‘T
|
arget di kenal
pasti! Aku perlu
berhati-hati agar sasaran
mengena. Mangsa aku
ada dua orang.
Jagalah kau orang
berdua!
Target profile
1 :
Name
: Amir Iskandar
Mohammad
Password
: Suka hati
dialah!
Reason
: Mengabaikan kehadiran
adiknya yang comel.
Target profile
2 :
Name
: Syakif Aiman
Khairuddin
Password
: Perlu ke?
Reason
: Suka ajak Amir main
bola tanpa mengajak
Ira.
Access accepted!
Sekarang aku hanya
perlu menyasarkan peluru
kearah target. Harap-harapnya mengena!’
Aku mengeluarkan senjataku.
Aku memastikan senjataku
tidak mengalami kerosakan,
jika tidak sukar
untuk aku bertindak.
‘Okay, tiba masanya
untuk aku, Fashrina
Suraya Mohammad bertindak! Dengan kiraan 1
2 3, kau
orang akan terima
balasannya.’
“1…2…3! Seraaannnngggg!!!” Aku
meluru kearah Amir
dan Syakif. Aku
membaling belon air
yang sudah tersedia
di dalam begku
kearah mereka. Mengena!
“Assa! Sasaran mengena. Anda
berdua telah dikalahkan.
Sila menyerah diri
sekarang! Hahaha.” Gayaku
persis pelakon action di
dalam movie. Mereka
sudah basah kuyup
akibat dibaling belon
air.
“Yah, Ira!!!”
Amir mengejarku. Aku
dengan pantasnya bertindak
berlari menyelamatkan diri
namun, tidak sempat
aku berlari jauh, Amir menarikku.
“Kenapa kau suka
ganggu aku mahu
bermain? Kau pergilah
sana main masak-masak.”
Amir menunjal kepalaku.
Amir dan Ira merupakan
pasangan kembar. Mereka
dan Syakif merupakan
kawan rapat. Di
mana ada jalan,
di situ ada
Amir, Syakif dan
Ira. Hubungan mereka
bertiga telah lama
terjalin sejak kecil
lagi. Sering kali
juga Amir dan Ira bermalam
di rumah Syakif
apabila ibu bapa
mereka terpaksa bekerja
diluar kawasan.
“Aku tidak
mahu main masak-masak.
Lagipun, manalah aku
tahu masak-masak ni.
Main bola aku
pandailah.” Ira sememangnya
seorang yang agak
boy-ish kerana dia
hanya berkawan dengan
abangnya, Amir dan Syakif sejak
kecil. Jika ada
budak perempuan yang
mahu berkawan dengannya
pasti dia menolak
dengan alasan mereka
tidak tahu bermain
bola. Jadi tidak
mustahil jika ada
yang beranggapan dia
seorang budak lelaki
yang mempunyai paras
rupa yang comel
atau ‘jambu’.
“Sebab itulah
kau perlu belajar
memasak! Itulah, dulu
ibu suruh kau
main masak-masak, kau
sibuk kejar aku
dan ikut aku
pergi main bola!
Kau itu sudahlah
perempuan.”
“Aku tidak
suka memasaklah!” Protesku.
“Kau perempuan,
mana boleh main
bola dengan kita
orang.” Syakif pun
nak geng Amir!
“Ala, bolehlah
bagi aku main
bola? Aku bosanlah
duduk dekat tepi
sahaja tengok kau
orang punya permainan
yang tak seberapa
tu. Kalau aku
main mesti lagi
best!”
“Tak
boleh!”
Jawab mereka serentak.
“Lagipun, bukankah ibu
tidak bagi kau
main bola? Jika
ibu tahu bagaimana?”
Tambah Amir.
“Kita janganlah
beritahu pada ibu.
Boleh ye beri
aku main?” Pujukku lagi.
“Tidak bolehlah.”
“Tidak mengapalah.
Semua orang tidak
mahu beri aku
main. Maaflah aku
sudah ganggu kau
orang.” Jawabku lantas
berlalu meminta diri.
“Ini yang
aku lemah.” Amir
memandang Syakif.
“So apa
kita nak buat?
Macam mana mahu
memujuk semula princess
kita tu?”
“Jangan risau
biar aku yang
uruskan.” Amir memandang
Ira dan tersenyum.
