S
|
emenjak Syakif
bertemu dengan Airisya,
hubungan mereka semakin
rapat. Dia banyak
menghabiskan masanya bersama
Airisya. Ke mana
sahaja mereka pergi
pasti berdua. Malah,
sudah menjadi bualan
rakan-rakan sehingga ada
yang menyatakan hubungan
mereka persis pasangan
bercinta.
Baginya, biarlah
apa orang mahu
kata. Dia tahu
apa yang dibuatnya.
Lagi pula, mereka
merupakan rakan sekolah.
Tiada salahnya jika
mahu berkawan. Hari ini
sekali lagi, dia
mendengar buah mulut
orang tentang hubungan
dia dan Airisya.
Itu semua tidak
diambil kisah. Dia
bukannya membuat kesalahan
besar.
“Risya, kau
tak bosan ke
lepak dengan aku
hari-hari?”
“Entahlah. Kadang-kadang
aku rasa bosan
juga. Balik-balik muka
kau yang aku
nampak. Bosan kot. Tak
ada orang lain
lagi ke selain
muka kau?”
“Kurang asam
betul minah ni.
Aku tanya betul-betul,
dia main-main pula.”
“La, aku
jawab betul-betullah.” Tawa
Airisya perlahan.
“Kau tak
takut ke kalau
ada orang nak
mengorat kau, bila
dia nampak kau
dengan aku terus
tak jadi nak
mengorat.”
“Itulah fasalnya.
Tapi orang tu
asyik ajak aku
lepak je.”
“Kesian kau
kan? Padan muka.”
Dia mengenakan Airisya.
“Tak apalah,
kalau tak ada
orang nak dekat
aku, aku suruhlah
budak tu bertanggungjawab!” Airisya
tidak mahu mengalah.
“Asal pula
aku kena bertanggungjawab?! Macamlah
aku ada buat
salah besar.”
“Memang pun.
Kalau tidak, mesti
aku dah dating
sekarang.”
“Sudahlah kau.
Pergilah dating sana.
Aku tak halang
pun. Aku Cuma
ajak kau lepak
je bukan paksa
kau lepak dengan
aku.” Syakif menolak
bahu Airisya seperti
menghalaunya.
“Aku pergi
betul-betul karang.”
“Pergilah!” Syakif
berpaling.
“Macam budak-budak!”
Dia sudah tidak
dapat menahan tawanya
tergelak melihat reaksi
Syakif. Tidak pernah
berubah!
“Boleh aku
join?” Amir yang
ternampak mereka sedang
bertengkak tadi, menghampiri
mereka.
“Joinlah. Kau
layanlah minah ni.”
Syakif masih seperti
tadi.
“Kau ni
dah apa hal
pula?” Amir memandang
pelik ke arah
keduanya.
“Dia ni
kuat merajuk. Jangan
dilayan sangat.” Airisya
menjawab bagi pihak
Syakif. Dia yang
mendengar jawapan Airisya
mencerlung memandangnya.
“Mulut tu
tapis dulu sebelum
guna ye. Ke
dah tak nak guna mulut
tu?” Airisya hanya
menayang muka selambanya.
Lidahnya dijelirkan.
“Dia ni
siapa?” Amir bertanya.
“Lupa pula
aku nak kenalkan.
Dia ni, mak cik
Airisya, tapi kalau
nak panggil nenek
pun boleh.” Dia
memperkenalkan Airisya.
“Kurang kasih
saying punya orang.
Aku, Airisya.” Dia
memukul Syakif.
“Oh, Airisya.
Budak bisnes, kan?”
“Yup. Kau
siapa?”
“Aku Amir.
Kawan dia.”
“Amir!” Panggilan
dari jauh dipandangnya.
Sue datang menghampiri
mereka.
“Amir ni
la yang kau
cerita dekat aku
tu, kan?” Airisya
menyoal Syakif.
“Hmm dialah.
Asal, kau dah
jatuh hati dekat
dia?” Soal Syakif
agak kuat.
“Beragak sikit
boleh?”
“Kau kenal
aku ke?” Macam
mana dia boleh
kenal aku pula
ni.
“Apa pula
aku tak kenal.
Syakif selalu cerita
dekat aku fasal
kau dengan adik
kau, Ira. Mana
dia sekarang ye?
Aku teringinlah nak
jumpa dia.” Airisya
berpura-pura tidak pernah
berjumpa dengan Ira.
Sue sudah
tidak senang duduk
apabila dirinya menjadi
topic perbualan mereka.
Dia yang baru
sampai menyertai mereka.
“Tak sangka jumpa
kau dekat sini,
Risya.” Dia cuba
menutup rasa gugupnya.
“Itulah. Kau
dah lama ke
kenal Syakif ni?”
“Baru jugalah.
Kau?”
“Lama dah.
Dekat sepuluh tahun
jugalah.”
“Aku lagi
lamalah kenal dia
ni. Sampai dah
naik bosan aku
tengok muka mamat
ni.” Amir menyampuk.
“Kau ingat
aku tak bosan
tengok kau?”
“Macam inilah
dia orang bila
berjumpa. Asyik nak
bergaduh saja.” Sue
memberitahu Airisya.
“Yeke? Baru
aku tahu. Aku
tengok dia orang
ni pun macam
rapat je.”
“Mestilah. Syakif
tu, kalau kau
nak tahu, kekasih
nombor satu Amir.”
Sue menokok tambah
lagi.
“Suka hati
je nak cakap
macam tu. Bila
pula dia ni
jadi kekasih aku?”
Amir mempertahankan maruahnya.
Er, maruah ke?
“Ha’ahlah. Mana-mana
pergi mesti berdua.
Kif, sejak bila
kau jadi macam
ni?” Airisya menambah.
“Mana adalah!
Kau dengarlah sangat
apa yang Ahjumma
ni cakap.”
“Siapa Ahjumma?”
Sue menjeling. Mereka
yang lain sudah
tertawa melihat pertelingkahannya dan
Syakif.
“Kau!” Syakif
menunding jari ke
arah Sue.
“Siot kau!
Suka hati je
nak panggil aku
Ahjumma!”
“Habis kau
nak aku panggil
apa? Omeoni? Okay
juga tu.” Syakif
berterusan mengusiknya.
“Yah!!!” Sue
sudah berang. “Apa
bezanya Ahjumma dengan
Omeoni?”
“Sudah-sudah. Kau
orang jangan nak
gaduh kat sini.”
Amir menamatkan pertelingkahan mereka. Jika
ianya berterusan, dia
takut ada yang
akan di denda
kerana bergaduh di
dalam kawasan kolej.
“Dia yang
mulakan dulu bukan
aku.” Sue mempertahankan diri.
“Sudahlah. Berhentikan
aku cakap.” Amir
menenangkan Sue.
“Macam adik-adik
la kau orang
berdua ni.” Airisya
menambah.
“Huh!” Syakif
mengalih pandangannya ke
arah lain.
“Hmm, Kif
sejak bila kau
kenal Risya?” Amir
bertanya.
“Sejak kau
orang pindah. Dia
masuk sekolah kita.”
“Really? Maknanya
aku terpindah awallah
ni?”
“Ha’ah.” Jawab
Syakif selamba.
“Siot punya
kawan! Nak tak
nak je dia
jawab! Ceritalah wei
macam mana kau
orang kenal. Yang
paling aku tak
sangka, macam mana
kau boleh terkena
dengan minah ni.”
No comments:
Post a Comment