P
|
etang itu
Ira melepak di
café kolejnya. Dia
perlu menunggu Amir untuk pulang
bersama. Hari ini
dia tidak membawa
keretanya kerana keretanya
dipinjam oleh ibunya.
Mujur jugalah kelasnya
pada hari ini
tidak banyak dan
berdekatan sahaja. Jika
tidak, pasti jenuh
juga dia mahu
menapak dari satu
tempat ke satu
tempat.
“Hai Ahjumma! Seorang sahaja ke?” Tegur Syakif.
“Kau nak
apa? Tak nampak
ke aku dengan
kawan-kawan aku ni?”
“Kawan-kawan kau?”
Syakif memandang sekeliling.
Kosong! Hanya ada
beberapa pelajar junior
sahaja yang berada
di situ. Lagipun,
mereka berada di
meja yang berlainan
dan agak jauh
daripada pelajar-pelajar junior
itu. “Mana ada
sesiapa di sini.”
“Itulah kau.
Mana tahu apa-apa.
Kawan-kawan aku ni
special. Orang-orang tertentu
sahaja yang boleh
nampak mereka!” Balasku
dengan nada serius.
“Kau biar
betul?” Syakif seolah-olah
tidak mempercayainya.
“Betul. Kalau
tidak, macam mana
aku boleh tahu
yang kau dan
Amir ‘melekat’ dekat
kerusi hari itu?”
Sengaja aku tekankan
perkataan ‘melekat’ untuk
menyakatnya.
“Oit, janganlah
cakap kuat-kuat! Yang
itu, bukan kau
ke yang buat?”
Berkerut dahinya meminta
kepastian.
“Cantik sikit.
Aku tidak mainlah
guna gam. Kalaulah
aku yang buat,
baik aku guna
cat je. Kesannya
bertahan selamanya.”
“Jadi, bukan
kau yang letak
gam dekat kerusi
kita orang hari
itu?” Dia meminta
kepastian lagi. Kali
ini dia lebih
serious!
“Bukan akulah.
Berapa kali mahu
cakap? Aku cuma
calarkan kereta and
conteng kereta si
Amir tu. Padan muka
dia!”
‘Kalau bukan
dia yang letak
gam itu, siapa
yang letak?!’ Tanya
Syakif kepada dirinya.
Dia harus menyiasat
perkara ini. Dia
pasti ada orang
lain lagi yang
mengenakannya. Ini tidak
boleh dibiarkan! “Sekejap!
Kau kata tadi,
kau calarkan dan
conteng kereta dia
sahajakan?”
Aku mengangguk.
“Kau tak pancitkan
tayar dia?” Aku
hanya menggeleng. “Bukan
kau?” Tanyanya lagi.
“Bukan akulah!”
Stress pula aku
dengan mamat seorang
ini. “Bila pula tayar
dia pancit? Aku
tengok okay sahaja.”
Aku pula yang
pelik. Seingat aku,
aku langsung tidak
menyentuh tayarnya. Apabila
dia balik malam
itu pun, tidak
pula dia cakap
fasal tayar.
“Tambahan,
aku mana tahu
nak pancitkan tayar.”
“Aku tanya
sahaja. Mana tahu
boleh perangkap kau.
Yela, manalah tahu
kau ada buat
jahat lagi ke
dekat dia.” Syakif
menyembunyikan perkara sebenar
dari pengetahuannya. “Okay!”
“Apa nama
kau? Aku tak
pernah kenal kau
pun kat kolej
ni. Kau budak
baru, eh?”
“Yup. I’m
new. Tapi tak
baru sangatlah, around
2 months. Kau
tidak kenal aku,
tapi kau buli
aku? Apa cerita
ni.”
“Ala, aku
tolong kawan je.”
Jawabnya selamba. Dia
orang ini memang
jenis langgar lari
agaknya.
“Tolong kawan
otak kau! Kalau
kau nak tolong
kawan, pergi nasihatkan
sikit kawan kau
tu. Jangan nak
kacau-kacau orang lagi.”
“Yela Ahjumma!
Siapa nama kau?”
“Aku, Suraya.
Panggil Sue sudahlah.
Kau, Syakif, right?”
Dia berpura-pura bertanya.
Untuk menutup identity
sebenar.
“Yes! Friend?”
“Okay, friend.”
Kami berjabat tangan
tanda berdamai.
***
Hari ini
sekali lagi, dia
dikenakan. Nak dijadikan
cerita, kali ini
lebih teruk lagi,
dirinya dimalukan di
hadapan orang ramai.
Habis segala ke‘macho’annya akibat
dimalukan sebegitu rupa.
Siapa punya angkara
semua ini?
“Amir, aku
rasa aku perlu
siasat hal ini.
