Naz
berhenti apabila lampu
isyarat bertukar kuning.
‘Ingat, kuning tanda
bersedia untuk berhenti
bukannya bersedia untuk
memecut!’ Dia berbicara
di dalam hati.
Naz memerhati perhentian
bas di sebelah
kirinya. Dia tersenyum
kecil saat mengingati
kenangannya bersama Ammar.
‘Di sinilah aku
mula berjumpa denganmu
setelah lebih kurang
12 tahun kau
menghilang.’ Getusnya.
Naz
berbicara perlahan, “Apakan
dayaku. Kehadiran kau
sebentar cuma.” Naz
melepaskan keluhan berat.
Dia menyambung semula,
“Kenapa kau rahsiakan
semua ini daripada
pengetahuanku?” Bahunya terangkat-angkat saat memikirkan hal
itu.
Naz
termenung jauh sehinggakan
gambarnya telah diambil
beberapa kali tidak
disedarinya. Amirul semakin
galak menekan punat
kameranya. Pelbagai aksi
Naz berjaya dirakamnya
tanpa disedari Naz.
“Dasyat juga bila
perempuan termenung.” Dia
bersuara perlahan. Langkahnya
semakin menghampiri Naz.
Dalam keasyikannya merakamkan
gambar-gambar
disekelilingnya, Naz memandangnya
tajam.
“Hoi,
apasal awak ambil
gambar saya?!”
Bahunya
sedikit terhenjut apabila
mendengar pekikan suara
Naz. Sempat dia
menangkap gambar pemandangan
disekitarnya. “Bila masa
pula saya ambil
gambar awak?” Amirul
berjalan perlahan ke
arah bus stop
di bahu jalan.
Naz mengekorinya sambil
berkata, “Habis, apa
yang ada dalam
kamera awak?”
Amirul
mengangkat kameranya sedikit.
“Ada gambarlah. Tetapi
bukannya gambar awak.
Jangan hendak perasan
boleh?”
Naz
mecebik. “Beri kamera
itu.” Dia menghulur
tangan. Amirul mengerut
dahi. “Awak mahu
buat apa?” Naz
menghentak kaki dan
menghampiri lelaki itu.
“Saya mahu pastikan
bahawa awak tidak
mencuri-curi mengambil gambar
saya.”
Amirul
mendengus perlahan. “Saya
sudah beritahukan, yang saya tidak
mengambil gambar awak. Awak
pun,
bukannya cantik sangat
untuk dijadikan sebagai
model saya.” Amirul
kembali menatap kameranya.
“Mamat
ini sengaja mahu
mencari fasal agaknya.”
Naz berjalan ke
arah motosikalnya semula.
Mulutnya berkumat-kamit menyumpah
seranah lelaki itu.
Motosikalnya dipecut laju
meninggalkan Amirul di
situ terpinga-pinga.
“Selamat
kamera aku. Yang
paling penting, aku
selamat dan tidak
terkantoi dengannya.” Dia
mengurut dada perlahan.
Amirul meninggalkan perhentian
bas itu dan
memulakan semula perjalanannya
yang terganggu.
Naz
tiba di hospital
agak lewat dari
perancangannya. Mengikut penyelidikkannya selama
beberapa hari ini,
keluarga Ammar akan
tiba di hospital
pada jam sepuluh
pagi. Jadinya dia
masih ada lebih
kurang setengah jam
untuk berjumpa dengan
Ammar. Naz mempercepatkan langkah.
Butang lif ditekan
menuju ke tingkat
atas.
Naz
membuka perlahan pintu
wad itu. Dengan
langkah yang berhati-hati,
dia menghampiri Ammar
yang terlantar di
atas katil. Dia
merenung Ammar lama.
Naz bersuara perlahan.
“Kau mahu tahu,
tadi aku jumpa
seseorang di bus
stop tepi jalan.
Dia mengingatkan aku
tentang kau.”
Naz
menyeka air mata yang
mengalir. Naz melihat
jam dipergelangan tangan.
