“S
|
ue!” Amir
menghampiri adiknya. “Are
you okay?” Sue
mengangguk lemah. “I
don’t think you’re
okay. What’s wrong?
Tell me.”
“I’m okay.
Leave me alone,
please.” Sue ingin
memanjat tangga menuju
biliknya tetapi ditahan.
“No I’m
not going to
leave you alone.
Tengok keadaan Sue
macam ni, you
wish me to leave
you alone?!” Amir
agak marah dengan
adiknya itu. Macamlah
aku tidak tahu
yang dia sedang
berduka!
“Amir, please?”
Dia melepaskan lengannya
dari genggaman Amir. “Aku
tak ada moodlah
nak bercerita. Next
time, okay?” Sue
meminta simpati. Dia
betul-betul dalam keadaan
yang tidak baik.
Setelah pulang menemui
Syakif, dia seakan sudah
tiada hati mahu
bercakap malah mulutnya
seakan sudah terkunci
dan kuncinya ada
pada Syakif. Ah! Lagi-lagi
Syakif. Aku sudah
nekad, tidak mahu
mendekati mahupun mengingati
lelaki itu. Cukuplah
sekadar itu.
Hatinya sudah
cukup sakit untuk
semua itu. Dia
tidak sanggup mahu
menanggung malu berdepan
dengan lelaki itu. “Sorry
Amir.” Sue berlalu
ke biliknya.
“Oi, Amir!
Kau berangan apa?”
Lamunan Amir terhenti
apabila disergah Syakif.
Dia menarik nafas
panjang. Terkejut.
“Ish kau
ni. Tak reti
nak bagi salam ke? Main
redah je!” Kalau
aku ada sakit
jantung, agak-agaknya dah
lama aku jalan
sebab selalu sangat
terkejut.
“Assalamualaikum sedara.
Aku ni dari
tadi duduk dekat
sini tahu. Kau
tu ha… Aku
panggil tak menyahut.
Aku cakap kau
buat tak dengar
je. Apa yang
kau fikir?”
“Tak ada
apalah.”
“Eh, PM
pun tak macam
kau tau? Kau
punya masalah mengalahkan
dia je. Masalah
negara mana kau
kena settlekan?”
“Diamlah kau.
Kau hari tu
macam mana?” Amir cuba mengorek
rahsianya.
“Biasa je.
Asal kau tak
cakap dengan aku
awal-awal fasal dia?
Kau suka buat aku
macam ni.” Syakif
menarik muncung.
“Kau tak
payah nak tarik
muncung sangatlahkan. Mana
orang tak cakap
aku ni laki
kau? Sikit-sikit nak
merajuk dengan aku.
Jatuhlah saham aku!”
Amir meluku kepalanya.
“Wei lebihlah
main luku-luku.” Amir
hanya tersengih.
“So dah
tahulah?” Dia memandang
Syakif. Aik, budak
ni macam tak
ada perasaan je.
Dia tak nak
tanya aku ke
kenapa?
“Apa kau
nak buat sekarang?”
Soalnya lagi.
“Entah.” Syakif
mengangkat bahu. “Yang
pastinya aku tak
boleh nak terima
semua ni. Terlalu
mendadak okay. Tiba-tiba
dia datang, tanpa
bagi apa-apa hint, kias-kias ke,
orang luar dalam
ke, dia cakap macam
tu dekat aku.
Unexpected!” Sambungnya lagi.
“Kau memang
tak boleh nak
terima dia langsung?”
“Yup!”
“Walaupun dia
minta maaf dengan
kau?”
“Kenapa pula
dia nak minta
maaf dengan aku?”
“Yela buat
kau macam tu?”
“Aku tak
kisah fasal tu,
tapi aku memang
tak boleh nak
terima dia. Kalau
dia cakap awal-awal,
mungkin aku boleh
terima tapi sekarang,
no!” Nekadnya.
“Kau takkan menyesal?”
“Yes!”
“Kalau kau dah cakap
macam tu, aku
tak boleh nak
kata apalah. Mungkin
bukan jodoh dia.”
“Yang kau
beria nak tahu
ni kenapa?” Syakif
pelik dengan sikap
Amir.
“Mestilah! Dia
adik aku.” Jawab
Amir. Suasana yang
ketika itu agak
hingar menyukarkan Syakif
untuk mendengar dengan
lebih jelas.
