MinYoung dan
JiYong merupakan pasangan
kekasih yang telah
lama menjalinkan hubungan
cinta. Mereka sering
kali bersama-sama dalam
melakukan pelbagai aktiviti.
Perhubungan mereka yang
sudah menjejaki usia
empat tahun tidak pernah dilanda
badai dan onak.
Kebahagiaan sentiasa bersama
mereka sehinggalah pada
suatu hari, MinYoung
dan JiYong telah
bergaduh besar.
MinYoung menyilang
tangannya. Dia menundukkan
wajah hampanya. “Jadi,
awak mahu tinggalkan
saya?” JiYong menarik
nafas panjang. Dia
menarik tangan MinYoung.
“MinYoung, saya tidak
mahu meninggalkan awak.
Saya minta maaf
kerana memarahi awak
tempoh hari. Saya...
saya tidak ada
niat mahu melukakan
hati awak.”
MinYoung merentap
tangannya. “Saya mahu
putuskan hubungan kita.
Saya sudah tidak
mencintai awak. Selamat
tinggal, JiYong. Do not come looking for me again. I
hate you even
more.” MinYoung berlalu
pergi dalam tangisan
yang disembunyikannya.
Seminggu berlalu
selepas MinYoung memutuskan
hubungannya bersama JiYong.
Hari ini MinYoung
bertemu dengan Seung
Hyeon di sebuah
lorong berhampiran tempat
tinggalnya. Seung Hyeon
menghampiri MinYoung yang
sudah menunggunya. Dia
menegur, “MinYoung!” Dia
menoleh apabila namanya
di panggil. “Seung
Hyeon, awak sudah
sampai. Maaflah saya
memanggil awak petang-petang
ini.” Dia menghadiahkan
Seung Hyeon sebuah
senyuman.
Seung Hyeon
menggeleng laju. “Tidak
mengapa.” Dia memandang
MinYoung. Dia tahu MinYoung sedang
bersedih. MinYoung melepaskan helanya sebelum
berbicara, “Seung Hyeon,
saya ada perkara
mahu beritahu awak.
Sebelum itu, saya
mahu awak berjanji
dengan saya, awak tidak
akan memberitahu sesiapa.”
MinYoung merenung anak
matanya.
Seung Hyeon
mengangguk lemah. MinYoung
menyambung, “Sebenarnya, saya
menghidapi penyakit cancer
otak. Keadaan saya
sudah sangat kritikal.”
Seung Hyeon
melopong. Matanya membesar.
“Macam mana... Nanti,
sebab inikah awak
berubah dan bersikap
dingin terhadap JiYong?”
MinYoung mengangguk tanpa
mengangkat mukanya.
“Saya tidak
mahu JiYong bersedih
atas pemergian saya
nanti. Biarlah dia
membenci saya. Saya
tidak mahu dia
kecewa dengan saya.
Tolong rahsiakan perkara
ini daripada dia.” MinYoung merayu.
Dia memegang erat
tangan Seung Hyeon.
MinYoung membuka
sebentuk cincin yang
sudah lama tersemat
di jarinya. Dia
menyerahkannya kepada Seung
Hyeon. “Ambil ini
dan simpankanlah untuk
saya.”
“Awak tidak
akan menyesal?” Soalnya.
MinYoung menggelengkan kepalanya.
Seung Hyeon menarik
MinYoung di dalam
pelukannya. Dia cuba
menenangkan MinYoung.
Namun, tanpa
mereka sedari, tidak
jauh daripada tempat
mereka berjumpa, JiYong
bersama Dae Sung, SeungRi
dan TaeYang memerhatikan
setiap gerak-geri mereka.
Mereka yang lain
kecuali JiYong mengetahui
perkara sebenar kerana
awal-awal lagi, MinYoung
sudah memberitahu mereka
tentang penyakitnya.
JiYong ingin
berlari ke arah
Seung Hyeon dan MinYoung tetapi
di tahan mereka.
MinYoung berlalu pergi
apabila menyedari kehadiran
mereka. Sempat dia
berpesan kepada Seung
Hyeon, “Saya harap
awak dapat membantu
saya. Buatlah apa
sahaja asalkan dia
percaya bahawa kita
bersama.” Seung Hyeon
mengangguk.
JiYong melangkah
laju ke arah
Seung Hyeon. Dia
menumbuk muka Seung
Hyeon tanpa sempat
di tahan sesiapa.
Seung Hyeon terjatuh.
