Aku ini, belajar tidaklah pandai sangat.
Memandai-mandai bolehlah. Sekadar cukup-cukup makan sahaja. Sekarang, aku sudah bekerja. Ops! Jangan excited dahulu. Aku belum jadi manager artis lagi. Aku hanya
seorang guru matematik di sebuah pusat
tuisyen yang di
miliki kakak iparku. Kerja sementara
sahaja. Setiap hari,
aku akan ke
kelas tuisyen untuk berjumpa dengan anak-anak
aku. Bukan, anak-anak murid aku.
Aku...’
“Pin!!! Pinnn!!!” Aku tersedar dari mimpi. Aku menoleh
ke belakang sambil mengangkat
tangan tanda meminta maaf.
“Hoi, nak berangan balik rumahlah.
Jangan duduk tengah jalan!”
Jerit seorang pemandu yang aku rasa budi bahasa
budaya kita yang
dia miliki tidak
cemerlang. Eh, budi
bahasa dia yang tidak cemerlang ke aku yang sememangnya bersalah?
Baru aku tersedar, rupa-rupanya aku masih
di lampu isyarat
jalan raya. Boleh
pula aku berangan? Alamak, buat malu
sahajalah aku ini. Bukan sekali,
tapi sudah banyak kali aku berangan di traffic light ini. “Maaf
ye, bang! Lain kali
saya buat lagi.”
Laungku pantas. Pemandu itu hanya mampu menggeleng
kepalanya melihatku. Bukannya aku tidak kenal dia
siapa. Orang taman
perumahan aku juga. Sengaja
mahu bikin panas
dia tu. Kalau tidak
mengenakan aku memang tidak
sempurna agaknya hidup dia.
“Oi, selalu ke
kau buat kerja
macam ni?” Tegur
satu suara di
belakangku. Aku menoleh
sekali lagi. Tak ada
orang! “Siapa pula yang bercakap
tadi?” Bisikku perlahan. “Takkan siang-siang ada hantu? Ish!
Mengarut. Mana ada
hantu dalam dunia ini.” Sambungku.
“Sini!” Tegurnya lagi seakan-akan tahu apa yang sedang aku fikirkan. Aku mencari
suara itu. Macam kenal
sahaja suara itu.
Aku memandang seorang pemuda yang
aku rasa sebaya denganku di perhentian bas yang
berhampiranku itu. “Awak ke
yang bercakap dengan saya?”
Tanyaku teragak-agak.
“Sayalah.
Mari sini.” Arahnya.
Suka-suka hati sahaja mengarah aku. Bagi
sebiji tahulah. Ingatan untuk pembaca semua! Sekiranya
ada orang yang tidak
dikenali memanggil anda, tolonglah jangan dilayan!
Aku menasihati orang jangan melayan tetapi aku pergi juga. ‘Kes aku
lain. Ini cerita
bukan realiti. Tolong jangan
samakan, boleh tak?’
“Awak siapa?” Aku memberanikan diri menghampirinya. “Kau tak
kenal aku?” Pertanyaanku di balas dengan
pertanyaan. Ingat ini
game apa main soal-soal
tanpa jawapan? “Siapa kau? Maaflah aku tak
kenal kau. Kau ni popular sangat ke
sampai aku kena
kenal? Tak sangka pula aku masih tidak
mengenali kau kalau kau seorang
yang tersangat popular. Kesian kau.”
“Kau memang tak pernah berubah, eh? Sama
sahaja aku tengok
kau ni. Cubalah matang sikit.” Dia yang masih berhelmet di kepala menasihatiku.
“Siapa kau ni?
Macam mana pula
kau boleh tahu aku
dari dulu macam
ni? Kau ni stalker ke? Eii,
seram aku dengan
kau ni. Sudahlah
berhelmet penuh, tak nampak muka.”
Aku hendak meninggalkannya
di situ.
“Ashiya!”
Dia memanggil namaku. Pergerakkanku terhenti seketika. Terkejut apabila mendengar dia menyebut
namaku. Pandanganku tepat ke
arahnya.
Aku merenungnya tajam!
“Siapa kau, ha? Bagaimana kau tahu nama aku? Nampaknya
aku tersangatlah popular sehinggakan kau mengetahui
namaku. Oh, tidakku
sangka!” Aku mula
membayangkan sesuatu. Aku ke sebuah shopping kompleks yang dipenuhi dengan
pengunjung dalam dan
luar negara, kemudiannya semua orang memanggil-manggil
namaku. Indahnya dunia!
