“Ting!”
Naz menoleh ke
arah pintu lif
yang sudah terbuka
luas. Dia bergegas
berlari ke arah
lif. Kebetulan, seorang
lelaki yang baru
sahaja melepasi pintu
lif itu ditegurnya. Naz berteriak,
“Tunggu saya!” Mujur
sahaja dia sempat
menahan. Nafasnya di
tarik dalam-dalam sebelum
memasuki perut lif.
Naz
menjeling sekilas ke
arah lelaki itu.
“Terima kasih.” Bibirnya
digigit. Lelaki itu
masih seperti tadi
tidak sedikit pun
bergerak mahupun memandangnya.
Naz menepuk bahu
lelaki itu. “Awak,
terima kasih.” Lelaki
itu merengus perlahan.
‘Perempuan ini mahu
mengorat aku ke?
Ingat aku pekak?’
Bisiknya di dalam
hati. Dia mengukir
senyuman sinis. Sambil
memandang Naz, dia
berkata, “Ye cik,
saya dengar.”
Naz
mengangguk sebelum mengangkat
mukanya. Matanya terbeliak
besar apabila memandang
seraut wajah di
hadapannya. Jari telunjuknya
tepat pada muka
lelaki itu. “Kau!!”
Suaranya bergema di
dalam lif itu. Riak muka
Amirul berubah pucat.
Mukanya dipalingkan ke
atas. Kakinya dihentak
perlahan tidak berbunyi.
‘Cepatlah terbuka wahai
pintu lif.’
Naz
menghampiri Amirul. Mukanya
berkerut. Dia menyedut
udara perlahan. Dadanya
diusap perlahan. “Apa
kau buat dekat
sini?” Keningnya terjongket
sedikit. Matanya galak
menilik setiap inci
muka lelaki itu.
Amirul memandangnya sekejap.
Mata buntar perempuan
itu tidak berani
ditatap. Naz menyambung,
“Mengapa kau ekori
aku?”
Amirul
membesarkan matanya. Dia
bercekak pinggang. “Saudari,
tolong jangan perasan
boleh? Saya yang
sepatutnya bertanya soalan
itu.” Dia berpaling
sebaik sahaja habis
berkata-kata. ‘Dia yang
ekori kita, mahu
kata kita pula
yang ekori dia.’
Getusnya. Amirul menyambung
semula. “Aku kerja
dekat sini. Apa
pula yang kau
buat di sini?
Setahu aku, pejabat
ini tiada pekerja
seperti kau.”
Naz
menyepak kaki Amirul.
“Mulut kau memang
tak bayar cukai
ke?” Amirul menggosok-gosok buku
lalinya. ‘Perit gila!’
Pintu lif terbuka
sebaik sahaja tiba
di tingkat sepuluh.
Naz laju berjalan
keluar. Langkah kakinya
panjang dan deras.
Tangannya digenggam kuat.
Naz
menarik nafas panjang
sebelum melangkah masuk
ke dalam pejabat
A2M Production. Hari
ini dia perlu
menghadiri temu duga
bersama pentadbir-pentadbir di
syarikat ini. Naz
menghampiri kaunter berhampiran.
“Assalamualaikum.” Penyambut tetamu
yang bernama Suria
itu membalas senyumannya.
Mereka berjabat tangan.
“Ada
apa-apa yang boleh
saya bantu, cik?”
Naz
mengangguk kecil. “Saya,
Ashiya Nazratul.” Naz
menyerahkan sekeping sampul
surat kepada wanita
itu. “Saya ada temu duga
hari ini.”
Sampul
bertukar tangan. Suria
menilik sebentar surat
yang di terimanya.
“Tunggu sebentar ya
cik.” Suria kembali
ke tempat duduknya.
Dia bercakap-cakap sebentar
di telefon. Naz
memerhati sekelilingnya. Suasana
pejabat yang damai
dan pekerja yang
sangat peramah membuatkan
Naz tertarik dengan
keadaan itu.
Suria
menegur Naz yang
sedang asyik melihat
dekorasi pejabat itu.
“Cik Ashiya.” Naz
menoleh. “Cik Ashiya
boleh ikut saya
ke dalam sekarang.”
