“Manalah
agaknya mamat ni
menghilangkan diri. Hidup
dia memang penuh
dengan misteri.” Jarinya
di ketuk-ketuk. Beberapa
ketika kemudian, seorang
demi seorang pelajarnya
masuk ke kelas.
“Good evening, teacher.”
Tegur seorang anak
muridnya. Naz membalas
dengan senyuman.
Tepat
jam lapan malam,
Naz memulakan kelasnya.
Ketukan di luar
pintu mengganggu konsentrasinya. Dini
muncul disebalik pintu.
“Sorry ganggu Naz.
Ammar tidak hadir
juga hari ini?”
“Tak
kak. Saya pun
tidak tahu mengapa.”
“Susahlah begini.
Tiada cikgu boleh
ganti.”
Naz
memandang anak muridnya
yang sedang khusyuk
menjawab soalan. Demi
tidak mengganggu mereka,
Naz keluar dari
kelas sebentar. “Kak
Mai mana?”
“Kak
Mai pun tiada.
Pening kepala akak
fikirkannya.”
Naz menggigit
bibir. “Okay macam
ini. Kak Dini
masuk kelas mereka,
bagi kertas soalan
yang berada di
atas meja Ammar
dan suruh mereka
jawab dahulu. Sekejap
lagi, saya masuk
bincang jawapan dengan
mereka.” Dini mengangguk
lantas mengambil kertas
seperti yang di
arahkan.
Naz
menggaru kepala. Dia
kembali ke kelasnya
semula. “Guys, hari
ini teacher kena
jaga dua kelas
dalam satu masa.
Jadi, teacher nak
hari ini kamu
semua jadi murid-murid
yang penuh berdisiplin,
boleh?”
Kelasnya
bergema dengan suara
kanak-kanak menjawab, “Boleh
teacher.”
Naz
berulang dari satu
ke satu kelas
bagi memastikan mereka
menyiapkan tugasan yang
diberikan. Dia ke
kaunter kehadiran. “Kak
Dini, tolong jagakan
mereka dalam kelas
A. Saya nak
bincang jawapan bersama
budak-budak.” Dini mengangguk
dan berlalu ke
kelas.
Hampir
dua jam mereka
mengawal kelas supaya
tidak mendatangkan masalah.
Naz melepaskan lelahnya
sebaik sahaja dia
duduk di bangku.
“Kalau begini hari-hari,
mahunya kering aku.”
Dia merungut.
“Naz,
kau masih tak
dapat jumpa Ammar
ke?” Naz menggeleng
lemah. Dini menyambung,
“Kalau hari-hari kita
berdua sahaja yang
menguruskan mereka, alamatnya
lingkuplah Pusat Tuisyen
Ceria ini.”
Naz
memandang Dini. “Janganlah
cakap macam itu
kak. Kesian pelajar-pelajar kita
yang semangat mahu
belajar.”
“Akak
bukannya apa Naz.
Lihat sahajalah minggu
ini.”
“Tidak
mengapalah kak. Esok,
Naz cuba pergi
ke rumah Ammar
sekali lagi.” Dini
berlalu dan bersiap
untuk pulang. Naz
mencapai telefon bimbitnya.
Nombor Kak Mai
di tekannya. “Hmm,
ini satu lagi
masalah. Tuan punya
syarikat tak memunculkan
diri.” Dia mencampakkan
telefon bimbit.
“Akak
nak balik. Naz
lama lagi ke?”
Naz bangun dan
mencapai begnya. Dia
meluru ke arah
pintu. “Naz nak
balik jugalah.”
Keesokannya, Naz
ke rumah Ammar.
Naz mengintai di balik pagar.
Dia menekan loceng.
Seorang wanita berusia
menghampirinya.
“Assalamualaikum ibu.” Naz
bersalaman dengannya. “Waalaikumsalam. Masuklah
Naz.” Naz membuntuti
wanita yang dipanggil
ibu itu.
