Kehampaan jelas
terpancar di wajahnya
apabila wajah yang
di nanti tidak
juga menampakkan diri.
Dia melepaskan lelah.
Naz berdiri dan
melangkah ke arah
kaunter di sebelah
kanannya. “Akak, lama lagi ke
mereka dalam tu?”
Dia menunding jari
di wad itu. Nurse
yang sedang bertugas
menoleh seketika sebelum
menjawab, “Akak pun
tidak pasti, dik.”
Naz mengangguk
lantas berkata, “Terima
kasih kak.” Dia
berjalan mundar-mandir di
depan wad. Sesekali
dia menjenguk ke
dalam. Dari jauh,
seorang wanita memanggilnya.
Naz meluru ke
arah mereka. Dia
memeluk wanita itu.
“Ibu, kenapa dengan
Ammar?” Soalnya.
“Ibu minta
maaf, Naz. Ibu
bukan mahu merahsiakannya daripada
pengetahuan Naz tetapi
ini semua atas
kehendak Ammar.” Mariam mengesat
air mata dengan
hujung baju. Dia menepuk-nepuk
belakang badan Naz.
“Apa sebenarnya
yang terjadi, ibu?”
“Ammar sakit.”
Naz memandang
anak mata Mariam.
Mariam mengangguk. “Sakit
apa?”
“Barah otak.”
Naz tergamam.
Dia menyandarkan badannya
pada kerusi. Tangannya menggeletar
hebat. Air mata
yang cuba di
tahan tertumpah juga. Kepalanya
digeleng
beberapa kali. Naz menggenggam
tangan Mariam erat. “Ibu, betul
ke?” Mariam mengangguk
lemah. “Sejak bila?”
Sambungnya lagi.
“Setahun yang
lalu.”
“Macam mana
boleh jadi macam
tu?”
“Naz, itu
semua takdir Allah.”
Mariam menceritakan segalanya
kepada Naz. Bermula dari
kesihatan Ammar yang
sering kali mengadu
sakit-sakit kepala sehinggalah
apabila Ammar seakan-akan
hilang ingatan tentang
apa yang dilaluinya
sepanjang hidup.
“Macam mana
Ammar boleh ingat
dekat Naz?”
“Hari-hari dia
minta mama ingatkan
dia tentang Naz. Sebenarnya, sudah
lama Ammar mahu
pulang ke Malaysia
tetapi ibu tidak
dapat memenuhi kehendaknya
kerana Naz tahukan
abah kerja di
sana. Ibu tidak
mahu dia seorang
diri di sini.”
“Tapi, setahu
Naz, sakit ini
bukankah tidak boleh
bangun?”
“Mungkin selepas
ini Naz akan
nampak dia terlantar
di atas katil.”
Mariam menjawab tenang.
Pintu bilik
terkuak dari dalam.
Semua mata tertancap
padanya. Seorang doktor
keluar. Mariam menghampiri
doktor itu. Mereka berbual-bual
seketika. Doktor menasihati
supaya Ammar tidak
diganggu seketika dan meminta
ahli keluarga sahaja
yang menjaganya hari
ini.
Keesokan harinya,
Naz datang melawat
Ammar. Keadaan sedikit
baik berbanding semalam.
Ayat suci Al-Quran
tidak henti-henti kedengaran
di dalam ruang
bilik. Naz menghampirinya. Wajahnya di
tenung lama. “Kenapa
kau rahsiakan semua
ini daripada pengetahuan
aku?”
Air matanya
mula menitis dibiarkan
tanpa disekat. Mulutnya berterusan
berbicara. “Kenapa kau
buat aku macam
ini Ammar. Aku kawan
kau.” Naz memukul
bantal di tangannya.
Mariam menghampiri Naz. Dia
memeluk
Naz erat. “Naz
jangan macam ini.
Naz tak kesian
ke dekat Ammar?”
“Naz minta
maaf ibu. Naz tahu
ibu pun mesti
sedih. Naz kecewa
sebab tidak dapat
nak bahagiakan Ammar.
Hari itu dia
ada cakap dia
teringin sangat nak
pergi Genting Highland.
Tapi Naz tak
dapat nak bawa
dia.”
“Naz, bukan
rezeki dia.” Mariam
menenangkannya. Naz tenang
seketika apabila di
pujuk Mariam.
***
Dua
minggu
berlalu semenjak Ammar
di masukkan ke
dalam hospital. Hari ini
Naz melawatnya sekali
lagi. Ketika dia
mahu memulas tombol
pintu, Naz terdengar
suara tangisan seorang
perempuan yang tidak
dikenalinya.
