H
|
ujung minggunya
diisi dengan mimpi
yang indah. Alangkah
indahnya jika hari-hari
begini. Nikmatnya hidup.
Kenikmatan dan mimpi
indahnya terhenti apabila
halwa telinganya terdengar
suara-suara minta diangkat.
Mati segala angan-angan
dan mimpinya. Deringan
bertalu-talu dari telefon
bimbitnya memaksa dia
untuk bangun. Dia
mencapai telefon yang
berada di sebelah
katilnya.
“Hmm, kenapa?”
Panggilan itu dijawabnya
separuh sedar.
“Kif, jom
lepak hari ni.
Aku ada benda
nak cakap dengan
kau.”
“Kau nak
cakap apa? Cakap
sekarang je tak
boleh ke?” Dia
sebenarnya malas mahu
keluar hari ini
kerana semalam, seharian
dia tidak berada
di rumah. Bimbang
ibunya akan bising
jika sering keluar
rumah.
“Nope. Ini
fasal masa depan
kau. Kalau kau
tak nak tahu
fasal Ira tidak
mengapalah. Lain kali
sahajalah aku beritahu
kau.” Amir cuba
mengumpannya.
“Ira? Kenapa
dengan dia?” Syakif
terjerit perlahan.
“Kalau kau
nak tahu, tempat
biasa, pukul 10.”
“Kau sukakan
ganggu nikmat yang
aku dapat.” Syakif
merungut geram. Dikuatkan
juga tenaganya untuk
bangun dan bersiap.
Jika hal berkaitan
Ira, laju sahaja
badannya bertindak.
***
“Ira ada
dekat sini. Dah
lama dia balik.”
Amir memulakan bicara.
“Ira dah
balik? Mana dia
sekarang? Kenapa kau
tak bawak dia
sekali?” Bertubi-tubi soalan
ditanya persis tiada
masa lagi untuk
bertanya.
“Sekarang dia
tengah sibuk jadi
dia tak dapat
nak ikut aku.
Kau carilah dia
bila-bila masa kau
free.”
“Mana aku
nak cari dia?”
“Dia satu
kolej dengan kita.
Kau tak pernah
jumpa dia ke?”
“Seriously?! Kenapa
aku tak tahu?”
Syakif tidak menyangka
bahawa selama ini
orang yang dia
cari berada berhampiran
dengannya.
“Hmm… Sepatutnya
aku yang tanya
kau, kenapa kau
tak pernah nampak
dia?”
“Dia fakulti
mana?”
“Sorry bro! Itu,
aku tak dapat
nak bagitahu kau.
Aku dapat tolong
kau sampai situ
je. Yang lain-lain
kau selesaikan sendiri.”
Sejak dia
bertemu Amir tiga
hari yang lalu,
sehinggalah sekarang ini,
sekali pun dia
tidak melihat kelibat
Ira. Malahan, kursus
pengajiannya pun dia
tidak dapat mengesan.
Kenapalah susah sangat
aku nak jumpa
kau?
“Hoi!” Air yang dipegang
sedari tadi terlepas
dari genggamannya akibat
disergah seseoarang.
“Oii! Bodoh
punya kawan.” Dia
memarah Amir yang
sudah mengekek ketawa.
“Basahlah baju aku.”
“Yang kau
menung sampai tak
sedar diri tu
apa fasal?” Amir
masih belum mahu
menamatkan tawanya.
“Aku tengah
berfikirlah. Bukan macam
kau. Tak guna
punya kawan.” Syakif
membersihkan bajunya yang
sudah basah.
“Relaks kawan.
Aku gurau je.”
“Gurau hantu
kau. Kalau air
kosong, aku boleh
maafkan lagi. Ini
air manis okay,
bersusu lagi.”
“Sorry.”
“Gelaklah lagi
macam mana kau
gelak tadi. Asal
diam?” Syakif sudah
bersedia dengan baki
air di dalam
gelasnya berkira-kira untuk
menyimbah Amir jika
dia berterusan menggelakkannya.
“Aku tak
nak jadi ‘milo
bergerak’.” Dia menahan
tawanya.
“Habis, aku
ni nak sangatlah?”
“Yela, aku
minta maaf. Aku
belanja kau makan.”
“Okay, tapi
aku yang kena
tetapkan tempat.”
“Macam perempuanlah
kau ni, Kif!
Macam tu pun
nak berkira dengan
aku.”
“Peduli pula
aku.” Syakif sudah
malas mahu melayan
Amir. Makin dilayan,
makin menjadi-jadi pula.
“Wei, kenapa
sekarang susah betul
nak lepak dengan
kau? Asal aku
ajak lepak je,
kau kata busy.”
“Tak ada
apalah. Asyik lepak
dengan kau je,
macam mana nak
berkembang.” Tawa Syakif
mengusik.
“Ha’ah, lepak
dengan aku memanglah
tak berkembang, lepak
dengan perempuan berkembanglah?”
“Perempuan mana
pula kau ni?”
“Aku selalu
nampak kau dengan
budak fakulti business
tu. Siapa dia?”
“Kawan aku.
Nanti-nantilah aku bagitahu.”
“Kau memang
sukakan macam ni.
Ada awek tak
cerita! Macam inilah
kawan.”
“Kau tak
payah nak emosi sangatlahkan. Simpan
je emosi kau
untuk orang lain.”
No comments:
Post a Comment