S
|
udah dua bulan dia berhubung
rapat dengan Syafiq dan selama itulah
dia sering keluar bersama Syafiq sehingga
ada gosip-gosip tentang mereka. Dia tidak kisah
dengan semua itu kerana dia menganggap
Syafiq itu kawannya. Tidak lebih dari
itu. Lagipula, hatinya belum bersedia untuk
menerima sesiapa.
"Sue,
you dengan Syakif macam mana?" Dia
membuka bicara petang itu. Sengaja dia
bertanya tentang Syakif.
"Macam
biasa sahaja. Kenapa?" Sue tidak
berminat mahu bercerita mengenai Syakif.
Cukup sekadar di pejabat dia perlu
menghadap Syakif.
"Tak
adalah dulukan you all selalu sama-sama.
Mana-mana pergi mesti berdua. Tapi sekarang
I tengok dah tak macam dulu. You
gaduh dengan Syakif ke?"
"I
tak gaduhlah. Masing-masing dah besar
Syafiq. Takkan nak berkepit lagi? Lagipun,
dia dah ada kekasih hatikan. Nanti
berperang pula. Kau pun tahukan?"
"Hmm,
you sure ke dia dah ada
'kekasih'?"
"Yes
I am. Dia yang bagitau dulu."
"Tapi
masa tu dia tak tahu siapa you."
Benar, Syafiq tahu ceritanya pada malam
itu. Dia juga sering bercerita tentang
dirinya kepada Syafiq.
"Biarlah
Syafiq. I malas mahu fikir lagi."
"You
steady dengan I ajelah susah-susah
sangat." Syafiq menyakat Sue. Bukan
Sue tidak tahu dia sudah bertunang.
"Nak
bagi I mampus ke? Kalau tunang you
kejar I dengan parang macam mana? I
tak nak mati lagi."
"Nanti
I tolonglah."
"You
nak tolong apa? You tu tahu tolong
tengok saja. Nanti I dah lunyai baru
you datang dekat." Gelak Sue apabila
membayangkan dirinya di kejar oleh Maira
sambil memegang parang. Pasti parah.
"Ha!
Tu yang gelak sorang-sorang kenapa? Gila
apa." Teguran Syafiq mematikan bayangannya.
"Ish!
I terbayang Maira kejar guna parang.
Yah, Sue!! Berani kau rampas tunang
aku!" Sue melakonkan gaya seorang
perempuan membawa parang sambil menjerit
mengejarnya. Mereka tergelak membayangkan situasi
itu andai benar-benar berlaku.
Tidak
jauh dari tempat mereka, sepasang mata
asyik memerhatikan setiap gerak geri
mereka. Dia bergegas bangun dan pulang.
"Tapikan
Sue, kalau si Syakif tu nak dekat
kau, means orang yang dia tunggu tu
kau, kau akan terima dia tak?"
Syafiq berbalik pada persoalan tadi.
"Tak
habis lagi fasal benda ni?"
"Aku
curious nak tahu." Sengihnya memanjang.
"Depends.
Tengok macam mana dia bagitahu aku
dan cara dia yakinkan aku."
"Jadi,
kau akan terima dialah?"
"Kan
aku cakap, depends macam mana."
"Huyoo...
Sue dah pandai nak romantik-romantiklah.
Tak sangka aku dah besar rupanya kau
ni."
"Diamlah
kau. Aku tumbuk kau baru tahu."
Sue sudah memerah mukanya di usik
begitu.
"Nanti
aku tolong cakap dekat Syakif eh kau
nak yang romantik-romantik. Kau nak dekat
mana? Restoran, beach, or... Ha! Shopping
complex!" Syafiq makin seronok mengenakan
Sue.
"Syafiq!!!"
***
'Aku nk jmpa kau ptg
ni. Tmpt biasa.'
Sue
membaca pesanan yang di terimanya sebentar
tadi. Berulang kali dia membacanya seolah-olah
apa yang tertulis itu sesuatu yang
amat sukar difahami.