“Apa kau
kata tadi? Adik
kau?”
“Eh?!” Amir
pelik. Tadi kata
dah tahu. Asal
dia terkejut pula?
“Kenapa dengan adik
aku?”
“Kau cakap
Sue tu adik
kau? Tadi…” Belum
sempat Syakif meneruskan
kata, Amir memotong.
“Bukanlah. Aku
cakap, kau dah
jumpa adik aku?”
Amir mengubah topik.
Sahlah, dia tak
tahu lagi.
“Hmm, cakap
fasal adik kau,
mana dia?”
“Dia ada.
FYI, kau dah
jumpa pun adik
aku tu. Cuma
kau sedar ke
tidak je. Aku
harap bila kau
sedar, kau tahulah
yang kau tak
terlambat lagi nak pujuk
dia.” Amir bangun
dari duduknya. Geram
sungguh dia dengan
kawan yang seorang
ni. Lembab!
***
Hampir seminggu
berlalu selepas dia
bertemu dengan Sue
dan selama itu
jugalah dia tidak
berjumpa dengan Sue
lagi. Ada juga
dia cuba mencari
tetapi menurut kata
Airisya, sudah seminggu
jugalah Sue tidak
ke kelas. Kenapa
dengan dia, eh? ‘Hoi
mamat, kau tanya
lagi kenapa? Sebab
kaulah, mangkuk!’ Begitulah
kata Airisya semasa dia bertanyakan hal
Sue kepadanya. Aku
pula yang dikata
mangkuk.
Tapi takkan
sebab itu je,
dia sampai tak
datang kolej dah?
Ish, tak patut
betul! Aku pun
satu, bukan nak
tunggu habis exam
dulu baru cakap
yang aku tak
boleh nak terima
dia. Kejap, aku
pun nak exam.
Kalau aku fikir,
aku pula yang
kecundang. Hai, macam-macamlah masalah
timbul masa-masa nak
exam. Apa pun, aku
harap Sue tak
abaikan pelajaran dia.
Itulah yang
menjadi penyebabnya kenapa aku
tolak cinta dia
walaupun dah akhir
semesta. Takut cinta
kecundang, aku turut
meringkuk dalam penjara
cinta. Budak-budak sekarang
aku tengok, belum
pun ada SPM
dah gatal-gatal nak
bercinta. Kalau cinta
ke syurga tidak
apalah juga. Sudahnya,
apabila kecundang, cinta
ke mana, cita-cita
hapus begitu sahaja.
Jika cinta
pembawa semangat, aku
boleh terima lagi,
tapi sebolehnya, aku
nasihatkan adik-adik yang
masih belajar tu,
bawa-bawalah insaf. Tidak
ke mana cinta
monyet tu. Kesianlah
sikit dekat monyet
tu. Janganlah kau
orang ambil cinta
mereka.
“Aku tahulah
kau ada masalah
besar, tapi muka
tu tak payah
nak kerut sangatlah
sampai macam tu
sekali. Apa yang
kau fikir?” Airisya
menegur. Syakif menjeling
tajam. Kacau betullah minah ni.
Baru nak bagi
nasihat sikit dekat
adik-adik.
“Kau tak
payah nak jelling-jeling. Ingat
handsome sangatlah?”
“Hmm
sekurang-kurangnya aku tak
perasan aku handsome,
kan? Kau yang
bagitahu aku. Terima
kasih. Xie xie.
Gomapseumnida. Arigato.” Syakif
menayang muka selamba
sambil berdiri dan
menunduk sembilan puluh
darjah tanda berterima
kasih.
“Hello sedara!
Jangan perasan okay?”
Syakif sudah tergelak
melihat Airisya yang
sedang berang.
“Suruhlah cik
abang dekat sebelah
tu pujuk. Tak
kuasa aku nak
pujuk ‘baby’ besar
kau ni.” Dia memunjungkan
mulutnya ke arah
Amir di sebelahnya.
“Asal aku
pulak?” Amir berdalih.
“Kau ingat,
kau boleh sorok
dari aku?” Aku
menyuakan sekeping gambar
kepada mereka.
“Yah!!!” Airisya
terjerit kuat. Semua
mata memandang ke arahnya.
“Slow
sikit wei! Kau nak
semua orang tahu
ke?” Aku memprovoknya.
“Mana kau
dapat gambar tu?” Dia
bertanya perlahan.
No comments:
Post a Comment