“Amboi,
happy je muka.”
Amir menegurnya dari
belakang.
“Amir,
kau pergi mana-mana
ke hari ini?”
Sue menghampiri Amir
di meja makan.
“Emm…
Jemput Kif jap
lagi. Kenapa?”
“Nak
ikut. Ajak Airisya
sekali.”
“Kau
nak ikut? Macam
pelik je bunyinya.”
“Eh,
tak mahulah. Aku
tunggu dekat restoran.
Kau bawa Syakif
tau.”
“Pulak
dah? Tadi kata
nak ikut, ini
tak jadi pula.
Mana satu kau
ni?”
“Ala
kau jangan banyak
tanya boleh? Datang
jela. Itu pun
nak bising.” Sue
menjelingnya.
“Jeling-jeling. Aku
tak nak datang
tahulah.”
“Ala
datanglah. Please?” Sue
merayu.
“Tengoklah
macam mana nanti.”
“Datang!!!”
Laung Sue dari
pintu rumah. Dia
mahu berjumpa Syakif
untuk menjalankan misinya.
“Fiq,
kau rasa, apa
reaksi dia?”
“Entah.
Tapikan, aku tak
sangka dia bagi
kau diari tu.”
Syafiq masih duduk
goyang kaki sejak
sampai tadi. Aku
dah cakap, mamat
ni memang tak boleh
buat majlis. Langsung
tak menolong!
“Tanya
kau, macam tanya
kucing.” Syafiq tiba-tiba
bangun. “Eleh, itu
pun nak sentap!”
Cebik Sue. Dia
memerhati Syafiq di
luar restoran.
“Woi
minah, dia orang
dah sampai!” Jeritnya.
“Okay!”
Jawab Sue acuh
tidak acuh. Sedangkan
dalam hatinya penuh
rasa gemuruh.
“Ha
Sue, kita orang
dah sampai.” Amir menegurnya.
“Apa yang penting
sangat sampai tak
boleh tunggu lain
kali?”
“Kecohlah
kau. Jom duduk
sana dulu.” Dia
melangkah ke sebuah
meja berhampiran.
“Syakif,
ni diari yang
kau bagi dekat
aku. Terima kasih.”
Syafiq di sebelah
Sue masih tersengih
sedari tadi.
“Sama-sama.”
Syakif membuang pandang
ke arah Syafiq.
“Kau buat apa
dekat sini?”
“Kau
tak tahu ke,
aku dengan Sue?
So aku dekat
sini teman dia.
Got problem?” Sengaja
dia mencari fasal
dengan Syakif.
“No. No at all.”
“Hoi
mangkuk!” Sue mengetuk
kepala Syafiq. “Mulut
tu agak-agak ye.
Berapa banyak insurans
kau bayar untuk
mulut kau tu?”
“Muka
lawa tapi sekali
dia bagi, boleh
masuk hospital aku.”
“Sudah,
tak payah nak
gaduh.” Amir bersuara.
“Apa
hubungan kau orang?”
Asalnya dia begitu
gembira apabila diberitahu
Sue mahu berjumpa
dengannya tetapi apabila
ternampak Syafiq, moodnya
berubah.
“Tanyalah
Amir. Dia yang
rancang semua ini.
Aku pun tahu
lepas mamat ni
terlepas cakap yang
dia tengah dating
dengan tunang dia.”
Sue menjawab. Sengaja
dia mahu mengenakan
Amir.
“Tak
kisahlah apa pun.
Sekarang ni, kau
nak cakap apa
dekat Syakif?” Airisya
menenangkan keadaan. Dia
tahu kehadiran Syafiq
adalah rancangannnya bersama
Amir.
“Aku
nak bagi diari
tu je. Aku
dah baca semuanya.”
“So,
kau boleh terima
aku?” Lama Sue
mendiamkan diri.
“Cepatlah
Sue! Apa keputusan
kau? Kau memang
suka buat orang
tunggu-tunggukan.” Syafiq sudah
tidak sabar menunggu
keputusannya. Macamlah aku
nak pilih dia.
Suka over tau
dia ni.
“Kau
diam boleh?” Sue
menjelingnya. Syakif masih
tenang di hadapannya.
“Kau
lembab sangat, perempuan.
Kalau akulah, aku
dah humban kau
dalam tong sampah.
Apa tu orang
kata, ku campak
cintamu di dalam
tong sampah? Lebih
kuranglah.”
“Sebab
tu, aku tak
nak dekat kau!”
Mereka sudah terbahak-bahak ketawa
melihat aksi Syafiq
dengan gayanya mencampak
sampah ke dalam
bakul. Parah mamat
ni. Macam mana
dia boleh ada
tuning?
“Sue?”
Amir memanggilnya setelah
keadaan kembali tenang.
“Ye,
Sue terima.” Syafiq
sudah bertepuk gembira
di sebelahnya.
“Jangan
over boleh tak?”
Sue menegurnya. Syafiq
kembali duduk di
tempatnya.
“Ni
diari buruk kau
tu, eh?” Amir
mengambil diari di
depan Syakif.
“Siot
kau!”
“Yela,
dari dulu sampai
sekarang. Kau simpan
lagi?”
“Mana
kau tahu fasal
diari ni?”
“Dulu,
masa tengah lepak-lepak.
Kau ingat tak,
budak ni merengek
nak aiskrim?” Amir
membuka cerita lama.
“Ingat.”
“Masa
tu kau pergi
teman dia, kan?”
Syakif mengangguk.
“Masa
itulah aku baca
diari kau dan
dari situlah aku
tahu yang kau
gilakan adik aku.”
“Kurang
asam kau baca
diari aku.” Syakif
mengejar Amir yang
sudah lari menyelamatkan
diri.
No comments:
Post a Comment