“Ibu,
saya datang nak
jumpa Ammar. Dia
ada?” Mariam yang
juga merupakan ibu
kepada Ammar menunduk
sedikit sebelum menyambung,
“Ada. Sebentar ibu
panggilkan Ammar. Naz
mahu minum?” Naz
menggeleng. “Tidak mengapa
ibu. Nanti Naz
ambil sendiri.”
Naz
memerhati sekeliling ruang
tamu itu. Tidak
banyak yang berubah
walaupun sudah lama
rumah ini tidak
berpenghuni. Ammar turun
sambil di temani
ibunya. “Kamu berdua
berbuallah. Ibu masuk
ke dalam sebentar.”
Naz
tersenyum dan menunduk
sedikit. “Kau tak
sihat ke?” Soalnya
sebaik sahaja Mariam
berlalu ke dalam.
Ammar ketawa perlahan.
“Aku sihatlah. Sorry
aku sudah lama
tidak ke kelas.
Aku ada hal
yang tak dapat
nak di elakkan.
“Kau
tahu, minggu ini
aku dengan Dini
sahaja yang jaga
kelas. Kak Mai
pun tak ada.”
Naz mengadu padanya.
“Alahai
kesiannya kau. Sabarlah.
Ini untuk persediaan
kau juga nanti.”
Ammar bersuara antara
dengar dan tidak.
“Bila
kau nak balik?”
“Aku
tidak boleh berjanji.
Apabila urusanku sudah
selesai, aku akan
kembali.” Mereka berbual
sebentar sebelum Naz
meminta diri untuk
pulang.
***
Malam
itu, Naz mengajar
seperti biasa. Sekali
lagi hari ini
dia perlu mengawal
dua buah kelas.
Ketukan di meja
menyedarkannya dari lamunan
yang panjang. “Kenapa
Amin?” Soal Naz.
Anak muridnya itu
menunjuk ke arah
pintu lalu berkata,
“Ada orang datang.”
Naz bingkas bangun
dan memulas tombol
pintu.
“Ye
puan, boleh saya
bantu?” Seorang wanita
yang berumur dalam
lingkungan 30-an melangkah
masuk. Dia memanggil
salah seorang daripada
pelajar di dalam
kelas itu. “Mak
awak, Syazrif?” Syazrif
mengangguk.
Naz
menghembus nafas perlahan.
“Puan, kenapa ya?”
“Saya
mahu berjumpa dengan
Akim.” Naz menoleh
ke arah Akim.
Mata Akim membesar.
Mulutnya berkumat-kamit ingin
berkata-kata. Naz memanggil
Akim ke hadapan.
“Akim, awak ada
buat apa-apa salah
ke?” Akim menggeleng.
Naz mengerut dahi.
Dia menenangkan pelajarnya
yang lain.
“Teacher
mahu keluar sebentar.
Awak semua siapkan
kerja dan jangan
bising.” Naz mengambil
telefon bimbitnya di
atas meja dan
mengajak Puan Syarlin,
Syazrif dan Akim
ke pejabat. Dia
meminta Dini untuk
menelefon Kak Mai.
“Saya
minta maaf puan
tetapi bolehkah puan
ceritakan apa sebenarnya
yang terjadi?” Naz
membuka bicara.
“Anak
saya kata, dekat
sekolah tadi dia
kena marah dengan
emak budak ini.”
Puan Syarlin menunding
jarinya ke arah
Akim. Tangan Akim
sudah menggeletar hebat.
Naz memegang bahunya.
“Puan, di sini
pusat tuisyen dan
tidak semua pelajar
di sini satu
sekolah dengan anak
puan.”
Puan
Syarlin menjeling tajam.
“Saya tahu itu. Sekarang ini,
budak ini satu
sekolah dengan anak
saya. Saya mahu
berjumpa dengan ibunya.”
Naz
menggigit bibir sambil
mengangguk. “Beginilah puan,
apa masalahnya sampai
anak puan dimarahi
ibu Akim?”