Naz mengangguk dan
membuntuti Suria.
“Sudah
lamakah awak bekerja
di sini?”
“Sejak
syarikat ini ditubuhkan.”
Naz
mengangguk. “Bila syarikat
ini ditubuhkan?”
Suria
tersenyum. “Baru sahaja
lagi. Dalam tahun
2009 kalau saya
tidak salah. Masa
itulah K-pop baru
hendak berleluasa.”
Naz
menjuih bibir. “Betul
jugakan. Awak pun
minat k-pop ke?”
“Tidaklah. Saya
bekerja di sini
pun sebab kebetulan
masa itu saya
tamat belajar. Mungkin
sudah rezeki saya.”
“Bos
garang tak?”
“Bos
kita baik. Dia
bukan jenis yang
suka-suka mahu memarahi
orang tetapi jika
sudah memang terbukti
kita bersalah, sesiapa
pun akan marah.
Sebenarnya, bos kita
bukannya minat sangat
dengan K-pop.”
Dahi
Naz berkerut. “Tak
minat?” Suria mengangguk
laju. “Nantilah saya
cerita. Sekarang awak
masuk dahulu. Dalam
lima minit lagi
mereka akan masuk.”
“Berapa
orang yang akan
interview saya nanti?”
Suria
menyemak sebuah fail
di tangannya. “Mungkin
tiga orang.”
Air
muka Naz berubah
sedikit. Suria tergelak
kecil apabila melihat
perubahan pada muka
Naz. Dia menepuk-nepuk
bahu Naz perlahan.
“Awak jangan risau.
Bos besar mungkin
tidak menggemari K-pop
tetapi lagi dua
orang bos itu,
gila K-pop. Awak
umpan sahaja mereka
dengan cerita-cerita K-pop
yang awak tahu.”
Naz
tersengih. “Macam mana
awak tahu saya
minat K-pop?”
Suria
tersenyum-senyum melihat aksi
Naz. “Kalau awak
tidak minat, masakan
awak mahu menjadi
juru gambar di
syarikat ini. Awak
lupakah ini syarikat
yang mengeluarkan majalah
mengenai K-pop?”
Naz
menepuk dahinya kuat. “Maaflah saya
takut sangat sehingga
terlupa.”
“Tidak
mengapa. Baiklah saya
perlu ke meja
semula. Good luck
untuk awak.”
Naz
menunduk sedikit. “Terima
kasih.” Setelah itu
Naz melangkah masuk
ke bilik mesyuarat
itu. Kamera yang
dibawanya diletakkan di
atas meja. Dia
sangat berterima kasih
kepada Ammar kerana
memberinya kamera itu.
Pintu
bilik di ketuk
dari luar. Seorang
lelaki yang berbadan
tegap dan seorang
wanita yang agak
muda dan tinggi
melangkah masuk penuh
bergaya. Pakaian yang
tersarung di badan
mereka sangat up-to-date.
Naz ternganga mulut
melihat keindahan ciptaan
Tuhan. ‘Ini fesyen
show ke sesi
temu duga?’ Bisik
hatinya.
Lelaki
yang bertubuh tegap
itu bersuara. “Saya
tahu awak teruja
dengan kekacakan yang
saya miliki tetapi
sila jangan terlalu
menunjuk. Tutup mulut
awak.” Sepantas kilat
Naz menekup mulutnya
dengan tangan. Muka
Naz berubah merah
apabila ditegur begitu.
“Maafkan saya.”
Wanita
yang sedari tadi
diam tidak bersuara
itu menegur rakannya.
“Wahai Encik Fikri,
tolong jangan terlalu
perasan.” Dia kembali
memandang Naz di
hadapan. “Maafkan saya
atas keterlanjuran kata-kata
dari rakan saya
ini.”
Naz
menggeleng laju. Lelaki
yang bernama Fikri
itu menyiku rakannya.
“Aku bukannya mahu
perasan tetapi itulah
hakikat yang kau
tidak boleh terima.”
Naz semakin tercengang
melihat gelagat mereka.
