungan
mereka menjadi lebih
akrab berbanding pada
hari pertama mereka
berjumpa. Amaninah mengetuk
pintu bilik Amrizal.
“Masuk.” Tombol pintu
di pulas. “Abang
sedang membuat apa?”
Dia mendekati abangnya
di atas katil.
Buku di tangan
abangnya di ambil
lalu di baca.
“Adik, bagaimana
sekiranya abang menghilang
lagi?” Soal Amrizal
mendadak.
Amaninah mengerut
dahi. “Abang mahu
ke mana?” Bertubi-tubi
soalan keluar dari
mulutnya. “Abang tidak
sukakah mempunyai adik
seperti Nina? Adakah
Nina mengganggu ketenteraman
abang?”
Amrizal tertawa.
Bahu adiknya di
peluk erat. “Apalah
Nina kata begitu.
Bukan begitu maksud
abang.” Dia memalingkan
mukanya ke arah
Amrizal. “Jadi, mengapa
abang berkata begitu?”
“Tiada apalah.
Abang cuma mahu
tahu sahaja. Kitakan
hanya mampu merancang.
Siapa tahu esok-esok
abang perlu ke
tempat yang jauh
dan meninggalkan adik
bersama ibu dan
ayah?”
Amaninah memuncungkan
bibirnya. Dia berpeluk
tubuh. Tangan abangnya
di tolak kasar.
“Bencilah dengan abang.”
Dia bangun dan
ingin keluar tetapi
di halang abangnya.
Amrizal menarik
tangan adiknya semula.
“Abang bergurau sahaja.
Janganlah merajuk.” Dia
mecuit pipi adiknya.
Amaninah tersenyum. “Sudahlah,
Nina mahu masuk
ke bilik. Nina
mahu merehatkan tubuh
badan.” Nina berlari-lari
anak sambil menyanyi
riang.
Nina menggosok-gosok mata.
Ketukan di pintu
bilik mengganggu tidurnya.
Puan Amniah memanggilnya.
“Nina, lekas bangun.
Mengapa petang-petang tidur?”
Nina terduduk dari
pembaringannya. Dalam keadaan
mamai dia membuka
pintu biliknya.
“Ya Allah,
bertuah punya budak.
Ibu suruh Nina
mandi dari tadi
tetapi Nina boleh
tidur?” Dia menayangkan
barisan gigi putih.
“Maaf ibu. Nina
mandi sekarang.” Ibunya
berlalu turun dan
sempat memesan, “Cepat
sedikit. Ada seseorang
yang ibu mahu
perkenalkan pada kamu.”
Dia mengangguk.
Amaninah memandang
baju biru yang
di pakainya. “Aku
mimpi rupanya. Ingatkan
betul-betul terjadi.” Dia
mencapai tuala yang
tersidai di kerusi
sebelah katilnya. Selesai
mandi, Amaninah bersiap
seadanya sebelum melangkah
menuruni anak tangga.
“Ibu, Nina
laparlah.” Dia mengatur
langkah ke dapur
rumah. Dia mengecilkan
matanya merenung susuk
tubuh di meja
makan. ‘Siapa pula
orang ini?’ Getusnya.
“Hai, baru
turunkah?” Tegur lelaki
berkemeja hitam.
“Awak siapa?”
Amaninah mengambil tempat
di hadapan lelaki
itu. Puan Amniah
memasuki ruang makan
bersama sepinggan kuih
kuaci. “Nina, mari
ibu perkenalkan pada
kamu.” Dia menarik
tangan Amaninah menghampirinya.
“Ini abang
kamu.” Ibu mengarahkannya untuk
bersalaman dengan lelaki
yang baru sahaja
diperkenalkan sebagai darah
dagingnya. Amaninah menurut
tanpa banyak bersoal.
Matanya berkelip-kelip memandang
dua insan di
hadapannya.
“Ibu kata
ini siapa?” Dia
menyoal. Matanya tidak
lepas memandang lelaki
berkulit putih itu.
“Abang kamu.”
Ibu mendekatinya. Tangannya
digenggam dan di
tepuk perlahan. “Ibu
tahu kamu terkejut
dan tidak percaya.
Yakinlah pada ibu
bahawa dia adalah
abang kamu.”
Amaninah mengangkat
tangan tinggi. “Aku
ada abang? Yahooo!!!”
Dia tersenyum lebar.
“Siapa nama abang?”
“Amrizal.”
Amaninah tersedak.
Kuih kuaci yang
dipegangnya di letakkan
semula di dalam
pinggan. “Apa?!!” Dia
mengurut dagunya. ‘Biar
betul? Sama macam
mimpi aku.’ Amaninah
mengangkat bahu. Dia
mencebik dan kemudiannya
tersenyum. “Ini barulah
dikatakan mimpi menjadi
realiti.” Bisiknya perlahan.
“Nina baik-baik
sahaja?” Nina mengangguk
dan tersenyum lebar.
Dia kembali menyuap
makanan ke dalam
mulut sehingga habis
sambil badannya bergerak-gerak seolah-olah
sedang menari.
No comments:
Post a Comment