“Woi, berangan lagi!” Strreettt angan-anganku musnah. Spoil betullah
dia ni. Okay,
berbalik kepada persoalan tadi. “Boleh
tak kau beritahu sahaja dekat
aku, siapa kau sebenarnya? Aku penatlah
mahu bersoal jawab. Aku
tidak ada masa
ni.” Aku sudah tidak dapat
menahan kemarahan. Ingat aku ada
masa nak layan dia?
“Sungguh
kau tak kenal aku?”
“Kalau aku kenal kau, tak adalah
aku bertanya.”
“Lain kalilah aku bagitahu
kau. Aku nak
gerak dulu. Bye!”
Laju sahaja dia
memecut motosikalnya meninggalkan aku yang
terpinga-pinga di bahu
jalan. Tidak!!! Nanti orang
ingat aku frust tepi
jalan kena tinggal dengan boyfriend! Jangan salah
sangka ya. Saya tidak
kenal siapa orang itu.
***
Aku sampai di
pusat tuisyen agak lewat hari
ini. Ini semua
salah Mr. Secret
itulah. Kalau dia
tidak berteka-teki dengan aku
di bus stop tadi,
pasti aku tidak akan terlewat. Aku mempercepatkan langkahku memanjat anak tangga. Aku membuka perlahan pintu pejabat kakak iparku.
“Ha!! Apa yang kau hendap-hendap tu?” Akibat
terkejut dengan sapaan ‘manja’ itu, aku
melompat sedikit ke belakang.
“Ish, Kak Mai
ni, kalau nak buat super spontan pun, janganlah menjerit dekat telinga orang. Terkejut
Naz.” Aku berpura-pura baik di
hadapannya menayang gigi putihku.
“Ingat awak tayang
gigi tu, akak tidak
jadi marahlah?” Kak Mai, kakak
iparku merangkap isteri kepada abangku. Mestilah isteri abang
aku, takkanlah isteri papa aku!
Mengamuk mama nanti. Tersengih-sengih
aku menahan gelak. “Apa
yang Naz sengih-sengih tu?”
“Err...”
Aku menjadi gugup serta-merta
apabila terpandangkan wajah bengis-bengis manis Kak Mai. “Tak ada apa-apa
Kak Mai. Sorry.” Sambungu perlahan. Aku menunduk
sedikit.
“Kenapa lambat?” Tanya Kak Mai
tenang.
“Tadi ada orang
panggil tepi jalan.”
“Orang panggil, atau Naz
berangan lagi di
tepi jalan.” Akak
aku yang seorang ni, walaupun sudah
beranak dua tetap
cantik tetapi kalau bab-bab serkap jarang aku, memang hebat. No wonder dia kahwin dengan abang aku.
“Mana ada kak.
Betul ada orang
panggil Naz tepi jalan tadi.
Iyalah, mula-mula tu memanglah
berangan.” Aku menceritakan apa yang terjadi di bahu
jalan sebentar tadi sehingga menyebabkan kelewatanku hari ini.
“Yang peliknya kak, dia
boleh tahu nama
Naz. Dia panggil Naz tadi.
Ashiya!” Aku melakonkan
semula bagaimana Mr. Secret memanggilku.
Sambil berkata,
“Sudah! Naz tu kalau di ajak
bercerita memang tidak
pernah habis. Sekejap lagi, selepas Dini keluar, awak masuk.
Hari ini exam mesti di buat
juga untuk budak-budak itu. Tidak
lama lagi mereka
sudah mahu start peperiksaan di sekolah,” Kak
Mai menyerahkan selonggok
kertas kepadaku.
Aku mengintai
di sebalik pintu
kelas. Seperti bertih
jagung mulutku berkata-kata,
“Dini ganti kelas Naz ke Kak Mai?” Kak
Mai mengangguk. “Habislah Naz kena ceramah percuma dengan dia nanti. Alahai telinga.
Kenapa Kak Mai
suruh dia yang
ganti?” Aku merungut perlahan.
“Itulah siapa suruh lambat.”
Kak Mai mengapi-apikan
aku. Sengaja betul! Si Dini
tu, kalau sudah
membebel memang tidak ingat dunia.
Kalau ada ribut pun, belum
tentu dia
mahu berhenti. Makin menjadi-jadi
adalah.
Pintu kelasku di buka
dari dalam.
Dini muncul di
hadapan pintu kelas. “Alamak kak, dia
keluar dah!” Aku menggaru-garu
kepalaku yang tidak
gatal mencari idea untuk mengelat. Idea-idea, datanglah cepat.