Syazrif
bergerak sedikit ke
depan. “Ibu Akim
marah saya sebab
saya tolak Akim
sehingga Akim handak
terjatuh, teacher. Tetapi,
saya tidak menolak
Akim. Lagipula, ibu
Akim ada kata,
jika saya tolak
dia lagi, ibunya
akan memukul saya.”
Naz ternganga mendengar
cerita Syazrif.
Puan
Syarlin menyambung pula,
“Mereka ini budak-budak
lagi. Manalah tahu
apa-apa. Yang mereka
tahu bermain. Kenapa
sampai mahu memukul?
Tidak bolehkah berbincang
elok-elok?” Dia berpeluk
tubuh. Naz menunduk
seketika. “Puan tunggu
sebentar.” Naz melangkah
keluar dari pejabat.
Sekembalinya, Naz masuk bersama
Kak Mai. Kak
Mai menyalami Puan
Syarlin. “Maafkan saya
puan, saya terlambat
sedikit. Jadi, apa
masalahnya?” Puan Syarlin
menceritakan segalanya kepada
Kak Mai. “Saya
mahu berjumpa dengan
ibu Akim.”
Kak
Mai mencapai ganggang
telefon di atas
meja. Dia bercakap
sebentar dan meletakkan
semula ganggang itu
di tempat asalnya.
“Sebentar lagi, Puan
Akma akan datang.”
Naz masuk ke
kelasnya semula untuk
memantau pelajar-pelajar.
Tamat
sahaja kelasnya, Naz
bergegas ke pejabat
semula. Matanya ligat
memerhati pergaduhan kecil
antara ibu pelajar.
Dia menekup mulutnya
menahan gelak. ‘Macam-macam
perangai manusia sekarang
ini’ getusnya. Naz
menghampiri Kak Mai.
Dia berbisik perlahan,
“Kak, sampai bila
mahu macam ini?”
Kak Mai mengangkat
bahu.
“Tengoklah tu,
semua budak-budak pandang.
Kita tak malu
kak tapi mereka
yang malu. Tadi
semasa di dalam
kelas ada pelajar
tanya Naz,” Naz
mengecilkan suaranya seperti
kanak-kanak sepuluh tahun,
“teacher, kenapa dengan
mereka? Mahu bergaduh
ya? Seperti budak-budak.”
Naz tersengih sebaik
sahaja selesai berkata.
Kak Mai menyikunya
perlahan. “Cakap siang
pandang-pandang.”
“Akak,
pergilah selesaikan. Nanti
sampai esok budak-budak
ini tidak balik.”
Naz menjuihkan mulutnya
ke arah sekumpulan
pelajar yang setia
persis sedang menyaksikan
rancangan kegemaran mereka.
Naz mendekati mereka.
“Awak semua buat
apa lagi di
sini? Teacher kira
sampai tiga, siapa
masih di sini
teacher akan suruh
dia masuk semula
dan jawab seratus
soalan baru boleh
pulang.” Naz mengangkat
tangannya tinggi seperti
orang sedang berikrar.
“Satu...” Pelajar-pelajar yang
sedari tadi berkumpul
mula berebut-rebut untuk
menuruni anak tangga.
“Dua...” Naz menahan
tawa melihat reaksi
mereka. “Jangan tolak-tolak
nanti jatuh.” Sempat
dia berpesan.
Naz
masih berdiri di
hadapan pintu pejabat.
Dia mengintai sekejap
ke dalam. Sempat
dia mendengar Puan
Syarlin berkata, “Saya
mahu buat laporan
polis.” Naz mendongak.
Dahinya berkerut. Dia
berbisik perlahan, “Nak
buat laporan polis?
Polis pun ketawa
agaknya kalau dia
buat laporan. Masalah
boleh selesai mahu
dipanjang-panjangkan.”
