Aqeef Ikhwan melangkah longlai memasuki Kelas 2. Kelas yang tadinya hingar-bingar menjadi sunyi sepi. Semua mata yang memandangnya tajam langsung tidak dihiraukan. Dia sudah begitu lali dengan keadaan itu. Seorang pelajar perempuan yang sedang menghadap buku di meja hadapan sekali bersuara lantang, “Tidak perlu merenung dia sampai tertembus dinding kelas sebelah. Bukan dia kisah pun.”
Sebaik sahaja Hanis habis berkata, mereka yang lain mula membuat kerja mereka semula. Kelas menjadi bising semula dengan suara pelajar-pelajar di dalamnya. Ada yang sedang berbual-bual kosong, bermain telefon bimbit dan pelbagai lagi ragam yang dapat di lihat termasuklah pelajar yang sedang khusyuk menelaah pelajaran.
Aqeef meletakkan kepalanya di atas meja berbantalkan lengan. Matanya ditutup rapat. Bakri menghampiri meja Aqeef. Mulutnya berkumat-kamit menyusun ayat. Suaranya menggeletar. “Aqeef.” Panggilnya. Aqeef mengangkat kepala. Bakri dihadapannya dipandang manis. Senyuman terukir dibibir.
“Awak mahu apa?” Bakri menghulurkan sehelai kertas kepadanya. Kertas bertukar tangan. Dia memandang sekilas. “Karangan?” Bakri mengangguk. Dia berkata, “Cikgu Naura suruh awak buat. Esok dia akan minta.” Bakri menunduk semula. Dia tidak berani bertentang mata dengan Aqeef. Bukannya Aqeef itu seorang yang jahat tetapi dirinya yang terlalu takut dengan mereka disekelilingnya. Sememangnya dia seorang yang pendiam sehinggalah suatu hari, Aqeef membantunya.
“Baiklah, terima kasih.” Aqeef meletakkan kertas yang diterimanya sebentar tadi di dalam meja. Dia meletakkan kepalanya di atas meja semula. Bakri kembali ke tempat duduknya semula.
***
Keesokan harinya, Aqeef lambat tiba di sekolah. Semasa dia sampai, guru kelasnya sudah memulakan sesi pembelajaran pada hari itu. Aqeef melangkah masuk melalui pintu belakang. Cikgu Naura memerhatinya lama sebelum menegur, “Kenapa awak lambat, Aqeef?”
Aqeef berdiri tegak di mejanya. Begnya diletakkan di atas kerusi. “Maaf.” Jawabnya ringkas. “Aqeef, selepas kelas ini, jumpa saya sebentar di bilik guru.” Aqeef duduk tanpa menjawab. Cikgu Naura meneruskan pengajaran sehingga kelasnya tamat. Aqeef membuntuti Cikgu Naura ke bilik guru.
Setelah melepaskan lelah, Cikgu Naura berpaling ke arah Aqeef. Matanya galak merenung Aqeef tidak lepas. Aqeef mengurut-ngurut batang leher. Baju sekolah di rapikan. Sesekali matanya mencuri memandang Cikgu Naura. Cikgu Naura bersuara perlahan, “Aqeef, awak ada masalah?”
Aqeef menggeleng. Cikgu Naura bertanya lagi, “Kenapa awak lambat hari ini?” Aqeef menggeleng lagi. Kemudiannya dia berkata, “Saya terlajak tidur.” Mata Cikgu Naura membuntang. Hampir sahaja tangannya memukul Aqeef yang sedang berdiri menghadapnya.
Cikgu Naura menarik nafas panjang. “Aqeef, sepanjang tiga bulan saya jadi guru kelas kamu, saya selalu perhatikan perangai kamu. Apabila cikgu beri latihan, kamu tidak buat. Semasa cikgu mengajar di hadapan, kamu tidur di belakang.” Aqeef hanya memandang sekeliling bilik guru itu. Sesekali dia menundukkan kepalanya. “Sudah hampir dua tahun kamu bersekolah di sini tetapi cikgu tidak pernah dengar cerita yang baik keluar dari mulut cikgu-cikgu yang pernah mengajar kamu.” Sambung Cikgu Naura lagi.
