“D
|
ah petang-petang
baru nak masuk.
Asal tak masuk
malam kang je?” Syakif
mula bosan menunggu.
Sudah hampir setengah
jam dia terpacak
di pejabatnya namun
orang yang dinanti
tidak muncul-muncul.
“Amir!” Dia memanggil Amir yang duduk tidak jauh darinya. “Nak tunggu berapa lama lagi? Aku dah bosan ni.” Dia menyambung lagi. Majalah di hadapannya dibelek-belek tidak berminat dengan isinya.
“Kau ni memang tak reti nak menyabarkan? Tunggulah sekejap. Aku call dia tadi, dia cakap tersekat. Jalan sesak. Bukan kau tak tahu petang-petang orang balik kerja.” Amir masih lagi tenang seperti tadi. Dia menyambung pembacaan yang terganggu sebentar tadi.
“Itulah aku
sudah cakap! Nak
juga datang petang-petang!” Syakif
terus-terusan merungut. Amir
hanya menggelang melihat
Syakif. “Dia masuk
nanti tahulah kau
senyap.” Bisik Amir
perlahan.
“Hi guys!
Sorry lambat. Jalan
sesak sangat.” Tiba-tiba
seorang wanita menegur
mereka. Amir bangun
menyambut wanita tersebut.
Syakif yang dari
tadi merungut terperanjat
melihat wanita dihadapannya.
Cukup dikenalinya! “It’s
okay Sue. Aku
tahu jalan sesak.
Lagipun, aku yang
suruh kau datang
petang.” Amir memberinya
senyuman manis.
“Syakif, tutup
sikit mulut kau
tu. Nanti lalat
berkampung pula.”
“Diamlah kau!”
Dia malu di
tegur begitu di
hadapan Sue. Nanti,
apa pula Sue
anggap. Tak fasal-fasal
dia ingat aku
pervert!
“Jom Sue
aku tunjuk bilik
kau. Special punya.”
Amir mengiringi Sue
ke biliknya yang
terletak di antara
bilik Amir dan
Syakif.
“Ini bilik
kau. Papa suruh
aku hias bilik
ni macam mana
yang kau nak.
So, satisfied?”
“Good job!
I’m very satisfied.
Thank you.” Sue
lantas memeluk Amir.
Tanpa menghiraukan Syakif
yang begitu terkejut
dengan tindakannya, Amir
terus membalas pelukan
adiknya itu.
“But I’m
sure that is not you
who design this
room, right?” Sue
menyambung kemudiannya. Amir
mengangguk.
“Amir! Kau
dah gila apa?”
Syakif memotong sebelum
sempat Amir bersuara.
Dia bengang dengan
Amir yang berlagak
seperti tidak bersalah.
Tak sedar ke
yang dia tu
dah ada tunang?!
“Asal? Aku
bukan buat apa
pun.” Amir masih
berpura-pura tidak tahu
akan kesalahannya.
“Tak buat
apa-apa kau kata?
Yang kau orang
berpeluk sakan tu
apa?” Syakif cuba
untuk meleraikan pelukan
mereka.
“Tak faham
betul aku dengan
kau ni. Oh,
ya. Tadi Sue
datang dengan siapa?”
“Dengan Pak
Mat.”
“Pak Mat?
Wait! Tadi aku
dengar kau cakap
papa kau suruh
hias bilik ni
ikut apa yang
Sue suruh?” Syakif
mula menyedari sesuatu.
“Ha’ahlah. Kenapa?”
“Kenapa pula
papa kau suruh
buat macam tu?”
“Dah tu
kenapa pula?” Amir
masih tidak mahu
berterus terang. Biarlah
Syakif menyedarinya sendiri.
“Sue datang,
dengan Pak Mat…”
Syakif diam seketika.
Lagaknya persis seorang
detektif yang sedang
menyiasat satu kes
berat. Amir memandangnya
tidak berkelip. Sue
sudah tersengih-sengih melihat
gayanya.
Sesaat kemudian,
Syakif berlari menuju
ke meja kerja
Sue. Dia mengangkat
tag nama yang
terletak di atas
meja itu. “Fashrina
Suraya Mohammad?!!” Bacanya
lantang.
