S
|
udah 10
tahun aku tidak
pulang ke Kuala
Lumpur. Bandar ini
juga telah banyak
berubah. Bangunan-bangunan baru,
shopping complex dan
beberapa kemudahan awam
yang baharu juga
bertambah. Tetapi ada
sesuatu yang tidak
pernah dan tidak
akan pernah berubah
iaitu kenangan kami
di sini. Taman
ini juga tidak
banyak yang berubah.
Masih dijaga dengan
rapi.
“Kif! Kau
dekat mana?” Tanya Amir setelah
panggilannya berjawab.
“Aku dekat
rumahlah. Kenapa?” Jawab Syakif separuh
sedar.
“Tidurkah?”
“Sudah tentulah.
Hari ini cuti
bukan?”
“Memanglah cuti
sebab itu aku
mahu ajak kau
keluar.”
“Kau ini
siapa?” Siapa pula
ni? Pagi-pagi sudah
ajak orang keluar.
“Oi, member
lama pun lupa
ke? Macam inilah
kau. Aku pun
kau sudah tidak
kenal.”
“Member lama?
Seingat aku, member
lama aku… Wait!
Amir?!” Syakif yang
pada mulanya mengantuk
terus terbangun. “Akulah,
siapa lagi? Sampai
hati kau lupa
kawan. Aku baru
tidak berjumpa kau
dua bulan, kau
sudah lupa aku?”
“Sorry,
Mir.
Aku bukan lupa,
aku mamailah. Kau
pun satu, call aku
pagi-pagi kenapa?”
“Aku nak
ajak keluarlah.”
“Keluar? Where
are you?”
“Kuala Lumpur,
of course! Hurry
up come here.”
“Kuala Lumpur?
Where in Kuala
Lumpur?”
“Keluarlah.” Arah Amir. Syakif
hanya menurut tanpa
banyak bersoal.
“Yah, bila
kau balik?” Tanya Syakif sebaik
sahaja ternampak Amir
di taman dari
beranda biliknya. ‘Kalau
Amir sudah pulang,
pasti Ira juga
turut ada.’ Bisik Syakif di
dalam hati.
“Cepat siap.
Aku tunggu kau
dekat tempat biasa.”
Amir menamatkan panggilan.
***
Sudah seminggu
dia pulang ke
Kuala Lumpur bermakna
sudah seminggu jugalah
dia meneruskan pelajarannya
di kolej ini.
Sudah seminggu jugalah
Amir menjadi pelajar
jurusan muzik di
kolej ini. Dia
memilih jurusan ini
kerana suatu hari
nanti dia perlu
menggantikan tempat papanya
di syarikat milik
keluarganya manakala Ira
melanjutkan pelajarannya dalam
bidang perniagaan.
“Amir!!! Berapa
kali aku perlu
cakap, jangan ganggu
aku lagi. Tengok,
apa yang kau dah buat? Aku
sudah lambat tahu?”
Marah seorang perempuan
kepada Amir. Selama
dia berada di
kolej ini, dia sering kali
dibuli oleh Amir
dan hari ini
malang menimpanya lagi.
Kali ini keretanya
menjadi mangsa.
“Kisah pula
aku kalau kau
sudah lambat?” Gelaknya.
“Memang kau
tak kisah, tapi
aku kisah! Kau
jangan sampai, aku
buli balik. Masa
itu, jangan kau
nak merayu-rayu dekat
aku. Jangan nak
mengaku, aku ini
adik kau.” Ira
sudah tidak dapat
menahan kemarahannya lagi.
“Uhh… Takutnya
aku. Yah, Ahjumma.
Aku tidak kisah
langsunglah kalau kau
mahu buli balik
atau buli datang.
Apalah sangat yang
kau boleh buat?”
“Eii… Kau
tunggulah Amir Iskandar.
Aku akan balas
dendam!” Geramnya aku dengan mamat
seorang ini.
Dari jauh
Syakif yang melihat
kejadian itu menghampiri
Amir. “Kenapa, Amir?”
Tanyanya hairan.
“Tidak ada
apa-apa. This Ahjumma (Mak cik), annoying gila.
Baru tayar pancit
sudah bising-bising.” Jawab
Amir seperti tidak
bersalah dan mencebik.
“Eh, kalau
kau tak usik
kereta aku, tayar
ni takkan pancit
tahu? Sudahlah, aku
malas mahu melayan
kau.” Ira berlalu
pergi meninggalkan dua
sahabat itu.
“Annyeong Ahjumma! (Bye Mak cik)”
“What, Ahjumma?
Sikit punya lawa
awek tu, kau
panggil dia Ahjumma?”
“Peduli apa
aku. Dia tu
jangan di bagi
muka sangat.” Jawab
Amir acuh tidak
acuh.
“Siapa tu?”
“Kau tidak
kenal ke?”
“Siapa? Aku
tak kenallah.” Tanya
Syakif pelik. “Setahu
aku, sepanjang aku
belajar dekat sini
tidak pernah pula
aku nampak dia.”
