"Biarlah dia orang yang
uruskan. Aku malaslah nak masuk ofis."
Sue masih tidak berganjak dari meja
itu.
"Malas ke sebab Syakif?"
"Kau ni sibuklah tanya
macam-macam. Kau tak suka aku duduk
sini, cakap! Aku boleh keluar." Sue
melenting. Dia berang setiap kali orang
berjumpa dengannya mesti bertanya tentang
Syakif. Apa dah tak ada orang lain
lagi ke nak tanya?
Airisya terkejut dengan reaksinya.
Dia jadi serba salah pula. Bukan dia
sengaja mahu melenting di hadapan Airisya
tetapi ianya berlaku terlalu pantas.
"Risya, aku minta maaf."
Sue menghampiri Risya. Airisya masih diam
terkaku. Dia sangat terkejut ketika ini.
"Risya..."
"Sue, tak apa. Aku
okay." Airisya tersedar dari diam yang
panjang.
"Risya, aku tahu kau
terkejut. Sorry, aku tak sengaja." Sue
memujuknya.
"Sue, kau okay? Tak pernah
aku tengok kau melenting sampai macam
tu sekali. Ada apa-apa yang terjadi
ke?"
"Hmm... Aku cuma teremosi
sikit. Aku geram sebab mana-mana aku
pergi mesti orang sebut fasal si
Syakif tu."
"Ceritalah dekat aku apa
yang jadi." Sue menceritakan segala
yang terjadi kepadanya termasuklah hal yang
berlaku seminggu yang lalu.
"Jadi, sebab tu, kau tak
masuk ofis minggu ni?"
Sue mengangguk. "Aku sayang
dia tapi aku tak yakin dengan dia.
Aku takut keputusan yang aku buat tak
berpihak kepada aku."
"Tapi dia terlalu mencintai
kau, Sue. Bertahun dia tunggu kau."
"Macam mana aku nak percaya
perempuan yang dia tunggu tu aku?
Sedangkan aku yang dah lama dia kenal
ni pun dia boleh lupa."
"Aku tahu kau kecewa bila
tahu dia tak kenal kau. Tapi aku
yakin dia memang sayang sangat dekat
kau." Risya cuba meyakinkan Sue.
Dia tidak tahu mahu berbuat
apa. Hatinya masih merasa sakit apabila
cintanya ditolak bulat-bulat tanpa mengetahui
duduk perkara sebenar, dan sekarang mahu
menagih cintanya kembali.
***
Petang itu, Syafiq memandu
keretanya menuju ke restoran Chingu. Tengah
hari tadi Sue menghantar pesanan ringkas
kepadanya ingin berjumpa. Ada hal nak
bincang katanya.
"Hoi Sue!" Syafiq menuju
ke sebuah meja kosong di luar
restoran.
"Kejap lagi aku datang. Kau
nak apa-apa tak?"
"Teh tarik satu. Kau
belanja." Sue mencebik. Ambil kesempatan
betul mamat ni!
"Nah air kau." Sue
meletakkan segelas teh tarik di hadapannya.
"Marahlah tu.". Tanpa berlengah,
Syafiq menghirup teh tariknya penuh nikmat.
"Kenapa kau nak jumpa
aku?" Sambungnya setelah habis meneguk
airnya sehingga setengah gelas.
"Gelojoh!"
"Sedap pula aku rasa teh
tarik ni hari ni."
"Memanglah sedap kalau tak
guna duitkan."
"Hehehe. Apa kau nak cakap
dengan aku macam tak menyempat nak
jumpa?"
“Syakif
melamar aku.” Sue
mula serious.
"Bila?"
"Minggu lepas. Sebijik apa
yang kau cakap kat aku hari tu."
"Itulah kau, aku dah cakap
tak nak dengar. Habis apa kau
jawab?"
"Aku tak terima dia."
Jawab Sue tenang.
"What?! Kau gila apa."
Agak dah, mamat ni mesti over punya.
"Woi, kau tu yang gila,
gila!" Sue menampar bahunya. "Kan
aku dah cakap, aku akan terima kalau
dia dapat yakinkan aku."
"Kau nak macam mana lagi
untuk dia yakinkan kau?" Peliklah aku
dengan perempuan ni. Aku ajak jadi
steady girl aku tak nak. Hoi! Kau
tu dah bertunang, mangkuk.
"Entah. Kalau dia betul-betul
suka aku, mesti dia akan cuba
mengorat aku lagi, kan?"
"Hmm... Kalau dia nak
mengorat kau lagi. Kalau aku, jangan
harap. Kau pun bukan lawa mana
pun." Syafiq selamba meluahkan pendapatnya.
"Mangkuk hanyun betul mamat
ni! Penat aku je ajak dia jumpa.
Tak boleh pakai rupanya. Membazir teh
tarik betul. Bukan menyenangkan, tapi
menyusahkan orang lagi adalah." Geram
betul dia.
"Rileks la kawan. Okay,
nanti aku suruh Syakif mengorat kau
ye."
"Bodoh betul! Geram betul
aku dengan dia ni. Kau pergi
baliklah." Sue menghalaunya. Makin lama
dia dekat sini, makin sakit jiwa aku.
"Tak baik tau halau
pelanggan. Bos, tengok pekerja bos
ni!" Syafiq memanggil Airisya.
"Banyaklah kau punya pelanggan.
Kalau kau pelanggan, bayar duit teh
tariklah!" Sue menolaknya ke kereta.
"Okaylah, aku balik dulu.
Nak pergi jumpa Syakif cakap yang kau
suruh dia mengorat kau balik." Sue
sempat menunjukkan penumbuknya ke arah
Syafiq sebelum berpatah balik ke kedainya.
No comments:
Post a Comment