Hatinya berkata, ‘Aku
salah pilih kerjalah
aku rasa.’ Matanya
tidak lekang memandang
mereka yang masih
lagi bertekak.
Naz
mengetuk meja perlahan.
“Cik...” Jari telunjuknya
mengarah ke wanita
itu. Dia menghulurkan
tangan. “Saya Fazrina.”
Naz mengangguk dan
menyambut huluran tangannya.
“Cik Fazrina, bila
kita boleh mulakan
temu duga ini?”
Fazrina
mengerut dahinya. ‘Siapa
yang mahu interview
siapa?’ Naz perasan
akan perubahan di
muka Fazrina lantas
bersuara. “Maaf. Saya
cuma tidak mahu
membuang masa sesiapa.”
Fazrina mengangguk beberapa
kali.
Sedang
mereka berbual-bual, tiba-tiba
pintu bilik di
tolak dari luar.
Seorang lelaki tinggi
dan berkot biru
dan berseluar putih
melangkah masuk. Naz
menelan air liur.
Matanya tepat ke
arah lelaki itu.
‘Macam pernah nampak
sahaja lelaki ini.
Di mananya aku
nampaknya tadi?’ Naz
menggaru-garu kepala.
Amirul
memandang Naz tepat
ke muka. Matanya
membuntang. Dahi Naz
berkerut seribu. “Kau?!!”
Serentak mereka bersuara. Fazrina
dan Fikri tersentak.
Mereka lantas berdiri.
Fazrina berlari kecil
ke arah Naz.
Fikri menghampirinya. “Mirul,
kau kenal ke
siapa dia?” Dia
menghempas file yang
dipegang ke atas
meja.
Amirul
tersenyum sinis sambil
menarik kerusi. “Kau
yang perlu aku
interview?”
Naz
mencebik. “Kalau aku
tahu kau bekerja
di sini, tak
ada maknanya aku
nak minta kerja
di sini.”
“Really?” Amirul
mengangkat sebelah keningnya.
“Sekarang kau sudah
tahu jadi silakan
keluar. Aku tidak
memaksa tetapi itu
yang kau katakan.”
Naz
menggigit bibirnya. ‘Alamak!
Mulut tak reti
nak cover langsung.’
Naz menampar mulutnya.
Naz memandang Fazrina.
Isyarat tangan di
beri supaya Fazrina
membantunya. Fazrina menjongkit
bahunya. Naz menjuih
bibir. Dia menarik
nafas panjang. “Maaflah
bos. Macam inilah,
kita lupakan dahulu
hal yang berlaku
diluar.”
Amirul
ketawa kecil. “Lupakan?”
Naz mengangguk. “Kenapa
pula aku perlu mendengar
kata kau?” Naz
menunduk.
Fazrina
bersuara setelah lama
memerhatikan mereka. “Mirul,
aku tidak tahulah
apa masalah kau
dengan dia dekat
luar tetapi apa
kata kalau kita
selesaikan sahulu yang
di dalam ini?
Please be professional.”
Naz
mengangguk laju. “Lagipun,
kau yang bersalah.”
Amirul
memandang Naz tajam.
Suaranya sengaja ditinggikan.
“Siapa benarkan kau
menyampuk?” Naz menunduk
semula. Dia bermain
dengan jarinya. Amirul
tersenyum puas.
Selesai
sesi temu duga,
Naz melangkah longlai
keluar dari bilik
mesyuarat itu. Mukanya
berubah muram sebaik
sahaja melepasi zon
temu duga itu.
Sampul di tangannya
digenggam kuat. Dia
mengetap gigi. Sesekali
dia menggigit-gigit hujung
sampul itu.
Naz
menoleh kebelakangnya semula.
Dari luar dia
melihat Amirul tersenyum
kemenangan memandangnya. Giginya
yang putih ditayang
seperti iklan ubat
gigi. “Kau ingat
gigi kau cantik
sangat?” Naz merengus
perlahan.
Naz
menekup telinganya. “Saya
ada tugasan untuk
awak sebelum awak
di terima masuk
ke dalam syarikat
ini.” Amirul menolak
sekeping sampul surat
putih ke hadapan
Naz. Fazrina dan
Fikri mengerut dahi.
