“A
|
mir, Ira
tak balik sini
ke?” Syakif yang
sedang mengisi air di dalam
belon bertanya. Dia
juga hairan mengapa
Amir memintanya mengisi
belon itu. Pasti
ada sesuatu yang
dirancang olehnya. “Ira?
Balik, cuma dia
busy sekarang. Kau
tidak jumpa dia
lagi?” Balas Amir
dalam diam dia
tersenyum.
“Itulah aku
hairan. Aku langsung
tak jumpa dia
lagi. Sedangkan rumah
kita sebelah-sebelah je.
Dia macam mana
sekarang?”
“Kau nak
tahu dia macam
mana sekarang? Kau
ikut aku dulu.
Nanti aku cerita
fasal Ira.” Amir melangkah keluar
dari tandas setelah
selesai kerjanya. Syakif
hanya mengekori langkahnya.
“Kau mahu
buat apa dengan
belon ini?” Tanya
Syakif hairan.
“Dia datang.
Ready.” Syakif dan
Amir menyorok disebalik
tiang yang terletak
di taman berhadapan
dengan bangunan utama
kolej mereka. Apabila
terlihat kelibat Ira,
Syakif sudah dapat
mengagak apa yang
akan dilakukan oleh
Amir.
“Kau sure,
Mir?” Pertanyaannya hanya
dibalas dengan anggukan.
“Apa-apa sahajalah
Amir. Apa pun
yang jadi aku
tak nak tanggungjawab, okay?”
“Kau jangan
risaulah. Takkan jadi
apa-apanya. Lagipun, lepas
ini Ahjumma tu
sudah tiada kelas.”
Amir sudah sedia
maklum tentang jadual
kelas adiknya dan
sebab itu jugalah
dia berani mengambil
tindakan ini. Jika
tidak nahas dirinya
dikerjakan. ‘Oh, takut
juga kau dengan
adik kau ye,
Amir? Ingat macam
berani sangat?’ Gelaknya
dalam diam.
“Okay Kif,
ready. 3…2…1!” That’s
right! Mengena.
Ira terkaku
apabila dirinya basah
dibaling air. Tanpa
dia sedar, semua
mata yang berada
di situ memandangnya.
Dia sudah tidak
tahu mahu memberi
reaksi bagaimana. Mahu
menangis? Nanti kena
gelak. Nak marah?
Tapi dia tidak
tahu siapa punya
angkara walaupun dia
boleh mengagak siapa
yang berani melakukannya.
Nak lari? Ya!
Itu jalan yang
terbaik.
‘Oh, ada
jalan yang terbuka
untuk aku sekarang.
Lari selaju yang
boleh. Tidak!!! Kenapa
aku selalu diperlakukan
begini? Apa salah
aku? Aku mengaku,
dulu aku suka
buat orang tapi
tidaklah sejahat ini.
Ya Allah, tolong
aku.’
Dari jauh
Amir yang melihat
gelagat Ira tidak
dapat menahan tawanya.
Hampir sahaja dirinya
terkantoi namun nasib
menyebelahinya apabila Syakif
menariknya disebalik tiang.
“Crazy! Tak sangka
aku sampai macam
itu sekali kau
berani buat.” Syakif
yang juga turut
terlibat dalam kes
itu melepaskan tawanya.
Setiap gerak geri mereka diperhati
dari jauh tanpa
sedikit pun mereka
sedari.
“Siaplah kau
orang. Sukanya buli
orang. Syakif, wait
for my revenge.”
***
“Aiisshhh!! Seriously,
this Amir. Berani
kau ye. Kau
tunggulah apa aku
nak buat nanti.
Bersedialah untuk bersedih,
Amir Iskandar.” Ira
baru sahaja selesai
mengeringkan dirinya melangkah
keluar dari bilik
persalinan.
“Bingo! Dia
masih dalam kolej
ini. Kau tengok
pula aku nak
buat.” Dia mengeluarkan
segugus kunci miliknya
dan menuju kearah
sebuah kereta. Dia
mencalarkan kereta itu
menggunakan gugusan kuncinya.
Tidak cukup dengan
itu, dia turut
menconteng pada permukaan
cermin hadapan kereta
tersebut. Setelah berpuas
hati, Ira melangkah dengan
senang hati.
Amir menghampiri
keretanya terkejut melihat keadaan
keretanya. Tidak perlu
tanya mengapa, semua
yang melihat pasti
mengerti apa yang
berlaku. Keretanya teruk
dikerjakan Ira. Malahan,
keempat-empat tayarnya turut
dipancitkan. Syakif hanya
mengangkat bahu tanda
tidak tahu.
“This Ahjumma,
balas dendam nampak.
Tapi gurauan dia
melampau!”
“Aku sudah
cakap bukan? Sendiri
tanggunglah derr!”
“Ahjumma!!! Siap
kau, kalau aku
jumpa kau.”
Di sebalik
sebuah kereta, seseorang
tersenyum puas melihat
kekelatan yang terpancar
di muka Amir.
Dia telah menyempurnakan kerja
Ira yang ditinggalkan.
“Deserved you right,
Amir!”
***
Hari ini,
kelas mereka seperti
biasa. Selepas peristiwa
keretanya ‘dicantikkan’ oleh
Ira, Amir sudah
tidak berani membulinya.
Cukuplah sekali barang
kesayangannya mengalami kerosakan.
“Kif, kenapa
aku macam rasa
aku tak boleh
bangun?” Amir mencuba
sekali lagi untuk
berdiri. Kelasnya sudah
tamat dan dia
perlu ke café
untuk mengisi perut
yang sudah meminta
untuk diisi.
“Ha’ahlah. Aku
pun sama. Rasa
macam melekat sahaja
dekat kerusi ni. Kenapa, eh?”
Syakif cuba untuk
bangun namun tetap
gagal.
“Cuba kau
bangun sikit biar
aku tengok.” Syakif
memberi arahan. “Yes!
Seperti yang aku
agak.” Perkara ini
pernah terjadi padanya
suatu ketika dahulu.
Tapi siapa yang
terfikir mahu buat
begitu. Jika dahulu,
hanya seseorang sahaja
yang berani berbuat
begini kepadanya. Tidak
mungkinlah dia? “Cuba
kau tengok dekat
kerusi aku. Apa
yang kau nampak?”
Amir hanya menurut
dan kini dia
tahu kenapa mereka
tidak boleh bangun.
“What the
hell! Siapa punya
kerja ni?!!” Berangnya.
“Manalah aku
nak tahu. Aku
pun sudah terkena.
Macam mana nak
bangun ni?” Kerusi
yang diduduki mereka
telah dipenuhi dengan
gam sebelum mereka
sampai di kelas.
Tanpa mengesyaki apa-apa,
mereka yang baru
sahaja masuk ke
kelas terus mengambil
tempat. Selama satu
jam kelas berjalan
tanpa sekali pun
mereka bangun dan
selama satu jam
jugalah mereka ‘melekat’
di kerusi itu.
Satu lagi
kejayaan yang berjaya
dicapainya. Dia tidak
menyangka pula yang
mereka tidak menyedari
tentang gam itu.
Mujur juga dia
hanya menggunakan gam
yang tidak begitu
kuat. Jika ditarik
dengan kuat, mereka
boleh ‘tertanggal’ dari
kerusi itu. Dia
tergelak melihat aksi mereka yang
berusaha untuk melepaskan
diri. “Semoga berjaya.”
Ucapnya perlahan.
No comments:
Post a Comment