“Ira! Kita
orang boleh beri
kau main dengan
kami tetapi bukan
main bola.” Jerit Amir. Mereka
berlari mendapatkan Ira
yang sudah jauh meninggalkan
mereka.
“Kau orang
mahu apa lagi?
Tadi mahu main
bola sangat.”
“Kau kata
mahu main dengan
kami? Aku dengan
Amir mahu ajak
kau mainlah ni.”
“Nak main
bolakah?” Jawabku teruja.
“Kita tak
boleh main bola tapi…”
Amir memberi isyarat
kepada Syakif. Mereka
berdua tersenyum. ‘Pasti
ada sesuatu yang mereka
sudah rancang!’ Bisik Ira.
“Jom kita
main belon air!!!”
Jerit Syakif lantas
membaling belon air
kearah Ira. Tidak
ketinggalan, Amir pula
mengambil giliran membaling
belon air kearahnya.
“Yah, Amir
Iskandar Mohammad!!! Syakif
Aiman Khairuddin!!!”
Kami bermain
dengan penuh keriangan.
Walaupun kami sering
bergaduh, persahabatan kami
tidak pernah tergugat.
Sudah seperti adik
beradik. Aku juga
tahu mereka sangat
menyayangi aku. Jika
tidak, pasti mereka
tidak mempedulikan aku,
bukan? Aku berasa
sangat bertuah. Silalah
cemburu dengan saya!
***
Seperti biasa,
hari ini kami
berkumpul lagi di taman permainan
yang sudah aku
anggap seperti tempat
rasmi kami melepak.
Setiap hari pasti
kami akan bermain
di sini. Tetapi
hari ini amat
berlainan sekali kerana
hari ini begitu
istimewa bagiku.
“Happy
birthday, Syakif!” Aku
dan Amir menyanyikan
selamat ulang tahun
kepada Syakif.
“Terima kasih, Amir,
Ira.” Namun, dalam
kegembiraan kami menyambut
hari kelahiran Syakif, hari
ini juga merupakan
hari terakhir kami
berada di Kuala
Lumpur. Keluargaku terpaksa
berpindah ke Seoul
atas urusan kerja.
“Syakif, aku
ada sesuatu mahu
beri pada kau.”
Aku menyerahkan sebuah
kotak kepadanya. “Belon?”
Syakif mengagak. Aku
hanya mengangguk. “Dik,
kau tiada benda
lain lagikah mahu
beri? Tiap-tiap tahun,
pasti kau beri Syakif belon
tu. Cubalah kau
beri cap ke,
atau jam barulah
seronok.” Amir menyoalku.
“Adalah. Perlukah
aku beritahu engkau?” Sebenarnya
belon itu bukanlah
belon biasa yang
boleh di dapati
di mana-mana kedai.
Ianya merupakan belon
yang di design
sendiri oleh kami
bertiga. Hanya satu
dalam dunia. Belon
itu sangat istimewa
buatku kerana belon
itu mempunyai maksud
tersendiri yang hanya diketahui aku. Biarlah
ianya terus menjadi
rahsia aku.
Sejak berumur
6 tahun, aku
telah memberi Syakif
belon itu dengan menulis
ucapan selamat di
atasnya sebagai hadiah
hari jadinya setiap
tahun. Namun, selepas
tiga tahun, aku
memberi dua keping
belon kepadanya. Sekarang
ini sudah 14
keping belon aku
beri padanya. Percaya
atau tidak, angka
itu juga turut
mempunyai maksud disebaliknya.
“Syakif, kau
tahukan lepas ini
aku dah tak
ada dekat sini?
Aku harap persahabatan
kita tidak akan
terhenti di sini.
Kalau aku ada
masa, aku baliklah
sini. Kau kawan
aku selamanya.” Amir
meluahkan kesedihannya. “Aku
pun harap begitu.
Kau jaga diri dekat
sana. Kau pun
sama, Ira. Aku
tetap akan duduk
sini dan tunggu
kau orang balik.
Jangan risau aku
akan jaga taman
ini elok-elok selagi
aku mampu. Ini
sahajalah kenangan yang
tertinggal untuk aku.”
‘Ya, aku akan
jaga taman ini
untuk kau, Ira.
Hanya taman ini
sahaja yang dapat
mengingatkan aku terhadap
kau.’ Ucap Syakif
di dalam hati.
No comments:
Post a Comment