“Alamak, sudah terlambat.”
Dia mengambil beg
yang dicampakkan di
atas kerusi. Naz
menghampiri Ammar semula
dan berkata, “Nanti
aku datang jenguk
kau lagi,” sebelum
melangkah keluar.
Kakinya
melangkah laju. Sesekali
dia memerhatikan keadaan
sekelilingnya memastikan tiada
seorang pun yang
menyedari kehadirannya. Dari
jauh, dia ternampak
Ammy bersama Mariam.
“Awal pula mereka
hari ini.” Naz
menuju ke kaunter
pendaftaran di lobi
hospital itu.
Naz
menjeling sekilas. Mukanya
ditutup dengan sehelai
kertas yang diambil
di atas kaunter
itu. Mariam menoleh
sekilas ke arahnya.
Naz lantas berjalan
seperti tiada apa-apa
yang berlaku. Mariam
mengecilkan matanya. Lama
dia memerhati Naz.
“Itu bukan Naz
ke?” Soalnya.
Ammy
memandang ke arah
yang ditunjukkan oleh
ibunya. “Di mana
ibu?”
“Sana.
Perempuan yang menutup
mukanya dengan kertas
itu.”
“Bukanlah ibu.
Kalau itu Naz,
tidak mungkinlah dia
tidak bertegur dengan
ibu.”
“Ibu
yakin itu Naz.”
Matanya galak memerhati
Naz yang semakin
menjauh.
“Sudahlah ibu.
Mari kita naik
ke atas.”
Mereka
beriringan memasuki perut
lif. Sesampai sahaja
mereka di dalam
bilik yang menempatkan
Ammar, Mariam mencari
sesuatu. Berkerut dahi
Ammy memerhatikan tingkah
laku ibunya itu.
“Ibu cari apa?”
Mariam
mengambil sejambak bunga
di atas meja
di sebelah katil
Ammar. “Ibu sudah
kata, tadi yang
kita nampak itu
Naz.”
“Macam
mana ibu boleh
tahu?”
“Bunga
ini.”
Ammy
mendekati ibunya. Dia
mengambil sejambak bunga
dari tangan Mariam.
“Bunga ini?” Mariam
mengangguk. “Bukankah bunga
ini memang akan
diberikan setiap hari?”
“Siapa
yang mahu beri?”
“Staff
di sini?”
“Ammy,
ini bunga yang
selalu Naz bawa
untuk Ammar.”
“Jadi
kenapa pun kalau
betul Naz yang
datang melawat Ammar?”
Dahinya bertambah kerutan.
“Ibu
pelik mengapa Naz
seakan-akan mahu mengelak
dari terserempak atau
berjumpa dengan kita.”
Mariam menggaru dagu.
Dia memandang Ammy.
“Ammy ada berjumpa
dengan Naz ke?”
Ammy
menggeleng laju. ‘Sebab
akukah dia tidak
mahu berjumpa dengan
kami?’ Getus hatinya.
Ammy berdehem kecil.
“Tidaklah ibu. Mungkin
dia ada hal
lain yang perlu
diselesaikan.”
“Tidak
mengapalah. Nanti Ammy
jumpa dengannya, beritahu
yang ibu mahu
dia datang melawat
Ammar semasa kita
ada di sini.”
“Baiklah
ibu.”
***
Ammy
setia menanti Naz
di restoran itu.
Semalam dia sudah
menitipkan pesanan ringkas
kepada Naz. Salah
faham yang terjadi
harus diperbetulkan. Dia
tidak mahu dipersalahkan
sekiranya Naz tidak
dapat berjumpa dengan
abnagnya buat kali
terakhir. Semalam keadaan
abangnya semakin teruk.
Naz
berjalan perlahan
menghampiri Ammy yang
sudah sedia menanti.
Dia menarik kerusi
di hadapan Ammy.
“Maaf lambat.” Tegurnya.
Ammy mengangkat kepala
sedikit. Sebuah senyuman
terhias di bibir
munggilnya. “Tidak mengapa.”
