Naz bangun dari pembaringannya secara mengejut. “Aku sudah ingat!” Dia berlari mendapatkan sebuah album gambar di atas mejanya. “Sudah aku agak, pasti dia yang selama ini aku cari. Akhirnya, kau munculkan diri juga.”
Naz tersenyum lebar. “Patutlah hari itu dia cakap, dia juara menyanyi. Kenapalah aku tidak terfikir ketika itu? Aku siap boleh bercerita tentang dia dekat diri dia sendiri. Malunya aku.” Naz meraup laju mukanya.
Ashril Nazwan mengetuk pintu bilik adiknya. Diam tidak berjawab. “Sudah tidurkah?” Dia memulas perlahan tombol pintu. Dia menjenguk ke dalam bilik adiknya. Dia tersenyum nipis melihat adiknya yang sedang asyik melihat album gambar. “Bukan main khusyuk lagi aku tengok budak ini. Patutlah tidak berjawab.”
Ashril melangkah perlahan. Dia menjingkit sedikit supaya kehadirannya tidak di sedari Naz. Dia menolak perlahan bahu adiknya sambil menyergahnya, “Apa yang adik buat?!!” Naz menutup album gambar yang di pegangnya. Dia menyorokkannya di dalam laci mejanya. Naz bangun dan melangkah ke katilnya semula. “Kenapa Abang Aril masuk bilik orang tanpa memberi salam? Tidak baik tahu.”
Ashril tergelak kecil. Dia menghampiri adiknya. “Abang Aril tidak memberi salam? Ini tengok tangan Abang Aril.” Ashril menghulurkan tangannya dan menyambung, “Sudah naik merah tangan Abang Aril ketuk pintu bilik Naz. Dia yang berangan ingat kekasih lama, sampai kita ketuk pun dia tidak sedar, kita pula yang dipersalahkan.”
Naz mencebik. Dia memandang Ashril pelik. “Abang Aril masuk bilik Naz ada apa?”
“Tiada apa-apa. Abang Aril datang menjenguk sahaja. Sudah lama tidak bersembang dengan Naz.”
Dahi Naz berkerut. “Abang Aril tidak sihatkah? Tiba-tiba sahaja mahu mengajak Naz bersembang. Oh, maklumlah orang sibuk. Mana sempat mahu bersembang dengan adik sendiri.” Naz berpura-pura merajuk.
“Bukan tidak mahu bersembang dengan Naz, tapi Abang Aril sibuk sangat. Lagipun, Abang Aril tengok Naz macam tidak ada masa sahaja.”
“Eh, dia yang sibuk sepanjang masa mahu salahkan kita pula.”
Ashril tergelak kecil. ‘Adiknya ini kalau mengenakan orang memang tidak pernah gagal. Ada sahaja ideanya.’ Bisiknya di dalam hati. “Naz, sebenarnya ada orang nak jumpa Naz dekat bawah.” Akihrnya Ashril berterus terang.
Naz mengangkat sebelah keningnya tinggi. “Siapa?”
“Entahlah. Abang Aril tidak kenal tapi dia cakap dia kawan Naz.”
Naz menggaru dagunya. Dia mengetuk hujung jarinya di dahinya. “Lelaki ke perempuan?”
Ashril membelek-belek majalah yang sudah berada di tangannya. Tanpa memandang Naz, dia menjawab, “Lelaki.” Naz memandang Ashril. Dia merampas majalah di tangan Ashril. “Abang Aril, Naz tanya ni. Abang Aril boleh baca majalah pula. Orang tengah pening fikir, dia boleh rileks sahaja.”
Ashril merenung Naz. Dia menggenggam erat tangan adiknya. “Naz, kalau pening sangat, apa kata Naz turun bawah pergi tengok siapa yang cari Naz tu. Abang Aril tidak kenal dia siapa macam mana Abang Aril nak bagitahu.” Dia mengambil semula majalah yang di bacanya tadi.
Naz bangun mencapai tudungnya yang tersangkut di kerusi. Dia menyarung dan bersiap ringkas. Dia melangkah ke pintu biliknya. “Abang Aril, tak payah nak poyo sangat macam tengah khusyuk membaca. Sila keluar dari bilik Naz.”
Naz melangkah ke arah Ashril semula. Dia menanti Ashril. “Abang Aril.” Perlahan tetapi cukup tegas nadanya. Ashril memandang sekilas. “Kenapa?”
Naz mengetap bibirnya. “Abang Aril, keluarlah. Ingat Naz nak bagi Abang Aril duduk dalam bilik Naz? Jangan harap!”
Ashril masih menyandar di kepala katil seperti tadi. Dia meneruskan pembacaannya. Naz mencapai sebiji bantal lalu membalingnya ke arah Ashril. “Abang Aril!!!”