Kemudiannya, Cikgu Ashrif melangkah masuk ke bilik guru. Lama dia berhenti di sebelah Aqeef dan barulah dia bertanya, “Ada buat masalah lagikah?” Cikgu Ashrif memandang Cikgu Naura. “Tidaklah. Saya yang sengaja memanggilnya ke sini.” Lemah sahaja jawapan Cikgu Naura. Dia menyambung lagi, “Sekarang awak boleh masuk ke dalam kelas. Lain kali kita bincang lagi.”
Seminggu berlalu. Hari itu, Aqeef ke kelasnya seperti biasa. Sikapnya masih sama walaupun sudah diberi nasihat oleh Cikgu Naura. Baginya, dia ke sekolah kerana itu sahajalah tempat yang dia ada selain rumah dan tempat kerjanya. Semasa sesi pembelajaran, hari itu kelasnya menerima seorang pelajar baru.
“Baiklah semua. Hari ini cikgu hendak memperkenalkan kawan baru kepada awak semua. Cikgu harap awak tidak membuat masalah.” Cikgu Naura memanggil seseorang masuk. Semua mata memandang tepat ke arah pintu kelas mereka. Ada sahaja mulut yang tidak henti-henti berbicara.
Aliff bersuara perlahan, “Siapakah budak yang baru itu? Kau rasa lelaki ke perempuan?” Adi di sebelahnya menjungkit bahu.
Seorang pelajar lelaki melangkah masuk. Pelajar perempuan yang berada di dalam kelas itu tidak berkelip memerhatikannya. Aliff bersuara lagi, “Tengok-tengok semua mata budak perempuan terarah pada pelajar baru itu!” Nadanya berbaur cemburu.
Jinah di hadapannya berkata, “Daripada mata kami melihat awak, lebih baiklah kami melihat dia. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan.” Aliff mencebik. Dia menghadiahkan sebuah jelingan.
“Sudah diam semua!” Cikgu Naura bersuara lantang. Apabila kelas kembali tenang, Cikgu Naura menyuruh pelajar baru itu memperkenalkan dirinya. Dia berdehem kecil sebelum memulakan sesi perkenalan ringkas. “Nama saya, Zafran. Sila beri tunjuk ajar.”
Aqeef yang sedari tadi terlentok di mejanya menganggak kepala saat mendengar nama yang di dengarinya. Matanya tajam memandang Zafran. Dia membetulkan duduknya sebelum kembali menunduk. Mukanya berkerut seribu. ‘Bagaimana dia boleh berada di sini?’ Bisik hati kecilnya.
Zafran merenung Aqeef. Lama diperhatikannya. Cikgu Naura menoleh ke arah mereka berdua. ‘Macam ada yang tidak kena.’ Getusnya. Cikgu Naura mengarahkan Zafran duduk di tempat yang kosong. Dia memulakan kelasnya yang tertangguh sebentar tadi.
Waktu rehat itu, Aqeef masih duduk di tempatnya kaku. Semua pelajar di dalam kelasnya bergegas ke cafe sekolah untuk menikmati makan tengah hari mereka. Zafran berginjak dari tempat duduknya. Dia melangkah menghampiri Aqeef yang sedang menghadap ke luar melalui cermin tingkap. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Dia berdehem perlahan. Aqeef masih seperti tadinya.
“Apa yang kau orang berdua buat?” Tegur satu suara. Zafran menoleh ke pintu kelas mereka. Dia menunduk sedikit. “Jinah, tiada apa-apa. Saya cuma mahu melihat cuaca di luar sana.” Jinah mengangguk. Dia terus melangkah pergi.
To be continue... :D
No comments:
Post a Comment