JiYong menjerit lantang,
“Kau kejam, Seung
Hyeon!!” SeungRi yang
berada berhampiran Seung
Hyeon membantunya untuk
bangun semula.
Seung Hyeon
dan JiYong menolak
antara satu sama
lain. Masing-masing tidak
mahu mengalah. Tae
Yang menghampiri mereka
dan di ikuti
oleh Dae Sung
dan SeungRi. Mereka
menghalang Seung Hyeon
dan JiYong dari
terus bergaduh dan
bertumbukan.
“Mengapa kau
orang berdua mahu
bergaduh? Bukankah kita semua
kawan baik sejak
dahulu lagi?” TaeYang
bersuara lantang. Dia
merenung seorang demi
seorang.
JiYong mencebik
lalu berkata, “Kawan
baik? Kawan baik
yang sanggup rampas
girlfriend kawan sendiri?
Itu yang kau
kata kawan baik?
Boleh jalanlah!!!” JiYong
terus berlalu tanpa
menoleh ke arah
mereka semula. Hatinya
sakit. Segala memorinya
bersama MinYoung kembali
berlegar-legar di ruang
fikirannya.
“JiYong-ah, janji
dengan saya, awak
tidak akan tinggalkan
saya walau apa
jua yang berlaku.”
JiYong menekup telinganya.
Dia menjerit sekuat-kuat
hatinya. Dia cuba
untuk mengusir suara MinYoung yang
terngiang-ngiang di telinganya.
JiYong berdiri
di hadapan cermin
muka di biliknya.
Dia merenung ke
dalam cermin itu. Nafasnya
turun
naik cuba di
kawal. Tangannya digenggam
erat. “MinYoung, why
are you doing
this to me?!”
Cermin di hadapannya
di tumbuk dengan
tangannya. Berderai kaca-kaca
di atas lantai
biliknya.
TaeYang menghampiri
pintu bilik JiYong
dan mengetuknya perlahan.
“JiYong, jom kita
keluar. Kau duduk
di dalam bilik
pun, bukannya kau
buat apa.”
JiYong menoleh
ke arah pintu
biliknya. Dia mendengus
perlahan dan berkata,
“Hmm, tunggu sebentar.”
Dia bersiap ala
kadar sahaja. Dia
sudah tidak punya
hati untuk berpakaian
kemas dan up-to-date.
“Jom.” Ajaknya ringkas.
Sesampai mereka
di sebuah shopping
kompleks, Dae Sung
dan SeungRi sudah
menunggu. Mereka bergerak
ke arah lif
berhampiran. Tiba-tiba, JiYong
ternampak Seung Hyeon
dan MinYoung di
dalam sebuah kereta.
Dia berlari ke
arah mereka sambil
menjerit, “Kurang ajar!!!
Kalau kau mahu
menyakitkan hatiku sekali
pun, tidak perlulah
sampai begini. Aku sudah
cukup terseksa dengan
mainan kau orang!!”
JiYong memanjat
kereta Seung Hyeon
dari depan. Dia mengetuk-ngetuk cermin
kereta itu. Seung
Hyeon di dalam
tersenyum puas melihat
aksi JiYong. Dia seakan-akan
mengejek kekalahan JiYong.
“Aku benci kau
sampai mati, Seung
Hyeon!! Mulai hari
ini, persahabatan kita
putus!” Dia seraya
melangkah pergi meninggalkan
mereka.
Seung Hyeon
menarik nafas panjang.
Dia memandang MinYoung
simpati. “Maafkan saya,
Seung Hyeon. Disebabkan saya,
awak dan JiYong
bergaduh.” Seung Hyeon
menggeleng laju. “Tidak
mengapa.”
Dae Sung
menghampiri Seung Hyeon.
Dia menggigit-gigit jarinya
lantas berkata, “Hyung,
tidak mengapakah kita
buat begini? Saya kesian
dengan JiYong hyung.”
Dia memandang SeungRi
dan TaeYang.
“Seung Hyeon
hyung, saya rasa
kita patut memberitahunya perkara
sebenar. Takkan mahu
biarkan dia terus
bersalah sangka?” SeungRi
menyambung.
“Biarlah dahulu.
Kelak nanti dia
akan tahu juga.”
Seung Hyeon memerhati
JiYong yang sudah
jauh dari pandangan
mereka. “MinYoung, awak
pulanglah dahulu. Esok awak
perlu ke hospital.”
Dia keluar dari
perut kereta.
