“K
|
au tak
balik lagi ke?”
Syakif hanya menggeleng
sebagai tanda menjawab
soalan Amir.
“Kalau macam
tu aku bla
dululah.” Amir bangun
untuk menuju ke pintu
kelas. “Apa-apa call
aku.” Sambungnya sebelum
melangkah keluar.
Sengaja hari
ini dia tidak
mahu pulang bersama
Amir kerana dia
tahu pasti Sue
ada bersama. Dia
juga ada urusan
yang perlu diselesaikan.
Jika diikutkan, kelasnya
sememangnya sudah tamat
pada hari ini
namun dia ingin
menyiapkan sedikit assignmentnya
yang belum selesai.
“Kenapa hari
ini tidak ada
apa-apa yang berlaku?” Soalnya
tanpa sedar. Persis
menanti sesuatu terjadi.
Masakan dia sudah
‘merindui’ kejadian-kejadian yang
sering terjadi padanya?
Tidak mungkin! Dia
lantas bangun setelah
pasti tiada sesiapa
lagi di dalam
kelasnya.
Namun, tidak
sempat dia mahu
melangkah keluar, tiba-tiba
pintu kelasnya dibuka
dari arah luar.
“Ada budak tertinggal
barang ke? Rasanya
tiada apa-apa dah
dalam kelas ni.”
Dia bermonolog sendiri.
Dia menanti disebalik
meja pensyarah yang
agak tersorok kedudukannya.
Airisya melangkah
masuk dengan berhati-hati
agar barang yang
dibawanya tidak terjatuh.
Hari ini dia
ingin memasang perangkap
seperti biasa. Sepatutnya
perangkap itu dipasang
semalam tetapi disebabkan
semalam dia tidak
dapat hadir ke
kelas, dia batalkan
sahaja. Setelah diperhatikan
semua pelajar telah
keluar dari kelas
fakulti muzik ini,
dia memberanikan diri
untuk masuk.
“Siaplah kau,
Syakif! Esok, mesti
ada yang demam
sebab terpegang lipas
mati.” Airisya gelak
besar bila memikirkan
apa yang bakal
terjadi.
“Syakif? Setahu
aku, dalam kelas
ini ada seorang
saja yang nama
Syakif. Akulah tu.
Tapi dia siapa?
Kenapa dia nak
kenakan aku?” Syakif
bersuara perlahan. Dia
dengar dengan jelas
apa yang dibicarakan
oleh Airisya. Dia
memerhatikan setiap gerak
geri Airisya. Ligat
Airisya memasang perangkapnya
sehingga tidak menyedari
dirinya diperhatikan.
“Settle! Tunggulah
kau esok. Tidak
sabar aku nak
tengok engkau melompat
macam perempuan!” Airisya
menyimpan kembali bahan-bahan
yang digunakan.
“Sudah siap?”
Syakif menegurnya.
“Sudah! Kita
tunggu sahaja esok.”
Jawab Airisya spontan.
Senyumannya mati serta
merta.
“Aik?! Rasanya
aku buat kerja
ni seorang diri.
Siapa pula yang…”
Terhenti bicaranya apabila
dia menoleh kebelakangnya. “Kotak
tak cukup besarlah
pula.” Dia tertunduk
memandang lantai.
“Sudah lama
buat kerja ni?”
Tegang Syakif bertanya.
Airisya tidak berani
memandang wajahnya.
Airisya hanya mengangguk.
“Seronok?”
Dia mengangguk
lagi.
“Yang itu untuk
esoklah ye?”
Tanpa memandang
Syakif yang semakin
menghampirinya dia mengangguk
lagi. ‘Apa aku
mahu buat ni…?’
“Dah tak
ada mulut nak
jawab? Tadi bukan
main lagi gelak.
Bisu dah?” Syakif
sudah berada betul-betul
dihadapan Airisya.
Angguknya lagi
tidak sedar. Syakif
tersenyum dalam diam.
‘Takut juga kau.
Ingat berani sangat.’
Bisiknya.
“Eh, belum
bisu.” Jawab Airisya
perlahan. Kedudukannya masih
sama seperti tadi.
“Oh, boleh
bercakap lagi rupanya.
Nama kau siapa?”
Soalnya tegas. Tidak
mahu Airisya tahu
yang dia hanya
berpura-pura marah.
“Airisya!” Mamat
ni, kalau aku
lesing baru tahu.
Kau bukan tak
kenal aku! Berpura-pura!
“Airisya? Aku
kenal kau ke?”
“Kenal kot?”
“Aku tanya
betul-betul, kau main-main
pula. Kau ke
yang selalu kenakan
aku?”
“Ha’ah.”
“Dari awal
sampailah semalam?”
“Ha’ah.”
“Kau yang
buat aku mandi
tepung bersalut telur?”
“Ha’ah.”
“Kau yang
buat aku melekat
atas kerusi?”
“Ha’ah.” Berapa
banyaklah dia nak
tanya. Aku dah
cakap aku yang
buat tak nak
percaya pula. Siapa
nak senaraikan lagi
apa yang aku
buat.
“Kau suka
aku sebab tu
kau buat macam
tu kat aku?”
“Ha’ah.”
“Kau sayang
aku?”
“Ha’ah.” Alamak.
Rasanya aku dah
salah jawab ni.
Aku memandangnya. Dia
sudah tersenyum-senyum menahan
tawa.
“Woi, kau
main-main eh?!!” Marah
Airisya.
“Siapa yang
sepatutnya marah sekarang
ni?” Tanya Syakif
tenang.
“Kau.” Airisya
kembali tunduk seperti
awalnya.
“Tahu pun.