Aku sudah tidak
larat nak terima
semua ini. Semua
ini kau punya
fasallah!” Marahnya setelah
membersihkan diri. Tidak
fasal-fasal semasa hendak
keluar dari kelas
tadi, dia dan
Amir telah ‘bermandi’
tepung bersalut telur.
Semua pelajar yang
berada di dalam
kelasnya ketika itu
melepaskan tawa melihat
keadaan mereka. Sungguh
memalukan!
“Apa hal
aku pula? Kau
tak payah susah-susah
nak siasat, sudah
terang lagi ada
sportlight, Ahjumma tu
yang buat. Berani
betul dia kenakan
aku!” Amir yakin,
kejadian yang berlaku
ini pasti ada
kena mengena dengan
adiknya itu. Bukan
dia tidak tahu,
jika adikya itu
ingin membalas dendam,
pasti ada sahaja
ideanya.
“Bukan. Aku
dah tanya dia.
Last, dia jahanamkan
kereta kau.” Syakif
memberitahunya perkara sebenar.
“Ayat kau
tu, cantik sikit,
eh?”
“Tapi, dia
cakap dengan aku,
dia tidak usik
langsung tayar kereta
kau. Tak pelik
ke?”
“Bukan dia?
Then, siapa pula?”
Setahunya, dirinya tidak
mempunyai masalah dengan
mana-mana pelajar yang
lain. Musuh tradisinya
hanya Ira! Lagi
pula, dia baru
sahaja berdaftar di
kolej ini. Siapa
pula yang mahu
menganiayanya? “Entah-entah dia
tipu kau?” Duga
Amir.
“I don’t
think so. Aku
dah tanya dia
betul-betul semalam.” Syakif
memandang sekeliling. Dia
dapat merasakan kehadiran
seseorang di situ
memerhatikan segala gerak
geri mereka.
“Kau serius,
nak siasat?”
“Yup. Kau?”
Syakif memandang Amir.
Lama. Akhirnya Amir
mengangguk setuju. Dia
perlu tahu juga
siapa yang membuat
onar.
Segala perbincangan
mereka di dengari
dengan jelas olehnya.
Selepas ini dia
perlu lebih berhati-hati
agar tidak tertangkap.
***
Amir terus
pulang ke rumah
setelah penat berbincang
bersama Syakif. Dia
perlu mendapatkan kepastian
terlebih dahulu sebelum
memulakan perancangan. Dia
memanjat tangga rumahnya
menuju ke bilik
adiknya. Sebaik sahaja
panggilannya berjawab, dia
terus melangkah ke
dalam bilik adiknya
itu.
“Ira, kau
cakap betul-betul. Kau
yang kenakan aku
tadikan?” Tanpa usul
periksa, Amir menuduh
adiknya.
“Kenakan apa
pula? Bila masa
pula aku kenakan
kau?” Ira memandang
abang kembarnya. Ada
sesuatu yang tidak
kena dengan abangnya.
“Pagi tadi bukan
kau pakai baju
lain ke? Kenapa
dah bertukar? Aku
tidak tahu pula,
dekat kolej kita
menyediakan bilik mandi.
Ataupun, kau dah
berdaftar untuk menetap
di kolej?”
“Semuanya fasal
engkau. Tidak fasal-fasal
aku kena mandi
di kolej.” Amir
meninggikan sedikit suaranya.
Kali ini dia
betul-betul berang dengan
perlakuan adiknya.
“Kenapa salahkan
aku pula? Apa
yang aku buat?”
Dia semakin pelik
dengan sikap kembarnya
itu.
“Kau yang
buat perangkap dalam
kelas aku tadikan?
Tidak semena-mena, aku
jadi tepung bersalut
telur!” Tawa Ira
meletus tatkala Amir
tamat bercerita.
“Weii, janganlah
gelakkan aku!”
“Abang sayang,
kau tidak ingatkah
hari ini aku
tidak ke kolej?
Bukankah aku sudah
cakap, hari ini
semua kelas aku
batal? Kau mengigau
apa.” Balas Ira. Sisa tawanya
masih berbaki. Dia
tidak sangka ada
yang mengenakan abangnya
itu dengan lebih
teruk lagi. Senakal-nakal
dirinya, tidaklah dia
terfikir untuk mengenakan
Amir sebegitu sehingga
menyebabkan Amir terpaksa
‘berkampung’ di kolej.
“Ah, ya.
Aku lupa. Jadi,
bukan kau yang
rancang semua tu?”
“Ye, bukan
aku yang buat.
Sepanjang hari ini
aku ada dalam
rumah sahaja. Kalau
kau tidak percaya,
kau boleh tanya
Kak Yatt.” Memang
benar dirinya berada
di rumah sepanjang
hari ini menyiapkan
assignment yang perlu
di submit minggu
hadapan.
“Kalau aku
tahu kau tipu,
jaga!” Amir memberi
amaran.
“But Amir,
siapa yang buat
kau sampai macam
tu?”
No comments:
Post a Comment