Dini melihat
Naz dengan pandangan
tajam menikam. “Ha, Naz baru
sampai? Ingatkan sudah tidak
mahu datang mengajar
lagi. Lain kali, kalau hendak
lewat ke, berhenti
ke, dating ke,
telefonlah dahulu. Tidak adalah
aku menjadi bidan terjun
kau. Kalau dapat
gaji lebih tidak
mengapalah juga. Jangan katakan gaji, aku
kena pula melayan
budak-budak yang banyak soalan
itu. Aku bukannya
apa...”
Aku sudah kata,
dia kalau bercakap
memang tidak ingat
siang atau malam. Kalau
teruskan lagi ni,
mahunya kau orang bakar
buku ini. Jadi, biar aku
sekat dia dahulu.
“Kak Dini, sudah-sudahlah merungut. Nanti Naz
belanja makan, ya?” Aku
cuba memujuknya.
“Kau ingat aku
budak
kecil ke nak main suap-suap?” Aik, tak jalan
ke gaya
yang ini? “Kau hendak
belanja
akak di mana?” Sambungnya
lagi. Ingatkan tidak
mahu tadi. Rupanya... Biasalah, malu tetapi
mahu.
“Akak cakap sahaja
di mana, nanti saya sampai!”
Kak Dini
menyoalku, “Betul?” untuk
meminta kepastian. Aku mengangguk
lemah.
“Okay, nanti akak
roger kau.”
“Sudah! Ashiya Nazratul, pergi masuk
ke
kelas, mulakan ujian
mereka.” Kak Mai mengingatkan aku. Lupa pula
ada kelas tengah tunggu.
“Baik bos!”
***
“Hai, jumpa lagi
kita.” Mr. Secret
menegurku. Mamat ini
lagi. Kenapalah aku mesti
berjumpa
dengan mamat ini dekat traffic light? Cubalah di tempat yang romantik
sedikit.
Aku memberi
salam lembut sambil
menjeling. “Assalamualaikum.” Biarlah
dia terasa.
Amboi, main kasar minah ni. Tercekik aku mendengar. Tidak mengapa, kita lihat siapa yang akan terkena. “Waalaikumsalam, Puan Ashiya!” Balasku selamba.
“I’m sorry. Aku bukan puan ya.
Aku masih suci
bersih.” Aku menarik
nafas perlahan.
“Ingatkan
puan. Maaflah ye. Nak
ke mana?”
“Suka hati akulah. Kau sibuk kenapa?”
“Hai, bertanya pun tidak
boleh? Jual mahal.”
“Biar di jual
mahal asalkan tidak terlalu
murah.”
Dia membalas
pedas, “Tetapi, mahal sangat
pun
tidak bagus, nanti tidak
laku. Tidak takut ke
kalau tidak ada
orang nak?” Mulut tidak
reti hendak cover langsung!
Aku senyap
seketika sebelum kembali
menjawab. “Biar tidak laku
asal ada maruah.
Terjaga rapi tanpa
ada sebarang gangguan dan celaan.”
Aku menarik nafas
lega. Aku meneruskan perjalanan apabila lampu sudah
bertukar hijau semula. Tidak kuasa
aku hendak melayan mamat ini.
Tidak fasal-fasal nanti aku terlambat
lagi. Habis aku kena sidai
dengan Kak Mai.
Mr. Secret masih
mengekoriku. “Kau tak kenal
aku ke?”
“Berapa kali hendak cakap? Aku kenal dengan orang
yang popular
sahaja.” Aku mengetap
kuat gigiku.
“Aku pun popular juga.”
Aku mencebik. “Kau buat apa
sampai kau popular
sangat?”
Sambil mendabik
dadanya, “Aku juara menyanyi.”
Dia memberitahuku. Aku cuba untuk mengingati kembali setiap rancangan
realiti menyanyi yang aku
tahu. Tetapi, dari raut
wajahnya yang suam-suam kuku aku
nampak, tidak ada
pula menyerupai penyanyi-penyanyi terkenal yang aku tahu. Dia
ini masuk rancangan
apa?
Dia bertanya,
“Kau nak tahu rancangan
apa yang aku
masuk?” Macam tahu-tahu sahaja aku
mahu tanya rancangan apa
yang sudah dia
ikuti. “Masa aku darjah
lima dahulu, aku masuk
pertandingan menyanyi
di sekolah.” Dia
menjawab seperti tiada
apa-apa yang berlaku. Aku rasa macam mahu langgar
dia sahaja.