So kenapa kau
buat semua ni?”
Syakif melangkah ke
tempat duduknya.
“Aku…” Macam
mana ni. Nak
bagitahu ke eh?
“Kau apa?
Bagitahu sahajalah kenapa.
Tak payah nak
cari jawapan selamat!”
Bentaknya.
“Aku saja
nak kenakan kau.
Siapa suruh kau
buli orang? Akukan
pantang kalau tengok
orang kena buli.”
Airisya meluahkan segala
apa yang bermain
difikirannya. Siapa suruh
dia terkejutkan aku?
Mulut aku ni,
kalau orang terkejutkan
tuan dia, memang
tak reti nak
break kecemasan!
“Aku buli
orang?”
“Yup. Kau
buli Sue.”
“I see.
Kau ni penyelamat
peribadi dialah, macam
tu?”
“Bukanlah.” Ish,
mamat ni! Kalau
aku kata bengap
kang, marah. “Buat
apa aku nak
jadi penyelamat peribadi
dia kalau dia
ada abang.” Sambungnya
perlahan.
“Apa kau
cakap?” Alamak! Nasib
baik dia tak
dengar. “Tak ada
apa. Aku cuma
cakap, aku tak
senang nak jadi
penyelamat peribadi dia.”
Dia menerik nafas
lega.
“Sekarang, aku
nak kau bersihkan
balik tempat aku.”
Senangnya dia nak
mengarah aku.
“Kau
kemaslah sendiri. Kau
buat-buat kau tak nampak aku
hari ini. Babababamm…
wahai Syakif, apa
yang kau nampak
hari ini semuanya
tidak betul.” Airisya
menggerakkan tangannya dihadapan
muka Syakif seolah-olah
sedang menarik ingatannya.
“Oi mangkuk!
Kau ingat aku
budak-budak? Buat sekarang!!”
Syakif meninggikan sedikit
suaranya.
“Ala, aku tak dapat
nak kenakan kaulah
ni?” Tanya Airisya
memunjung. Syakif menggeleng.
“Sekali je
lagi.” Airisya merayu
seperti budak kecil.
“No!” Tegasnya.
“Okay. Kau
tepilah!” Syakif bangun
dari duduknya. Dia
memberi laluan kepada
Airisya. Airisya meletakkan
beg sandangnya di
atas meja. Begnya
yang sedikit terbuka
menarik perhatian Syakif.
Sedang Airisya mengemas
mejanya, Syakif menarik
sesuatu di dalam
beg Airisya.
Sekeping gambar
dibawa keluar dan
dilihatnya. “Mana kau
dapat gambar ni?”
Syakif menyoal sedikitpun
tidak mengalihkan pandangannya.
“Gambar apa
pula kau ni?”
Airisya terkejut saat
terlihat gambarnya yang
disimpan rapi selama
ini berada di
dalam genggaman Syakif. Rahsianya
sudah terbongkar.
“Aku tanya,
mana kau dapat
gambar ni?” Dia memandang
gadis dihadapannya.
“Itu, gambar
aku. Budak lelaki
tu, kawan aku
masa kecil.” Airisya
teragak-agak menjawab.
“Dalam gambar
ni kau?”
Dia mengangguk.
“Kenapa? Kau kenal
ke budak dalam
gambar tu?” Sambungnya.
“Apa pula
aku tak kenal.
Budak lelaki ni
aku!”
“Oh, sedar
rupanya.” Perli Airisya.
“Jadi kaulah?”
Syakif meminta kepastian.
“Yela. Siapa
lagi? Kau harap
aku ni, Ira?”
Geram pula aku
dengan dia ni.
“Asal tak
cakap tadi?”
“Ada ke
kau bagi aku
peluang untuk bercakap?”
Soalnya sinis.
“Ha
ha ha. Betullah kau
kata kau balik
lagi lima tahun.
Tak sangka aku.”
“Mana nak
sangka kalau dah
hari-hari teringat dekat
buah hati dia.”
“Sudah lama
kau balik?” Dia
cuba menukar suasana.
“Berapa lama
kau kena buli
dalam diam dengan
aku?”
“Lama jugalah.
Sampai hati kau
buli aku.”
“Kau buli
orang tak apa
pula. Terbongkar rahsia
aku. Kalau tidak
boleh aku buli
kau lagi.” Aku
mencampak seekor lipas
yang sudah mati
ke arahnya.
“Woi, jangan
main kasar! Kau
tahukan aku benci
binatang ni.” Syakif
pantas mengelak sebelum
lipas itu mendarat
di atasnya.
“Aku ingat
dah hero sangat.
Aku minta maaflah
sebab kacau selama
ni.”
“It’s okay,
Sya. Aku pelik
juga siapa yang
berani gila buat
benda-benda ni. Nasiblah
aku tergerak nak
keluar lambat tadi.
Kalau tak, sampai
kesudah aku tidak
tahu.” Mereka berdua
melangkah keluar dari
kelas itu.
“Nasib baik
Amir tak ada
sekali.” Syakif menyambung.
“Kenapa pula?”
“Sebab dia
cakap dengan aku,
kalau dia jumpa
siapa yang buat,
dia nak balas
balik.”
“Seriously?” Airisya
sudah cuak. Mahunya
tidak. Amir kalau
nak balas dendam
memang bersungguh-sungguh!
“Yup. Jangan
risaulah. Takkan aku
nak bagitahu dia
pula. Kalau orang
lain mungkinlah. Kau
bernasib baik tahu
dapat kawan yang
budiman lagi kacak
macam aku ni.”
Syakif mempercepatkan langkahnya
kerana tidak mahu
dipukul.