S
|
udah beberapa
kali dia cuba
memikat Sue tetapi
tidak berjaya. Sering
kali dia mengajak
Sue makan bersamanya.
Setiap kali itulah
Syafiq datang berjumpa
Sue. Boleh dikatakan
hampir setiap hari
jugalah mereka bersama.
Mereka hanya akan
berpisah apabila Syafiq
ada meeting di
pejabatnya. Tambahan pula,
sekarang ini AFS Entertainment membuat
projek bersama syarikat
milik Syafiq.
“Sue, lepas
lunch nanti kita
kena pergi jumpa
Mr. Kang.” Syakif
menghulurkan file kepadanya.
“Mr. Kang?!
Bukan ke projek tu kau buat
dengan Amir?”
“Dia ada
hal hari ini.
Mr. Kang nak
buat hari ini
juga sebab esok dia nak
kena fly pergi
Thailand pula.”
“Bukan esok
ke dia pergi
Thailand? Dekat sini
punya audition dah
habis ke?” Walaupun
Sue tidak terlibat
dalam projek ‘K-pop
Superstar’ ini, dia
tetap tahu selok
belok projek itu.
‘K-pop Superstar’ ini
untuk mencari bakat-bakat
baru di seluruh
Asia yang bertemkan
K-pop.
“Dah. Dia
kena habiskan cepat
sebab company dekat
Korea nak buat
cepat.” Syakif meyakinkan
Sue. Sebenarnya dia
yang meminta kepada
Amir supaya Sue
mengikutinya hari itu.
“Okaylah kalau
macam tu. Pukul
berapa nak gerak?”
“Awal sikit
dalam pukul 2:30.”
“Okay. Kau
drive, aku malas!”
Sempat dia memesan.
***
Sudah hampir
dua jam mereka
di dalam perbincangan
itu. Segalanya berkisar tentang uji
bakat yang telah
diadakan tempoh hari.
Banyak juga senarai
calon yang layak
ke peringkat pemilihan.
Ternyata di Malaysia
masih ramai yang
berbakat.
“I think
we should proceed this
proposal.” Mr. Kang
menyerahkan sebuah file
yang mengandungi cadangan-cadangan jadual
untuk trainee yang
bakal di pilih
nanti.
“Do you
have the winner
for this audition?”
Syakif meneruskan pembacaannya.
Dia tertarik dengan
jadual yang disediakan.
“Yeah. I
like this contestant.
He’s so talented.
His dance was
very impressive. But
I want to
take two of
the contestant in
Malaysia. What you
say?”
“Two of
them. Good idea.
At least they
have someone who is from
the same country.
The other one?”
Sue mengambil sehelai
borang yang terletak
di atas meja.
Dia menyerahkan borang
itu kepada Mr.
Kang.
“How about
this one?” Dia
memandang Mr. Kang.
“Why did
you choose him?”
Sue menerangkan segala
sebab yang dirasakan
patut. Dia sangat
yakin dengan peserta
itu. Dia juga
sempat melihat semua persembahan
dari peserta di
peringkat akhir sebelum
berjumpa dengan Mr.
Kang.
“Actually, I’m
thinking about him too. So
we’ll take these
two as a
winner. My staff
will call them
later and around
two month from
now, make sure
they’re ready to
fly to Seoul.
I want two
of them get
ready and get
them to training
before come to Seoul. I’ll
send my dancer
and vocal trainer
here.”
“Alright Mr.
Kang. I’ll make
sure they have
their training in
this two month.
Please, don’t worry
too much.”
“I trust
you, Syakif. I’ll hand it
all over you.
I’ve to go.
Thank you.”
“Thank you,
Mr. Kang.” Syakif
dan Sue serentak
bangun dan menyambut
huluran salam Mr.
Kang. Perjanjian telah
di buat. Dia
harus memastikan segalanya
berjalan dengan lancar
agar kepercayaan yang
diberikan tidak hilang.
Mereka menghantar
pandangan kepada Mr.
Kang. Sebaik sahaja
Mr. Kang hilang
dari pandangan, masing-masing
menarik nafas lega.
“Akhirnya settle
juga!” Ingin sahaja
dia melompat saat
itu. Nasib baik
mereka di restoran
mewah. Syakif melepaskan
lelah.
“Sampai macam
tu sekali?”
“Apa pula?”
“Tahulah dah
dapat projek baru.
Janganlah lega sangat.
Panjang betul leganya.”
Sue mengingatkannya. Ini
baru sahaja permulaan
baginya.
“Aku bukan
apa, syukur sangat
Mr. Kang tu
pilih syarikat kita
sebagai dia orang
punya jambatan.” Syakif
mengucap syukur.
“Lepas ni
kau kenalah kerja
lebih. Bila nak
jumpa dia orang
berdua? Kita kena
mula cepat.”
“Kita akan
panggil dia orang
minggu depan untuk
meeting.”
“Okay. Nanti
aku pergi jumpa
cikgu untuk kelas
Korean dia orang.
Kita cuma kena
uruskan yang itu
sahajakan?” Sue ada
juga membaca proposal
yang diberikan. Sepanjang
dua bulan menjadi
trainee, mereka perlu
menghadiri kelas bahasa,
dance dan vocal.
“Yup. And
dorm! Dekat dorm
tu ada lagi
kosongkan? Ada trainee
kita yang dah
pindahkan. So, dia
orang masuk situlah.”
Syakif dan
Sue terus berbincang
tentang persiapan yang
perlu dilakukan sepanjang
mereka menjadi trainee.
No comments:
Post a Comment