“Puan
Syarlin, saya tidak
kisah jika puan
ingin membuat laporan
tetapi puan jangan
lupa bahawasanya puan
juga boleh di
dakwa kerana mengganggu
proses pembelajaran di
sini. Saya sudah
mengingatkan puan sebentar
tadi. Selesaikan cara
baik dan jangan
mengganggu pelajar lain
yang mahu bekajar.”
Panjang lebar Kak
Mai bersuara.
“Jadi
awak mahu salahkan
saya?”
“Saya
tidak menyalahkan puan
tetapi saya hanya
memperingatkan puan. Bagaimana
jika pelajar-pelajar tadi
bercerita kepada ibu
bapa mereka?” Kak
Mai memandang mereka
silih berganti. Sambungnya,
“Mereka akan menyalahkan
pihak kami. Kami
tidak akan teragak-agak
untuk mempertahankan hak
kami. Untuk pengetahuan
puan berdua, di
dalam bilik ini
ada kamera litar
tertutup.”
Mereka
tercengang. Puan Syarlin
memberi kata putusnya,
“Baiklah, saya maafkan
awak. Sekiranya hal
ini terjadi lagi,
saya akan buat
laporan.” Puan Akma
mengangguk dan menghulurkan
tangan. “Saya minta
maaf sekali lagi.”
Mereka berlalu bersama
anak masing-masing. Naz
menunduk dan tersenyum
saat mereka melintasinya.
Sebaik
sahaja mereka hilang
dari pandangan, Naz
bersuara, “Alahai, ini
macam pun ada.”
“Biasalah Naz.
Masing-masing nak tunjuk
hebat. Yang jadi
mangsanya anak-anak.” Kak
Mai turut melepaskan
lelahnya.
“Nasib
baiklah akak datang
kalau tidak Naz
tidak tahulah apa
yang akan terjadi.”
Naz menarik kerusi
berdekatan dengan Kak
Mai. Dia menyoal,
“Mana akak menghilang?”
Kak
Mai menoleh sekilas.
“Mana ada akak
hilang.”
Naz
mencebik. “Dia tidak
tahu kita dekat
sini sudah seperti
orang gila. Dengan
Ammar tidak hadir,
bos tiada.”
“Ammar
tidak hadir?” Naz
mengangguk. Kak Mai
mencapai buku laporan
kedatangan cikgu. “Sudah
seminggu?” Naz mengangguk
sekali lagi. “Kenapa?”
“Entah.”
Bahunya terangkat sedikit.
“Naz pun tidak
tahu. Dia cakap
ada hal yang
perlu dia selesaikan.”
“Siapa
ganti kelas Ammar?”
“Naz.
Kadang-kadang Dini.”
“Kelas
Naz?”
“Naz
jugalah.”
“Dua-dua
Naz jaga?” Naz
mengangguk. Matanya tetap
tertumpu pada majalah
yang di pegangnya.
“Naz,
akak sedang bercakap
dengan awak.”
Naz
mengangkat kepala. “Sorry
Kak Mai.”
“Jadi
macam mana?”
Naz
mengangkat sebelah kening.
“Macam mana apa?”
“Ammar?”
“Bukankah Naz
sudah kata tadi.”
Dini berlari mendapatkan
Naz.
Dengan
termengah-mengah dia menyerahkan
telefon bimbit kepada
Naz. Naz menyambut
dan bertanya, “Kenapa
Kak Dini?”
Tercungap-cungap Dini
menjawab, “Ammar...” Dia
menarik nafas. “Ammar...”
Naz
bangun dari kerusi.
Dia menggenggam tangan
Dini. “Kenapa dengan
Ammar, Kak Dini?”
“Telefon
kau.” Dia menunding
ke arah telefon
di atas meja.
Naz bergegas mendapatkan
telefonnya. Dia melihat
nama pemanggil lalu
melekapkan telefon ke
telinganya.
“Ibu,
kenapa dengan Ammar?”
Dia diam sebentar.
Kepalanya terangguk-angguk mendengar.
“Apa?!”
No comments:
Post a Comment