“Yes?” Sue
menyahut. Dia cuba
untuk menahan dari
tergelak melihat reaksi
Syakif apabila mengetahu
siapa dirinya.
“Fashrina Suraya.
Ira?!” Sadis! Dia
baru tersedar dari
mimpi yang panjang.
“I am.
Why?” Sue sudah
tertahan melihat reaksinya
melepaskan tawa.
“Baru sedar
ke?” Amir menyakatnya.
“Sebab tu aku
kata kau ni lembab!”
“Aku… Tak
faham.” Syakif masih berdiam.
“Tak faham
lagi? Sue terangkan.”
Amir mengarah.
“Syakif, I’m
Ira. Kau tak
ingat?” Syakif hanya
mengangguk.
“Tapi aku
dah tak macam
dulu. Sejak pindah,
aku ubah penampilan
aku. Aku nak
jadi orang baru
dekat tempat baru.
Lagipun, dekat Seoul
tu, semua orang
cantik-cantik. So now,
I’m Sue.” Syakif
menjadi bisu serta
merta. Muka bertukar
merah akibat malu
dan tidak percaya
dengan apa yang
di dengarnya.
“Amir?” Dia
memandang Amir yang
sudah melabuhkan punggungnya
di sofa. “Asal
kau tak bagitahu
aku?”
“Aku dah
bagitahu kau. Kau tu je
yang tak dapat
nak tangkap. Banyak
kali aku tersasul
depan kau. Ingat
tak masa lepas
kau jumpa Sue?
Aku ada cakap
yang dia adik
aku tapi kau
buat tak tahu
je.”
“Patutlah aku
selalu nampak kau
orang sama-sama. Aku
ingat, masa majlis
kau tu! Sue
tangkap gambar sekali
dengan family kau!”
Baru dia tersedar
akan segala kebetulan.
“Aku dah
cakap, jangan menyesal
kemudian hari.” Amir
menepuk bahunya seraya
keluar dari bilik
itu. Dia ingin
memberi ruang kepada
mereka untuk membetulkan
apa yang kurang.
“Err… Sue,
sorry aku tak
tahu.” Syakif memandangnya.
“Tak apa
bukan salah kau
pun.” Sue masih
menunduk. Dia tiada
kekuatan untuk bertentangan
mata dengan Syakif.
“Aku… Aku
tak sangka pula
kau ni Ira.
Kalau aku tahu,
aku dah terima
kau masa…” Belum
sempat dia menghabiskan
ayatnya, pintu bilik
itu terkuak dari
luar.
“Sue, dah
habis?” Lelaki itu
menghampiri Sue.
“Kau siapa?”
Tanya Syakif. Macam
kenal je mamat
ni.
“Kau tak
kenal aku ke?
Aku, Syafiq.”
“Syafiq?! Player
sekolah tu?”
“Agak-agaklah derr!
Aku player masa
sekolah je, sekarang
tak.”
“Kau buat
apa dekat sini?”
“Jumpa Sue.
Aku ada date
dengan dia malam
nanti.” Syafiq tahu
segala-galanya yang terjadi.
Dia mula mendekati
Sue pun atas
permintaan seseorang.
“Kau kenal
ke siapa Sue?”
“Mestilah. Dari
dulu lagi aku
syok dekat dia.
Kenapa? Kau tak
tahu ke dia
siapa?” Syafiq sengaja
membuat hatinya panas.
Sememangnya, semasa dia
bertemu dengan Sue
di pejabat milik
bapanya yang baru
memulakan tugas, dia
tahu siapa Sue.
Dia menjadi pelik
apabila mendapat tahu,
Syakif tidak mengenali
Sue.
“Sue?” Syakif
meminta kepastian darinya.
Sue mengangguk. Syakif
kecewa dengan jawapan
yang di terimanya.
“Amir mana?
Lama aku tak
jumpa dia.” Syafiq
sengaja menukar topik.
Dia tidak mahu
memanjangkan soal ini.
“Ada dalam
bilik dia. Kau
pergilah jumpa dia.
Aku nak balik.”
Syakif mengiringi Syafiq
ke bilik Amir
dan terus berlalu
ke biliknya. Hatinya
tidak tenang melihat
keakraban Syafiq dan
Sue. Dia harus
bertindak!
No comments:
Post a Comment