Aku melepaskan
nafas deras sambil
mencebik. “Cakap macam masuk
Akademik Fantasia
sahaja. Kalau setakat pertandingan menyanyi darjah lima, kawan
aku pun juara juga dahulu.”
Teringat aku kepada kawanku
yang sudah lama
menghilangkan diri. Sejak
memenangi pertandingan itulah
aku tidak berjumpa
dengannya lagi. Lupa diri betul kawan
aku yang seorang
itu.
“Really?”
Mr. Secret membalas sinis. Minah
ni betul-betul tidak kenal aku
ke? Siap boleh
bercerita fasal kawan
dia lagi. Tidak
sedar lagi ke
dia ni.
“Betullah.
Tetapi aku sudah
lama tidak berjumpa dengannya. Lupa diri sejak memenangi
pertandingan itu. Tidak
patut betulkan dia tu.”
Senang sahaja aku bercerita
kepada orang yang tidak aku
kenali. Bahaya sungguh! Adik-adik, jangan ikut perangai saya ini
tahu.
“Mungkin
dia ada hal
yang tidak dapat
dielakkan?”
“Entah. Baiklah, aku sudah
sampai di tempat
kerja aku. Terima
kasihlah sebab temankan aku.” Aku
meletakkan motosikalku di tempat biasa.
Setelah siap menguncinya,
aku ingin melangkah
naik.
“Kau kerja sini?”
Aku melambainya
sambil menjawab ringkas, “Ha’ah. Okaylah, naik dulu.”
Sebaik sahaja kelasku
tamat, aku bergegas
ingin pulang. Aku mencapai kunci motor
dan helmetku di atas
meja berhampiran pintu.
“Naz, jangan lupa janji kau dengan akak hari itu.”
Jerit Dini dari
dalam. “Ish, dia
ni kalau bab janji
orang sentiasa ditepati tapi janji dia,
sekadar dipinggiran!” Balasku perlahan antara dengar dan
tidak.
“Apa kau kata?”
Soal Dini. Naz
menghela nafas panjang. “Nasib dia
tidak dengar!”
Bisiknya perlahan sebelum
menyambung, “Tak ada apa
kak. Saya kata, kasut
ni, masa inilah
dia susah nak masuk.”
Bulat mulutnya
mendengar jawapanku. “Akak ingat kau kutuk
akak tadi. Jangan lupa tau?” Dini mengingatkanku
sekali lagi. Mentang-mentang
kau lagi tua dari
aku, kau ingat
kau boleh over sangat?
Setakat sembilan bulan tua
sahaja sudah mahu
aku memanggilnya kakak. Pelik-pelik
sahaja.
“Okay kak. Balik dulu!”
Aku terus ke motor kesayanganku.
Dari jauh, aku ternampak
sebuah motosikal yang amat aku
kenali. “Apa Mr. Secret ini
buat
di sini? Tidak balik ke dari
tadi?” Aku menghampirinya.
Aku menepuk
perlahan bahunya. “Macam ini rupanya
muka kau.”
Dia menoleh ke
arahku. “Hmm... Boleh tahan
kacak juga kau ni.”
“Kau!” Dia seakan terkejut
melihatku. “Bila kau
turun?” Dia seolah-olah
mahu menyembunyikan wajahnya daripadaku. Tetapi mengapa?
“Lama dah. Dari
tadi aku tengok kau
tengah berangan. Kau pun
suka
berangan macam aku? Baguslah, ada geng.” Aku mengambil motorku menghampirinya.
Mukanya bertukar
merah. “Mana ada. Kau sahaja
yang suka berangan. Suka-suka mahu mengajak
orang
lain masuk kelab dia.” Protesnya.
“Whatever
Mr. Secret! Aku mahu
pulang.”
“Nanti!”
Dia menahanku.
“Kenapa lagi?” Aku malas mahu melayannya. “Cepatlah sikit. Aku
mahu pulang.”
“Kau nak balik
awal-awal kenapa?”
Selamba aku
menjawab, “Nanti cerita Korea
aku habis.”
Dia mengetuk kepalaku. “Aku ingat, ada
benda penting sangat kau
hendak buat.”
Aku merengus
perlahan. “Suka hati akulah!”
“Boleh kita jumpa lagi esok?”
“Nak buat apa?
Aku bukan kenal kau
pun.”
“Saja. Aku suka
nak jumpa kau.”
“Tengoklah
macam mana. Aku
balik dulu. Bye!”
Terus aku memecut
meninggalkannya.
No comments:
Post a Comment