"Cik, ada bungkusan dalam
bilik." Setiausahanya melaporkan. Dia tidak
berada di pejabat sepanjang hari ini
kerana ada urusan diluar.
"Okay, thanks." Dia
mempercepatkan langkahnya.
'Ira,
aku minta maaf fasal tempoh hari. Aku
nak pergi Seoul dgn Nick dan Fiz
petang ni. Aku harap tempoh seminggu
aku g dapat bagi kau masa. Bacalah
diari ni.'
Sue mencapai diari di atas
mejanya itu. "Diari apa ni?" Dia
membuka pula sebuah kotak lain.
"Belon?! Dia simpan lagi
semua belon yang aku bagi tu?"
Sue membelek-belek setiap apa
yang ada di dalam kotak itu. Semuanya
barang-barang kepunyaan Syakif yang diberinya
suatu ketika dahulu. Segalanya di jaga
dengan rapi dan masih seperti baharu.
Sue menutup kotak itu dan membaca isi
diari tersebut.
17
Sept 1999
Hari
ini aku lepak dengan Amir dan Ira lagi. Macam dah jadi kebiasaan pula. Baguslah
juga, boleh aku tengok Ira hari-hari.
Sue tersenyum membaca diari
Syakif. "Apalah dia ni. Itu pun
nak tulis. Dah macam pervert pula aku
rasa. Seram!!" Sue meneruskan pembacaannya.
14
Feb 2000
Ira
cakap dia nak kena pindah esok. Aku tak belikan dia apa-apa pun. Aku nak cakap
dekat dia, "Ira, aku sayang kau!"
May
2000
Dah
tiga bulan Ira dan Amir pindah. Rindunya dekat Ira!
Oh,
hari ni dah dua bulan minah tu menyemak sebelah aku dalam kelas! Menyampah
betul aku.
Jun
2000
Aku
dah kawan dengan Airisya. Betullah kata dia, "Kalau kita ikhlas, kita
takkan lupa dekat kawan-kawan kita."
Pembacaan Sue terhenti apabila
satu ketukan kedengaran di luar biliknya.
"Cik, ada apa-apa lagi yang
cik nak? Kalau tak ada apa-apa saya
balik dulu." Setiausahanya menjenguk.
"Tak ada apa-apa. Esok saya
ada meeting penting ke?"
"Setakat ini tiada. Ada
apa-apa lagi?"
"Tak ada. Awak bolehlah
balik." Sue menghadiahkan senyuman.
"Baiklah. Saya pulang dulu.
Cik jangan duduk ofis lama-lama."
"Yela. Hati-hati." Dia
menitip pesanan.
Dia mengemas kotak dan diari
yang di terimanya itu. Dia akan
menyambungnya nanti.
***
Sue bermalas-malasan di atas
katil empuknya setelah selesai solat Isyak
sebentar tadi. Dia bangun semula menuju ke
meja study untuk mencari diari yang
di terimanya tempoh hari. Dia ingin
menyambung pembacaannya.
Sue membuka halaman yang di
tandanya semalam. Alangkah terkejutnya dia
apabila tiada apa-apa tulisan di atas
kertas itu. Dia menyelak sehingga ke
halaman yang terakhir. Bibirnya kembali
mengukir semyuman.
Sue bangun mencapai komputer
ribanya di atas meja. Dia membuka
laman web yang tertera di dalam diari
itu. Dia bertambah gembira apabila melihat
isi kandungan blog itu.
May
2010
Can’t let you go, even if I die
How am I suppose to let you go?
Whether you go or leave, fix my heart
If you can’t fix it so that I won’t be in pain
So that I can at least live
I wouldn’t be able to live anyway
I can’t let you go, even if I die
How am I suppose to let you go?
Whether you go or leave, fix my heart
If you can’t fix it so that I won’t be in pain
So that I can at least live
I wouldn’t be able to live anyway
I can’t let you go, even if I die
... Aku terlalu
merinduimu, Ira.
"Mamat ni sangat menyeramkan.
Takut aku nak baca lagi." Sue
meneruskan pembacaannya.
Feb
2011
Sue
luahkan perasaan dekat aku! Aku rasa bersalah sebab tolak dia. Tapi apa aku
boleh buat, aku sayang Ira.
May
2011
Tamat
study! Tapi still tak dapat jumpa Ira.
Jan
2012
Amir
tunang, Ira tak ada. Tak pelik ke?
Mana
dia menghilang? Ke dia dah bertukar rupa?
Atau
dia ada depan aku cuma aku yang tak tahu?
Sue hampir tersedak saat membaca
coretan itu. "Kuat juga firasat dia.
Tapi sayang, lembab sangat."
Jun
2012
Restoran
Chingu! (Marilah datang.)
Okay,
hari ini aku dapat berita yang sangat-sangat karut marut!
Sue is
Ira. Ira is Sue.
What
the ...!!!?
Sept
2012
Hari
ni aku kena reject dengan Sue. Okay, padan dengan muka aku. Siapa suruh tolak
dia dulu tanpa mendengar penjelasan dari dia? Sekarang terimalah balasannya.
Deserve you right, Syakif!
Aku
frust!
"Mesti kau menyesalkan
Syakif?" Sue terkekek-kekek ketawa. Dia
meneruskan pembacaannya tentang trainee mereka
di sana. Segalanya berjalan dengan lancar.
Syakif turut memuatnaik beberapa
keping gambarnya bersama trainee mereka. Di
akhir entrynya itu, Syakif sempat
menitipkan pesanan buatnya.
'Ira,
I know you're stalking my blog now. I miss you. Tak sabar nak jumpa kau!'
*Sue,
you blushing*
Hey,nice blog.Like this one.Simple and cute.Teruskan buat Cinta Belon Air! (saya suka!saya suka!) :D
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca cerita saya. :)
ReplyDelete