Sebulan berlalu
semenjak peristiwa pergaduhan
antara Seung Hyeon dan JiYong.
Dae Sung, TaeYang
dan SeungRi sudah
kehabisan idea memikirkan
bagaimana mahu menyelesaikan
masalah mereka. “Dae
Sung-ah, kau rasa
apa patut kita
lakukan sekarang?
“Hyung, kita
berterus-terang dengan JiYong
hyung sahajalah. Sampai bila
mahu biarkan mereka
bergaduh?” Dae Sung
memandang TaeYang dengan
matanya yang kuyu. Dia
menyambung, “MinYoung nuna
pun semakin hari
semakin lemah. Saya tidak
mahu nanti kita
menyesal kerana tidak
membenarkan JiYong hyung
berjumpa dengan MinYoung
nuna untuk kali
terakhir.”
SeungRi mengangguk
setuju. “Hyung, apa
kata hyung jumpa
JiYong hyung dan
beritahunya perkara sebenar?
Lagipula, hyung lebih
rapat dengannya berbanding
kami berdua.” SeungRi
memberikan pendapatnya.
Petang itu,
TaeYang pergi berjumpa
dengan JiYong. Dia menceritakan
segala-galanya kepada JiYong.
Ternyata, JiYong amat
terkejut dengan apa
yang di dengarinya.
“Aku harap kau
tidak marah pada
Seung Hyeon lagi. Dia
buat
itu semua kerana
MinYoung.”
JiYong menggenggam
rambutnya dan di
tarik kuat. “Kenapa
baru sekarang kau
bagitahu aku? Apa aku
boleh buat sekarang?!!!”
Dia menjerit kuat. Tiba-tiba, telefon
bimbit TaeYang berdering.
Sebaik sahaja
dia menjawab, “Hyung, MinYoung
nuna kritikal. Cepat bawa
JiYong hyung ke
sini.” Di hujung
talian, SeungRi memberi
arahan ringkas. TaeYang
yang terkejut dengan
berita yang di
dengarinya mengangguk dan
terus menarik JiYong
mengikutinya.
“TaeYang-ah, where
are we going?”
“We don’t
have more time. MinYoung kritikal
sekarang.”
Sesampai sahaja
mereka di hospital,
JiYong terus berlari
mencari bilik yang
menempatkan MinYong. Dipertengahan jalannya,
JiYong terserempak dengan
Seung Hyeon. Dia tidak
mempedulikan Seung Hyeon
dan terus berlari
tetapi tangannya di
tarik oleh Seung
Hyeon.
Seung Hyeon
mengeluarkan sebentuk cincin
dari dalam poket
seluarnya. Dia menyerahkannya
kepada JiYong dan
bersuara perlahan berkata,
“Sorry for lying.
MinYoung.. really love
you a lot.”
JiYong terus menangis
di situ. Air mata
yang cuba di tahan akhirnya
tertumpah juga.
JiYong terus
berlari ke bilik
pembedahan yang menempatkan
MinYoung tetapi dia
tidak di benarkan
masuk. Dae Sung
dan SeungRi menghampirinya dan
memeluknya. Mereka cuba
untuk menenangkan JiYong.
“Hyung, kami
minta maaf.”
JiYong menggeleng.
Dia terduduk di
atas lantai. “MinYoung,
kenapa awak perlu
sakit seorang diri? Kenapa
awak
tipu saya?” Dia
menumbuk-numbuk lantai hospital
itu.
Pintu bilik
pembedahan terbuka. JiYong
lantas bangun dan
menghampiri doktor yang
mengiringi katil MinYoung.
Dia menggenggam tangan
MinYoung. “MinYoung, maafkan
saya kerana tidak
dapat menjaga awak
dengan baik.”
TaeYang memegang
bahu JiYong. “MinYoung
ada berpesan, jangan meratapi
pemergiannya. Relakanlah dia
pergi dengan aman. Dia
sentiasa
menyayangi kau.” TaeYang
menghulurkan sebuah pemain
mp3 kepada JiYong.
“Apa ini?”
“Dengarlah. MinYoung
buat lagu ini
untuk kau.”
JiYong mendengar
pesanan yang dirakam
oleh MinYoung di
dalam mp3 itu. Di
akhir
rakaman itu, sebuah
lagu yang bertajuk
Day By Day
dinyanyikan oleh MinYoung
untuknya. “Semoga kau
bahagia di sana,
sayang. Tunggu aku. Aku
pasti
akan menyusul kemudian.”
No comments:
Post a Comment