S
|
udah seminggu
dia mencari siapa
punya angkara semua
ini terjadi tetapi
tidak menunjukkan sebarang
tanda dia akan
bertemu dengannya. Sangat
licik taktik yang
digunakan sehingga tidak
dapat di kesan.
Akhirnya, Syakif menemui
jalan buntu. Dia
berpendapat bahawa si
perancang mengetahui tentang
tindakannya. Buktinya, selama
seminggu dia cuba
mengesannya, banyak nota
yang ditinggalkan, namun
satu pun tidak
membantunya.
Tidak cukup
dengan masalah yang
dihadapinya, hatinya pula
membuat fasal. Dia
sangat keliru sehingga
menyebabkan dirinya hilang
tumpuan di dalam
kelas semasa pembelajaran
sedang berjalan. Sering
kali dirinya menerima
teguran dari profesornya
kerana tidak memberi
perhatian semasa sedang
belajar. Pernah sekali
itu, dia di
denda kerana tidak
dapat menjawab kuiz
yang diberikan oleh profesornya akibat
hilang fokus.
Dia dapat
merasakan hatinya sudah
dipenuhi oleh insan
yang bernama Sue,
akan tetapi jauh
di sudut hatinya,
dia masih mengharapkan
Ira. Sudah lama
dia menyimpan perasaan
terhadap Ira. Dia
tiada keberanian untuk
berterus terang kerana
bimbang dirinya ditolak.
Lagi pula, ketika
itu umur mereka
barulah setahun jagung.
Tidak layak untuk
bercakap tentang cinta.
Kehadiran Sue
dalam hidupnya sedikit
sebanyak telah mengganggu dan mengubah
hatinya. Kadang kala
dia rasa disayangi
dan sekejap dia
rasa sangat jauh
dari Sue namun
dekat dengan Ira.
Tidak dinafikan, Sue
banyak persamaan dengan
Ira. Tingkah lakunya,
percakapannya seiras milik
Ira dan ianya
mengingatkannya dengan kenangannya
bersama Ira. Ada
sekali itu, Sue
telah memberinya sebuah
buku yang mananya
buku itu pernah
diberi Ira suatu
ketika dahulu.
Hari ini
sekali lagi dia
dikejutkan dengan kehadiran
Sue di kelasnya
dan ingin berjumpa
dengan Amir. “Dia
dengan Amir ada
apa-apa ke?” Soalnya perlahan.
Ketika itu dia
sudah berada di
rumahnya. Setelah kelasnya
tamat sebenter tadi,
dia terus pulang
ke rumah. Niatnya
untuk mengekori Amir
dan Sue juga
dibatalkan kerana dia
ternampak Amir menaiki
kereta Sue. Sudah
terang-terang mereka mempunyai
hubungan.
“Tapi, kalau
dia orang ada
hubungan pun kenapa?
Bukan masalah aku
pun.” Bisiknya lagi.
“Bukankah kau
pun suka pada
Sue?” Bisik satu
suara.
“Mana ada!
Aku tidak pernah
ada rasa sayang
terhadap Sue. Itu
semua mainan perasaan
je!” Bidasnya.
“Kau sure
yang kau tak
sayang dia?”
“Ye! Aku
yakin. Aku hanya
sayang pada Ira.
Dialah satu-satunya. Lagi
pula, Sue itukan
Amir punya, masakan
aku mahu merampas
milik dia? Aku
bukan lelaki macam
itu. Amir itu
kawan baik aku.
Aku takkan buat
macam tu dekat
dia.” Syakif berperang
dengan perasaannya sendiri.
“Mengaku sahajalah
kau suka pada
Sue. Kalau Sue
dan Amir tiada
apa-apa hubungan bagaimana?
Kau masih ada
peluang.” Suara itu
semakin galak menyesakkan
fikirannya.
“Ahh persetankan
semua itu! Aku tidak
boleh suka pada
orang lain. Aku
akan tunggu sehingga
Ira balik dan
aku akan confess
dekat dia!” Dia
membuang jauh-jauh mainan
persaannya. Dia sudah
bertekad untuk mencari
Ira.
“Aku mesti
cari Ira juga!”
***
“Sekali lagi
aku berjaya mengelirukan
mereka. Good job!”
Dia tersenyum puas
apabila melihat mangsanya
mengena.
Bukan niatnya
mahu meneruskan perbuatannya
itu tetapi dia
berasa seronok pula
apabila melihat kejayaan
demi kejayaan yang dicapainya. Lagipun,
dia masih belum
puas untuk mengenakan
Amir dan Syakif.
Walaupun dia tidak
begitu mengenali Amir,
tetapi dia tahu
siapa Amir bagi
Syakif berdasarkan cerita
yang pernah diberitahu
Syakif kepadanya dahulu.
Malahan, jika
ditanya apa hubungan
Amir dan Sue
juga dia tahu.
Mereka merupakan adik
beradik kembar yang
sangat rapat dan
juga merupakan kekasih
wanna-be Syakif. Fashrina
Suraya atau Sue
merupakan rakan sekelasnya.
Pada awalnya, dia
juga tidak tahu
bahawa Sue dan
Amir kembar. Mujur
juga dia terdengar
classmates mereka menyebut
namanya.
Dia juga
pelik mengapa Syakif
tidak tahu yang
Ira dan Sue
itu orang yang
sama. Mungkin juga
dia tidak menyangka
mereka orang yang
sama dan menggunakan
nama samara yang
berlainan.
“Aku kesian
betul dengan kau,
Kif. Buah hati
dah ada depan
mata pun tak nampak lagi. Satu hari
nanti kau akan
sedar dan aku
harap hari nanti
kau tidak terlambat.”
Dia berharap agar
Syakif menemui kebahagiaannya sebelum
ianya di rampas
orang lain.
Dia mencapai
sekeping gambar dari
dalam begnya yang
dibawa ke mana
sahaja. Gambar itu
mengingatkan tentang zaman
kanak-kanaknya. Sangat nakal
dan Syakiflah satu-satunya
kawan yang dia
ada. Mujur juga
Syakif sudi berkawan
dengannya.
No comments:
Post a Comment