“Baguslah kalau
kau tidak kenal.
Senang sikit kerja
aku.”
“Yah, yah!
Kau still buli-buli
orang ke? Aku
ingat Ira sahaja
yang suka buli orang, kau
pun sama?”
“Tengok kakilah
kawan!” Amir sudah
merancang sesuatu di
dalam kotak fikirannya.
Syakif tidak mengenali
Ira jadi dia
boleh terus membuli
Ira dengan senang.
***
“Asal muka
annoying je Ahjumma?”
Amir menegur adiknya
yang baru sahaja
pulang dari kolej.
Mereka sememang satu
kolej tetapi masing-masing
memilih untuk pergi
berasingan kerana lebih
mudah. Tidaklah salah
seorang perlu menunggu
lama untuk pulang
ke rumah.
“You! Sebab
kaulah aku lambat
tadi. Tidak fasal-fasal
kena denda!” Marah
Ira.
Disebabkan abangnya itulah Ira terpaksa pulang lewat dan di suruh oleh pensyarahnya untuk mengemas bilik kuliah atas kelewatannya menghadiri kelas. Pensayarahnya seorang yang sangat tegas dan menepati masa. Dia bukanlah pelajar pertama yang di denda dan ada yang lebih teruk lagi. Mujurlah dia tidak di suruh bermalam di kolej agar tidak lewat ke kelas keesokan harinya.
“Apa
pula
aku yang salah?
Aku tak buat
apa-apa pun. Jangan
mahu salahkan aku.”
Amir membuat muka
tidak tahu apa-apa.
Tidak mahu mengaku
bahawa dialah orang
yang bertanggungjawab terhadap
kelewatan Ira ke
kelas petang tadi.
Bukannya dia
tidak mengerti tentang
kelewatan adiknya itu,
malahan dia juga
tahu adiknya telah
di denda. Amir
sendiri telah berjumpa
dengan pensyarah adiknya
itu dan meminta
untuk meringankan denda
adiknya dan bersedia
menanggungnya bagi pihak
adiknya. Akibatnya, hari
ini dia juga
turut diperintahkan untuk
membersihkan kawasan taman
kolej.
“Ira, kau
tidak jumpa Syakif
lagi ke?” Tiba-tiba
Amir bertanya.
“Tadikan sudah
jumpa?”
“Bukan, maksud
aku sebelum ini?
Selepas kita balik
KL.”
“Nope. Tadilah
pertama kali aku
jumpa dia. Kenapa?”
“Syakif tanya
dekat abang, siapa
kau.” Jawab Amir
selamba.
“What? Dia
tak kenal aku?”
Pelik Syakif tak
kenal aku. Dia
sudah lupa akukah?
Tidak!!!
“Ha’ah. Aku
pun pelik juga.
Apa kata kalau
kita pura-pura depan
dia? Kita buatlah
macam kita baru
jumpa. Aku boleh
terus buli kau.”
Cadang Amir. Tapi
cadangannya bunyi macam
tidak adil!
“Kau boleh
terus buli aku?”
Muka Ira sudah
berubah merah.
Amir membalasnya
dengan anggukan.
“Amir Iskandar,
kau memang sahajakan
mahu kenakan aku?”
Aku terus mengejar
Amir.
“Ini tidak
adil. Aku mahukan
keadilan! Mana boleh
aku yang di
buli? Aku dahulu
ratu membuli.”
“Sekarang bukan
lagi. Kau buli
aku boleh pula?”
Amir cuba menyelamatkan
diri.
“Bila pula
aku buli kau?”
Ira tidak mahu
mengalah.
“Kau selalu
baling belon kau
dekat aku dulu itu, apa?
Bukan buli namanya?”
“Itu
cerita
lama. Lagipun, siapa
suruh kau abaikan
aku?” Akhirnya aku
berjaya menangkap Amir.
Tanpa berfikir panjang,
aku menumbuk bahunya.
“Sakit tahu?”
Amir menyeringai kesakitan.
“Aku ingat bila
kau sudah berubah
jadi ‘perempuan’ hilanglah
kau punya bisa, tapi sama
sahaja.” Dia mendengus.
“Itulah, jangan
pandang aku sebelah
mata. Walaupun aku
sudah berubah menjadi
lebih feminine, dan
bukan jadi ‘perempuan’ ye, Encik
Amir. Macamlah aku
ini bukan perempuan.”
Aku menjeling.
“Sedar rupanya
kau perempuan. Alhamdulillah.” Perlahan
sahaja Amir menjawab.
“Apa kau
kata?”
“Tak ada
apa.”
“Kehebatan aku
tetap tidak berubah.
Masih berbisa. Bestkan?”
“Bestlah sangat.
Sudahlah, pokoknya macam
yang aku cakap
tadi, kita pura-pura,
ya?”
“Pokok? Aku
tidak nampak pun
pokok yang kau
cakap.” Ira terus
melarikan diri.
No comments:
Post a Comment