Ashril pantas meletakkan majalah di atas meja. Dia melangkah laju keluar dari bilik itu. Sempat dia berkata, “Nak pinjam bilik sekejap pun tak boleh!” Naz medengus perlahan. Dia menutup pintu biliknya dan turun ke bawah.
Naz mengintai di sebalik pintu. “Macam mana pula Mr. Secret boleh tahu rumah aku di mana?” Getusnya. Dia mengetuk kepalanya. “Pelupa betul aku ni. Tadi baru je tahu siapa Mr. Secret ni. Memang patutlah dia tahu di mana rumahku.”
Naz menghampiri Mr. Secret yang berada di taman mini rumahnya. “Kenapa kau datang sini?” Naz menjeling ke arah Mr. Secret. ‘Dia ni tersengih-sengih kenapa? Aku humban dalam kolam ikan tu nanti tahulah.’ Bisiknya.
Mr. Secret memandang Naz. Dia memusingkan badannya menghadap Naz. “Kau ni asyik nak marah-marah sahaja. Cubalah kau senyum sikit. Tengok muka kau tu, dah berkedut.” Jari telunjuknya di arahkan ke muka Naz. “Itulah, lain kali jangan marah-marah. Cuba senyum sikit.” Dia menayang-nayang senyumannya di hadapan Naz sambil menyanyi, “Senyum, tak perlu kata apa-apa.”
Naz tergelak kuat melihat aksinya. Dia menampar lembut bahunya. “Kau memangkan. Kau ingat aku tidak tahu siapa kau? Ini Ashiya Nazratul, tiada rahsia yang tidak dapat diungkaikan.” Dia mendabik dada. Hidungnya meninggi setinggi burung yang berterbangan di udara. Tangannya sudah bercekak di pinggang rampingnya.
Mr. Secret mencebik. Mulutnya berkumat-kamit mengajuk kata-kata Naz. “Macamlah bagus sangat budak yang bernama Ashiya Nazratul tu. Kalau kau tahu, siapa nama aku?” Soalnya.
Naz mengangkat keningnya dan menjawab penuh lancar, “Ammar Ikram bin Effandy. Pemenang pertandingan menyanyi tahun 2001 tetapi selepas berjaya memenangi pertandingan itu, dia telah melarikan diri. Hilang tanpa khabar berita yang di tinggalkan walaupun secebis ayat, selamat tinggal. Tinggallah kawannya di sini seorang diri.” Naz menunduk teresak-esak seolah-olah menangisi pemergiannya.
Ammar menekan-nekan perutnya menahan gelak. Sudah lama dia tidak melihat aksi over Naz. “Kau memang suka terlebih-lebih over. Tak payah nak menangis sangatlah budak.” Dia menolak Naz perlahan. Akhirnya tawanya terlepas juga.
Mata Naz tajam menikam wajahnya. Dia merenung Ammar lama seolah-olah melepaskan rindu dendamnya. ‘Sudah macam pasangan kekasihlah pula.’ Getusnya di dalam hati. Dia bersuara lantang, “Mana kau menghilang selama ini? Puas aku mencari kau.” Tangannya laju memukul Ammar.
Ammar mengaduh sakit. “Janganlah pukul aku. Macam mana aku nak bercerita kalau kau asyik mahu memukul aku? Cuba bawak bertenang. Kita berbincang. Kau ingat dengan cara begini kita dapat selesaikan masalah? Ini menambahkan masalah lagi adalah. Bertenang!”
“Apa kau mengarut, sengal?”
“Betul apa.”
Naz menghentak kakinya. “Aku sekeh juga kau ni nanti. Kau ingat kita ada masalah besar sangat ke? Cara kau cakap tu macam kita kena masuk mahkamah kalau nak settlekan hal ini.”
Ammar menggigit jarinya. “Bukan eh?”
Naz kembali duduk di kerusi yang menghiasi taman mini mamanya. “Sekarang kau cerita dekat aku apa yang jadi sebenarnya?”
Riak muka Ammar berubah tiba-tiba. Dia mengurut dahinya. “Sebenarnya... aku bukan nak menghilangkan diri. Sesuatu telah terjadi kepadaku.” Sebaik sahaja dia habis berkata, Naz menumbuk bahunya. “Mangkuk ayun betul mamat ni. Aku serius dia main-main pula.”
Ammar menoleh ke arah Naz. Matanya sudah memerah. “Dengar dulu apa yang aku mahu katakan.” Dia menarik nafas panjang dan di lepaskan perlahan-lahan. Dia menyambung, “Sehari selepas aku memenangi pertandingan itu, aku mendapat panggilan dari...” Ammar menarik nafas sekali lagi. Dia diam.
