“Tak,
yang kau ke
hulu, ke hilir
macam nak pergi
ambil exam kenapa?”
Airisya rimas melihat
Sue yang tidak
keruan itu. Mahu
sahaja dia mengikatnya.
“Kau tu baru
nak tunang dengan
Syakif, bukan ‘oppa’
Korea kau tu.
Cuba duduk diam-diam
boleh?”
“Kalau
dengan oppa Korea,
aku terus kahwin
tak payah nak
tunang-tunang.” Dia menayang
gigi. “Aku dah
cuba, tapi tak
boleh. Betul ke
apa yang aku
buat ni?”
“Hoi
bedah! Kau boleh
tanya soalan kelakar
seram ni dekat
aku? Kalau semalam
kau tanya bolehlah
aku jawab.” Hampir
sahaja dia memukul
Sue.
“Kau
ingat tak semalam?”
Sue bersimpuh di
sebelahnya.
“Ingat
apa?” Airisya cuba
mengingati hal yang berlaku semalam.
“Kau
tak keluar dating
ke hari ni,
Sue?” Airisya sedang
sibuk menaip sesuatu
di komputer ribanya
menyoal.
“Tak.
Syakif ada hal.”
Sue menongkat dagu.
Seharian dia berada
di restoran milik
Airisya. Malam ini
pelanggan mereka lebih
ramai berbanding hari-hari
lain. Mungkin mereka
meraikan sesuatu?
“Hal?
Dia nak buat
surprise kat kau
kot?”
“Mamat
tu?” Airisya mengangguk.
“Mengarut!”
“Kenapa
pula?”
“Mamat
tu nak buat
surprise dekat aku?”
Airisya mengangguk lagi.
“Dia
bukan seorang yang
romantik untuk buat
begitu.”
“Mana
kau tahu dia
tak romantik?”
“Aku
tahulah.” Sue melangkah
ke seorang pelanggan
yang memanggilnya. Tidak
sempat dia bertanya,
lampu di restoran
itu terpadam. Restoran
mereka menjadi gelap
gelita! Sungguh, dia
tidak nampak apa-apa.
Mak takut!!!
Sue
cuba meminta bantuan
dari pelanggannya tadi
tetapi nasibnya begitu
malang kerana pelanggan
itu sudah tiada.
Dia cuba melangkah
mengikut kata hatinya.
Dalam
keadaan kelam kabut,
Sue merasakan tangannya
di tarik seseorang. ‘Alamak,
macam mana ni?
Nak ikut ke,
nak duduk sini
je’ Bisiknya.
Belum
sempat dia menjerit,
sebuah lampu terpasang
di hadapannya. Dia
menarik nafas lega.
Dia membuka langkah
ke pintu utama
namun terhenti apabila
dia mendengar muzik
berkumandang.
Bila terasa
rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
“Syakif!”
“Fashrina
Suraya Mohammad, sudi
tak kau kahwin
dengan aku? Aku
bukan seorang yang
sempurna tapi kau
dah cukup untuk
menyempurnakan aku. Aku akan cuba
jadi yang terbaik
untuk kau.” Syakif
menyerahkan sejambak bunga
kepada Sue.
“Aku
mungkin bukan kekasih
yang baik tapi
aku seorang kekasih
yang setia. Bertahun-tahun kau
tunggu kau. Sekarang,
aku tak nak
bertangguh lagi.”
Syakif
mengeluarkan sesuatu dari
poket seluarnya. “Sue,
will you married
me?” Dia melutut
di hadapan Sue.
***
Mereka
tersedar dari alam fantasi
apabila mendengar ketukan
di pintu. Airisya
bergegas bangun membuka pintu.
Sue mula gelisah
dan menyiapkan diri.
“Janganlah mak si
Syakif tu yang
ketuk. Mati aku.”
“Kau
orang buat apa?
Amir ketuk banyak
kali baru buka
pintu.” Amir muncul
dari luar. Fuh!
Ingatkan siapalah tadi.
“Sorrylah.
Itu, adik Amir
yang ajak Risya
berangan.” Airisya menuduhnya.
“Apa
pula!” Sue berpura-pura
merajuk.
“Sudah-sudah.
Family Syakif dah
sampai. Kejap lagi
dia orang akan
naik. So, siap
apa yang tak
siap. Get ready.
Jangan nak berangan
je.” Amir memberi
arahan.
Beberapa
minit menanti, akhirnya
Sue dan Syakif selamat
di tunangkan petang
itu. Segalanya berjalan
dengan lancar. Alhamdulillah. Sue
dan Airisya turun
untuk berjumpa dengan
sanak-saudara yang lain.
“Sue!”
Amir menarik adiknya
ke luar rumah.
“Ada
apa? Orang penatlah.”
Sue membiarkan Amir
menariknya.
“Sue!”
Dia menoleh. Malangnya,
tidak sempat dia
bersuara, sebiji belon
air mengena batang
tubuhnya. Habis bajunya
lencun.
“Yah!!!”
Sue berang. Dia
mengejar Amir yang
sudah jauh berlari.
“Siap kau, Amir
Iskandar! Aku dah
lama tak tunjukkan
skill aku ni.” Dia
mengambil sebiji belon
yang sudah tersedia
di laman rumahnya.
Sasarannya, Amir!
“Ambil
kau!! Yes, mengena.”
Jeritnya menunjukkan kemenangan.
Kegembiraannya tidak terhenti
di situ. Dia
terlihat Syakif menuju
ke arahnya. Dia
menghadiahkan senyuman manis
kepada Syakif.
“Dalam
kiraan, satu… Dua…
Tiga!!!” Sue membaling
belon di tangannya
ke arah Syakif.
“You
win, Fashrina Suraya.
Ternyata kehebatan yang
kau ada, tiada
tandingannya.” Dia seolah-olah
terlupa akan musuh-musuh
yang lain sedang
menunggu untuk menyerang.
“Patutlah
senyuman kau lain macam.”
Syakif mencapai sebiji
belon di hadapannya.
Tidak sempat dia
bertindak, bertubi-tubi belon
air mengenanya dan
Sue.
“Kau
orang ingat kita
orang nak lepas kau
berdua macam tu je? Rasakan
ni.” Amir menjadi
ketua mereka membaling
belon ke arah
kami.
“Tahniah!!”
“Okay,
aku give up!”
Mereka di serang
dari setiap sudut
yang ada.
No comments:
Post a Comment