“Ammar, aku
dah cakap dengan
kau duduk sahaja
di sana tetapi
kau degil. Tengok sekarang
apa sudah jadi. Kau
terlantar atas
katil ini.”
Naz
mengintai disebalik
pintu. “Siapa dia?”
Bisik hatinya. Naz memerhatinya
lama. Perempuan itu
bangun dan menuju
ke bilik air. Kemudiannya
dia
keluar semula dan
mengelap tubuh Ammar
menggunakan kain basahan.
“Mesti dia sudah
biasa buat begitu
semasa di luar
negara. Untung kau,
Ammar. Ramai orang
sayang dan ambil
berat fasal kau.”
Kemudian
dia
menutup pintu semula.
“Mungkin kekasih Ammar.
Kalau tidak masakan
mereka benarkan dia
masuk.” Naz melangkah
ke arah lif
semula. Bunga yang
di bawanya tadi
diletakkan di hadapan
pintu.
“Naz?” Tegur
satu suara yang
amat dikenalinya. Dia menoleh.
Air matanya disapu.
“Ibu.” Dia menyalami
tangan wanita itu. Dia
cuba
tersenyum tetapi hambar.
“Kenapa tidak
masuk?” Naz tersenyum
nipis. “Tidak mengapalah
ibu. Naz mahu cepat.” Dia
meminta izin untuk
berlalu. Sempat dia
menitip pesan, “Kirim
salam semua.” Naz
berlalu dengan cepat.
Dikhuatiri kesedihannya tidak
dapat disembunyikan jika
dia terus berlama
di situ.
Mariam
masuk
ke dalam bilik
Ammar setelah menghantar
pemergian Naz. Dia tergamam
apabila melihat kelibat
seorang perempuan di
hadapannya. “Ya Allah.
Bagaimana kamu boleh
berada di sini?”
Mariam
meletakkan bunga
yang diambil di
depan pintu di
atas kerusi berhampiran.
Dia memerhati susuk
tubuh di hadapannya.
Ditenungnya lama. Ammy
kaku seketika apabila
dirinya diperhati. Tingkahnya menjadi
lambat dan teragak-agak.
Akhirnya dia bersuara,
“Ibu, kenapa pandang
Ammy macam ada
kesalahan besar sahaja?”
Mariam
menarik
nafas panjang. “Mengapa
dengan ibu? Ibu tidak
sihatkah?” Bertubi-tubi soalan
yang keluar dari
mulut munggilnya. Dia mendekati
ibunya lantas menyalami
tangannya. “Bila kamu
sampai?” Mariam menyoal
perlahan.
Ammy tersenyum.
“Baru sahaja ibu. Ammy
dari
airport terus ke
sini.” Mariam menggeleng
perlahan. “Macam manalah
ibu tak sakit
kalau hari-hari anak-anak
ibu bagi kejutan
melampau?”
Ammy
memeluk
ibunya. “Maaflah ibu. Ammy
risau
bila dengar berita
abang masuk hospital.
Itu yang Ammy
terus balik sini.”
“Iyalah, tetapi
kenapa tidak telefon
ibu dahulu. Nasib baiklah
ibu ada di
sini.”
Ammy
diam
sebentar. Tiba-tiba dia
menyoal, “Ibu, abang
masih berjumpa dengan
Naz?” Mariam mengangguk.
“Abang ini memang
degillah. Ammy sudah
pesan dengannya jangan
berjumpa dengan perempuan
itu lagi.”
Mariam
mengerut
dahi. “Kenapa Ammy
cakap macam itu?”
Setahunya, Naz itu
budak yang baik. Mengapa
anaknya
yang seorang ini tidak menyukai
Naz?
“Ibu, abang
itu suka dekat
Naz. Dia balik
sini sebab nak
habiskan masa dia
dengan Naz tanpa
berusaha menyihatkan diri
dia.” Ammy menceritakan
segalanya kepada Mariam.
Mariam mengurut
dadanya. “Patutlah ibu
tengok beria-ia dia
mahu pulang.” Dia
memandang Ammar sayu. “Kenapa Ammy
tidak beritahu ibu
awal-awal?”
“Untuk apa?”
“Ibu boleh
pujuk Naz untuk
terima dia.”
Ammy terjerit
sedikit. “Ibu!”
Mariam
tersenyum panjang.
“Ibu gurau sahaja.
Sekurang-kurangnya, apabila ibu
tahu lebih awal,
bolehlah ibu minta
tolong Naz pujuk
dia supaya berusaha
untuk mencari penawar
kepada penyakitnya.”
“Benda sudah
jadi ibu. Lagipun,
Ammy tidak tahu
abang balik sini
kerana ingin berjumpa
dengan Naz.” Ammy
mengemas begnya. Mariam melihat
tingkah anak perempuannya.