Mereka berbisik sesama
sendiri.
“Sejak
bila ada tugasan
sebelum di terima
masuk?”
Fazrina
menjungkit bahu. “Sawan
agaknya kawan kau.”
Mereka berdua tergelak
kecil. Fikri mengomen,
“Kau tak baik
mengata kawan sendiri.”
Fazrina menjeling Fikri
dari ekor mata.
“Kau yang gelak
lebih bukan aku.”
Amirul
mengeluh kecil sebelum
berpusing ke arah
rakan-rakannya. “Aku boleh
dengar apa yang
kau orang cakap.
Lain kali, kalau
nak mengumpat perlahan-lahan sedikit.
Ini macam nak
bagi satu pejabat
dengar.”
Fikri
menggigit hujung lidahnya.
“Mirul, sejak bila
ada tugasan macam
ini? Aku tidak
pernah tahu pun.”
Sambil
menyandar, Amirul tenang
berkata, “Aku baru
mulakannya hari ini.”
Fazrina
berteriak, “Yah!! Kau
ingat budak ini
bahan uji kaji
apa?”
Fikri
menyokong, “Ha’ah. Sudahlah
buat keputusan tidak
berbincang dengan kami.”
Amirul
masih bersandar dan
menyelimpangkan kakinya. Dia
mengeluarkan telefon pintarnya. Aplikasi
permainan di dalam
telefonnya di buka.
Seluruh isi bilik
mesyuarat bising dengan
muzik dari aplikasi
permainannya. Fikri mengetap
bibir. Tangannya digenggam
kuat.
Dia lantas
bangun dan merampas
telefon pintar dari
tangan Amirul. “Sebelum
aku buang telefon
mahal kau, lebih
baik kau explain
dekat kami.”
“Explain
apa lagi.” Amirul
mengambil semula sampul
yang di tolaknya
tadi dan mengeluarkan
isi di dalamnya.
“Ashiya Nazratul, itu
tugasan pertama awak. Sila
baca
dan siapkan tugasan
ini sebelum hari Khamis.”
Naz merampas
semula kertas dan
sampul yang dipegangnya.
“Baiklah bos. Terima
kasih!” Naz bersuara
sinis.
Amirul
tersenyum. “Sama-sama.” Dia
memandang Fikri semula.
“Settle.” Telefon pintar
di tangan Fikri
di ambil. “Ini
aku punya.”
Fikri tercengang.
Kepala Amirul di
tolak perlahan. “Tidak
guna punya bos.”
Naz
tersedar dari angan
yang panjang apabila
pintu di buka. Fikri
keluar
dari bilik itu. “Maaf bos.”
Fikri menghadiahkannya senyuman.
“Tidak mengapa. Sepatutnya kami
yang meminta maaf.”
Naz mengangguk
perlahan. Fikri berlalu
ke biliknya tetapi
dia kembali menghampiri
Naz dan berkata,
“Awak boleh buat
ke tugasan itu?”
Naz mengangkat
sampul di tangannya.
“Kacang sahaja bos.”
“Awak
sudah baca tugasan
yang perlu awak
siapkan?” Naz menggeleng
laju. “Saya rasa
lebih baik awak
baca dahulu sebelum
yakin awak boleh
lakukannya.”
Dahi
Naz berkerut. “Kenapa
pula?”
Fikri mengekek
ketawa. Sebelum dia
berlalu, sempat dia
memesan, “Selamat bekerja
Naz!”
Naz menggaru
kepala. Kertas di
dalam sampul di
ambil. Sehelai demi
sehelai di bacanya.
Beberapa keping gambar
menjadi tatapannya. Dari mencangkung,
Naz berdiri semula.
Dia memandang ke
dalam bilik mesyuarat
semula. Genggaman tangan
kecilnya di hala
ke arah Amirul.
Naz menjerit
kuat. “Bos!!!” Amirul
di dalam sudah
mengekek ketawa. Naz melompat
dan menghentak-hentak kakinya
di depan pintu
itu. “I hate
you, Amirul Syafwan!!!”
No comments:
Post a Comment