Dia
bersiap-siap untuk keluar berjumpa Syakif.
Entah mengapa debaran di dadanya kuat
bergetar. Dia cuba menenangkan diri ketika dalam
perjalanan dengan memasang radio. Namun
jantungnya lebih pantas berdegup. Lagu-lagu
yang berkumandang langsung tidak membantu
menenangkannya.
"Rileks
Sue. Tak ada benda pun. Sekadar nak
jumpa sahaja." Dia menarik nafas dalam.
Tiba-tiba dia teringat kata-kata Syafiq
tempoh hari. 'Macam mana kalau dia
lamar kau?'
"Ish!
Tak mungkinlah." Sue keluar dari
kereta dan menuju ke restoran yang
sudah tidak asing baginya.
"Hai
Sue!" Raisya menyapanya.
"Hai
kakak ipar. Bisness okay?"
"Eh
belum kakak ipar lagi okay. Alhamdulillah
semuanya berjalan dengan baik sekali. Lama
tak nampak. Busy dating ya?" Risya
mengusiknya.
"Banyaklah
kau. Tanyalah tunang kesayangan kau tu. Dia.
Bagi kerja dekat aku macam tak ada
hari lain je."
"Tunang
aku, abang kau, kan?" Sue mengangguk.
"So jangan nak kata tunang aku je.
Abang kau memang macam tu." Mereka
berbual seketika sebelum Sue bertanya
tentang Syakif.
"Dia
dah sampai?"
"Dah.
Ada dekat dalam tu. Pergilah jumpa
dia. Jangan gaduh-gaduh pula." Airisya
memesan. "Nanti habis semua pelanggan
aku lari." Sambungnya dalam nada. Bergurau.
"Sorry.
Lama ke tunggu?" Sue melabuhkan
punggung di hadapan Syakif.
"Tak
jugalah. Aku pun baru je sampai."
"Kenapa
kau nak jumpa? Ada hal mustahak
ke?"
"Tak
adalah aku cuma... Kau tak pesan
apa-apa?" Syakif tidak jadi berterus
terang.
"Tak
apa. Nanti aku pesan." Mereka diam.
Masing-masing cuba menyusun ayat agar
suasana tidak menjadi kekok.
"Sue!"
"Hmm."
Sue masih tidak memandang Syakif.
"Aku
ada sesuatu nak cakap dengan kau."
Akhirnya Syakif memberanikan diri.
"Apa
dia? Cakaplah." Sue mengangkat mukanya.
Mereka bertentangan mata seketika.
"Aku
suka kau. Dah lama sangat aku simpan
perasaan aku dekat kau." Syakif
melepaskan nafas lega selepas meluahkan
perasaannya.
"Err...
Kaukan dah ada steady girl."
"Aku
minta maaf fasal tu. Sebenarnya masa
tu aku cakap fasal kau. Yela, kau
pun tahu yang aku bukan tahu kau
tu Ira masa tu. Aku pun tak
sangka yang sebenarnya aku dah jumpa
dengan orang yang aku tunggu selama
ini.
"Kalau
aku kata aku tak boleh terima
kau?" Sue menduga.
"Kenapa?
Kau dengan Syafiq ke sekarang?" Syakif
agak kecewa.
"Nope.
Aku belum bersedia untuk disakiti lagi
sekali. Hati aku baru nak pulih."
"Sue...
Aku minta maaf fasal tu. Aku tak
ada niat pun nak buat macam tu."
"Ye
aku tahu tapi aku masih tak dapat
nak lupakan apa yang terjadi. Lepas
kau pergi malam tu, aku rasa macam
bodoh sangat. Niat aku cuma nak
bagitahu hal sebenar je. Tapi orang
salah sangka."
"Aku
tak tahu."
"Enough
Syakif. Aku tak nak cakap fasal ni
lagi. Aku minta maaf tak dapat nak
terima kau. Aku pergi dulu."
Syakif
hanya melihat Sue keluar tanpa menahannya.
No comments:
Post a Comment