“Ammy mahu ke
mana?”
“Ibu, kita
pulang dulu. Petang sikit
kita datang semula.”
“Tidak mengapalah.
Ammy pulang sahaja.
Ibu mahu duduk
di sini teman
abang kamu. Kesian dia
seorang diri.”
“Baiklah. Nanti Ammy
datang semula.” Mariam
menghantar Ammy ke
lif. Sempat Ammy
memesan, “Kalau ada
apa-apa cepat-cepat telefon
Ammy tau.” Mariam
mengangguk.
Hampir
setiap hari
Naz datang ke
hospital untuk melawat
Ammar tetapi tidak
sekali pun dia
menjenguknya di dalam.
Naz hanya mampu
melihat dari jauh. Hatinya
sakit
apabila melihat keadaan
Ammar. Tambahan pula,
sudah ada yang
menjaganya.
“Ammar lebih
memerlukan dia berbanding
aku.” Pujuk hatinya
sendiri.
Naz
menghampiri kerusi pelawat
di sebelah bilik
Ammar. Dia memandang
sekeliling kawasan hospital
itu. “Jika Ammar
tidak terlantar di
atas katil itu,
pasti sekarang kami
sedang mengajar.” Naz
melepaskan keluhan.
Sedang
dia
asyik termenung, satu
suara menegurnya. “Awak
ini, Naz?” Naz
terbangun dari duduknya.
Dia menjadi gugup
seketika. “Ye saya. Awak
siapa?”
“Rileks, saya
tak makan orang.”
Ammy menghadiahkan senyuman.
Ketika dia ingin
ke kafe di
tingkat bawah sebentar
tadi, dia ternampak
kelibat seseorang yang
amat dikenalinya. “Duduklah.”
Jemputnya sambil mengambil
tempat di bangku
pelawat.
Naz
mengangguk. “Terima
kasih.”
“Sudah lama
awak kenal dengan
Ammar?” Dia yang
aku kira agak
bergaya memandangku atas
dan bawah.
“Lama jugalah. Around
20 years maybe.
Awak siapa ya?”
Soalnya ragu-ragu.
“Oh, bermakna
sejak awak berdua
kecil?” Naz sekadar
mengangguk kecil. “Lama
jugalah kiranya. So,
apa hubungan awak
berdua?”
“Kami kawan
sahaja. Awak tidak
perlu risau kerana
sepanjang dia di
sini, saya tidak
pernah mengorat dia dan dia
pun begitu.”
“Bukan itu
yang saya risaukan.
Saya cuma risaukan
kesihatan dan hati
dia sahaja.”
Dahi
Naz
berkerut seribu. “Hati
dia?” Dia menjawab,
“Awak tahu yang
Ammar suka sangat
dekat awak?” Bertambah kerutan
di dahinya. Berkali-kali
kepalanya digeleng. Masing-masing
mendiamkan diri. Tidak seorang
pun yang berusaha
untuk bersuara.
“Mungkin awak
tersalah.” Akhirnya Naz
memecahkan kesunyian. “Tidak.
Saya sangat yakin.”
“Awak jangan
salah anggap. Saya tidak
ada apa-apa perasaan
pun terhadapnya melainkan
sebagai seorang kawan.
Itu sahaja.”
Ammy menggenggam
tangan Naz. “Awak
tidak perlu gusar.
Ammar sedang terlantar
sekarang. Tidak guna
kita nak mempersoalkannya. Saya Cuma
berharap
awak tidak berhenti
memberinya semangat.”
“Saya tidak
akan kacau hubungan
awak berdua lagi.”
Naz bangun dari
bangku. “Maafkan saya.”
Naz berlalu pergi
meninggalkan Ammy yang
terpinga-pinga di situ.
“Wait, Naz!”
Dia mengejar Naz
yang sudah memasuki
perut lif. Cepat-cepat
butang lif di
tekannya. “Naz, bukan
itu yang saya
maksudkan.” Pintu lif
tertutup rapat. Naz kini
tidak lagi dapat
mendengar apa yang
ingin disampaikan oleh
Ammy.
“Naz, saya
hanyalah adik dia. Saya
mahu
awak jagakan abang
saya selagi dia
masih ada. Saya tidak
mahu ada sesiapa
yang menyesal kemudian
hari.” Namun, bicaranya
hanya di dengari
pintu besi lif
yang dingin.
Ammy
melangkah ke
bilik abangnya dengan
langkah yang longlai.
“Ammar, I’m so
sorry. Aku sudah
buat Naz salah
sangka.” Dia bersandar
di pintu sambil
merenung jari kakinya.
Air mata yang
menitis di biarkan
mengalir.
No comments:
Post a Comment