Naz sudah tidak senang duduk. Dia nafasnya turun naik menanti cerita Ammar yang seterusnya. Apabila lama menunggu akhirnya dia bertanya, “Asal kau suka cerita sekerat-sekerat? Penatlah aku nak tunggu. Kau tahu, kalau orang baca cerita kau ni pun, aku confirm punya dia orang tak nak baca dah. Lembab sangat kau bercerita.”
Ammar tersengih. Dia menayang barisan giginya yang elok tersusun. “Aku bukan apa. Aku nak juga masukkan unsur-unsur suspen.”
“Tak payah nak suspen sangat.”
“Okay. Aku dapat call dari Super Junior. Dia orang nak menyanyi dengan aku atas satu pentas.” Lancar sahaja dia bercerita.
Dahi Naz berkerut. “Super Junior?” Ammar mengangguk laju. “Kau, dapat call dari Super Junior?” Dia mengangguk lagi. “Idol dari Korea tu?” Ammar mengetap gigi. “Iyalah. Berapa kali kau nak tanya?”
Naz sudah ketawa terbahak-bahak. “Engkau, kalau nak menipu aku pun, jangan guna nama idol-idol Korea. Kau nak bohong tapi kau kata Super Junior call kau. Tahun 2001, dia orang tu still trainee dekat SM. Tahun 2005 baru dia orang debut, kau kata SuJu call kau ajak nyanyi sama-sama?” Naz menepuk-nepuk dahinya. Dia sudah mencangkung menahan tawa.
Ammar menggigit hujung lidahnya. “Alamak, kau bukan tak minat SuJu ke?”
“Kalau aku tak minat, aku tak boleh ambil tahu fasal dia orang?” Naz mengesat air matanya yang jatuh akibat ketawa.
“Kau tahulah ye. Tak bolehlah aku nak mengelat?”
Naz mengangguk. Dia kembali tenang. “Nope. Kau kena cerita juga.”
Ammar melepaskan lelah. “Aku ikut family aku. Kau tahukan family aku buat bisness. Parents aku banyak ke luar negara mencari peluang-peluang yang ada untuk mengembangkan lagi bisness mereka.”
“Habis, kenapa kau tidak memberitahuku awal-awal sebelum kau pergi?” Dia masih tidak berpuas hati.
“Macam mana nak beritahu kau kalau aku sendiri pun baru tahu pagi itu? Masa itu, aku sudah siap-siap mahu ke sekolah, tiba-tiba ibu suruh aku kemas baju.” Dia menjuihkan bibirnya. “Kau tahu sahajalah ibu itu macam mana. Kalau dia kata merah, maka dengan itu merahlah jawabnya.”
“Kenapa kau tidak menelefon aku? Hantar emel ke?” Naz mennyoalnya lagi. Sudah seperti perisik gayanya.
“Cik adik sayang, tahu pula aku emel kaukan. Zaman bila pula sudah ada emel semasa darjah lima?”
Naz tersengih. “Ada apa. Budak-budak sekarang. Jangan kata emel, facebook pun mereka ada. Malah, kawan-kawan dalam facebook mereka lebih ramai daripada aku.”
Ammar menggeleng. “Sebab itu aku tidak berapa hendak setuju apabila ibu bapa membenarkan anak-anak mereka melayari media sosial ini. Lihat sahajalah berapa ramai anak-anak kecil yang sudah ada facebook. Jangan sampi ianya melalaikan sudahlah.”
Naz mengangguk setuju. “Betul. Aku kadang-kadang takut bila tengok orang-orang yang request hendak berkawan. Kalau yang betul-betul ikhlas tidak mengapa. Ini tidak, ada yang mengarut, mencarut pun ada.” Menggigil badannya apabila memikirkan perkara itu.
“Kita ni sudah melalut. Kau tahu?” Ammar menyedarkanku.
“Tahu.” Kami berpandangan. Tawa di lepaskan kuat.
Naz menyambung, “Jadi selepas ini, kau balik sana semula?”
Ammar mengangkat bahu. “Rasanya aku tidak akan ke mana-mana. Sudah besar, takkan mahu menyusahkan parents lagi.”
Naz mengangguk kepala. “Kau nak buat apa sekarang?”
“Kerja kot.”
“Kau mahu kerja apa? SPM pun kau tidak ada.”
“Itulah fasalnya. Susahlah aku nak cari kerja.”
Naz memetik jarinya. “Kerja dengan aku nak?”
Ammar mengerut dahi. “Dengan kau?” Naz mengangguk. “Dekat pusat tuisyen tu?” Dia mengangguk laju dan menyambung, “Hari itu Kak Mai ada kata nak cari cikgu english.”
Ammar menggosok-gosok dagunya. “Hmm, okay juga.”
“Tapi, kau kena interview dulu.”
“Tak ada masalah. Bila?”
“Cantik! Esok, kau datang tempat aku. Nanti aku bagitahu Kak Mai.”
“Okay!”
BEST!!!! ^O^
ReplyDeletethanks!
ReplyDelete