H
|
ari-hari berlalu
semakin suram dirasainya.
Entah kenapa, kelibat
Syakif bersama seorang
perempuan keluar dari
fakulti muzik minggu
lalu menghantuinya. Dia
juga tahu perempuan
yang bersama Syakif
itu bukan rakan
sekelasnya kerana Airisya
merupakan rakan sekuliah
malahan teammate Sue.
Dia dapat
merasakan hubungan Syakif
dan Airisya sangat
rapat. Sejak seminggu
yang berlalu, dia
sering ternampak Airisya
dan Syakif bersama.
Syakif juga jarang
dilihat bersama abangnya.
Mungkinkah itu teman
wanita Syakif dan
menyebabkan dia dilupakan?
Sue pening sendiri
memikirkannya.
“Apa yang
kau fikirkan?” Amir
menegurnya dari belakang.
Amir yang melihat
adiknya termenung menghampiri
Sue.
“Ha?” Dia
memandang abangnya pelik.
“Kau ada tanya
aku ke?”
“Ye, cik
adik. Apa yang
kau fikirkan sampai
aku tanya pun
kau tak dengar?”
Dia lihat adiknya
semenjak dua tiga
hari ini banyak
termenung dan bersendirian.
Sepuluh patah ditanya,
sepatah yang di
jawabnya.
“Tak ada
apa. Merenung masa
depan.” Sue tidak
mahu berterus terang.
Bimbang abangnya itu
mentertawakan dirinya.
“Masa depan?
Kau tidak perlu
nak termenung sangat.
Kalau asyik termenung
sahaja tanpa berbuat
apa-apa pun, tidak
guna juga. Lebih
baik kau bertindak
sebelum terlambat.” Amir
menasihati adiknya. Dia
tahu ada perkara
lain yang disembunyikan
Sue dari pengetahuannya. Dia
kenal benar Sue
bagaimana.
“Tengok, termenung
lagi. Apa yang
kau fikirkan?” Amir
bertanya kembali setelah
dirinya tidak dipedulikan.
“Ira.” Dia
memanggil adiknya. Masih
tiada sebarang reaksi.
Berkali-kali dipanggil adiknya
itu, namun masih
tidak bersahut. “Kena
sampuk hantu berangan
apa adik aku
ni.” Amir menolak
Sue.
“Apa main
tolak-tolak ni abang
Amir!”
“Apa kau
cakap? Abang Amir?”
Pelik!
“Asal tolak-tolak
orang?” Sue masih
marah dengan perlakuan
abangnya.
“Okay, sorry.
Aku tahu kau
mesti tengah kusut
sekarang ni. Jom
ikut aku.” Dia
menarik tangan adiknya
menuju ke biliknya.
“Nak buat
apa?” Pertanyaan adiknya
dibiar sepi. Dia
membentangkan tilam yang
diambil dari dalam
almari di luar
biliknya. Setelah siap,
dia menarik Sue berbaring di
beranda biliknya.
“Sekarang cerita
dekat abang. Kenapa
dengan Ira?” Inilah
cara yang paling
sesuai untuk memujuk
adiknya. Dia tahu
adiknya perlukan ketenangan
dan seseorang untuk mendengar
masalahnya sekarang.
“Ira… Ira
tak tahu nak
cerita macam mana.”
Dia memandang Amir.
“Apa yang
Ira fikirkan?”
“Syakif.” Dia
tidak berdalih lagi.
“Kenapa dengan
Syakif?”
“Abang ada
jumpa dia?” Amir
menggeleng.
“Minggu lepas,
Ira nampak dia
dengan seorang perempuan.”
“Perempuan? Abang
Amir tak pernah
nampak pun?”
“Seminggu ni
Ira selalu nampak
dia dengan perempuan
tu.” Hatinya sakit
setiap kali melihat
kemesraan mereka.
“Kawan dia
tak?” Amir menduga.
Ira menggeleng.
“Budak tu classmate
Ira. Ira kenal
dia.” Sambungnya.
“Then? Ira
tanyalah budak tu.”
“Mana boleh!
Malulah Ira. Abang
Amir bukan tak
tahu, Irakan tak
bagitau Syakif siapa
Ira. Nanti dia
cakap Ira apa pula.”
“So, sekarang
ni Ira curious
fasal Syakif la?
Sampai seminggu Abang
Amir tengok Ira
termenung.” Amir memandang
Ira. Dia kesian
dengan adiknya sebenarnya.
Dia tahu, Ira
telah lama menyimpan
perasaan terhadap Syakif.
Bila disuruh luahkan,
takut pula.
“Hmm, apa
Ira nak buat?”
Dia bangun dari
pembaringannya.
“Abang Amir
ada satu cadangan.
Tapi Ira kena
bersabar sikitlah. Mungkin
memakan masa.”
“Apa Abang
Amir nak buat?”
“Nanti Abang
Amir beritahu. Sekarang
Abang Amir nak,
Ira lupakan dulu
fasal semua tu.
Yela, Abang Amir
tahu Ira frust
sekarang ni.”
“Nak lupa
macam mana kalau
hari-hari dah nampak
dia orang.” Ira
memuncungkan mulutnya.
“Abang Amir
tahu nak buat
apa.” Dia lantas
bangun mencari kunci
keretanya dan menarik
Ira mengikutinya.
“Nak pergi
mana?”
No comments:
Post a Comment