Naz
membuat pesanan apabila pelayan
restoran itu menghampirinya. Dia
kembali menumpukan perhatian
kepada Ammy di
hadapannya. ‘Budak ini,
kenapa nak jumpa
aku? Kalau sekadar
mahu merenungku, tidak perlulah
sehingga bertemu di
sini.’ Bisik Naz
di dalam hati.
Naz
menggigit hujung jarinya.
Kemudiannya, jarinya di
ketuk-ketuk di atas
meja. Dia bersuara
tenang. “Kenapa awak
mahu berjumpa dengan
saya?” Naz memecah
kesunyian. Ammy tergamam
seketika. Kakinya digoyang-goyang perlahan.
Naz memerhatikan tindakan
Ammy. ‘Apa kena
budak ini? Macam
ada buat salah
besar sahaja aku
tengok.’ Getusnya.
“Saya
ada buat salah
yang paling besar
dekat akak.” Akhirnya
Ammy bersuara. Nadanya
bergetar. Dahi Naz
berkerut seribu. ‘Dia
boleh baca fikiran
orang ke?’ Naz
mengecilkan matanya. ‘Sekajap!
Dia panggil aku,
kakak.’
Setelah
melihat Naz tidak
memberi apa-apa respon,
Ammy menyambung lagi.
“Sebenarnya, saya adik
kepada Ammar.” Naz
melopong. Matanya berkelip
laju. ‘Dia buat
lawak seramlah pula.’
Naz masih kaku
tidak bersuara.
Ammy
menundukkan wajahnya. Naz
berdehem kecil sebelum
bersuara. “Adik kepada
Ammar?” Ammy mengangguk
lemah. “Bukan kekasih
Ammar?” Soalnya lagi.
Tiada secalit senyuman
mahupun kerutan di
dahinya. Ammy mengangkat
mukanya. Dia berkata,
“Betul, saya bukan
kekasih abang Ammar.”
Naz
menarik nafas panjang.
“Kenapa hari itu
tidak bagitahu?”
“Saya
nak bagitahu tapi
akak laju sangat
jalan.”
Naz
menepuk dahinya. ‘Betul
juga. Dia bersungguh-sungguh panggil
aku hari itu.’
Katanya di dalam
hati. “Jadi, kenapa
awak nak jumpa
dengan akak?”
“Saya
nak minta maaf
sebab sudah menyusahkan
akak. Saya tahu
akak selalu datang
melawat abang tetapi
sekejap sahaja kerana
tidak mahu terserempak
dengan saya.” Ammy
menarik tangan Naz
perlahan. Tangannya digenggam
erat.
“Tidak
mengapalah kalau itu
yang awak risaukan.
Lagipun, akak tidak
mahu mengganggu masa
kamu sekeluarga.” Naz
tersenyum nipis.
“Akak,
datanglah tengok abang
Ammar. Kesian dia.
Ammy tahu dia
pasti mahu berjumpa
dengan akak.”
“Akak
tidak boleh berjanji.
Lagipula, sekarang ini
tempat kerja akak
sangat kelam-kabut.” Naz
melepaskan lelahnya. Air
mukanya berubah sayu.
Ammy serba salah.
“Akak kerja di
mana?”
“Pusat
Tuisyen Ceria.”
Ammy berkerut
dahi. ‘Macam pernah
dengar sahaja.’ Bisiknya.
Ammy menepuk tangan.
“Sama kerja dengan
abang?” Naz mengangguk.
“Akak mengajar apa?”
“Matematik.” Jawab
Naz sepatah.
“Macam
mana akak boleh
kerja di situ?”
Ammy bertanya lagi.
Naz
menjawab ringkas, “Kakak
ipar akak yang
punya.”
Mulut Ammy
membulat. “Akaklah yang
bawa abang kerja
di situ?” Naz
sekadar mengangguk. Dia tidak
berminat dengan soalan-soalan
yang keluar dari
mulut Ammy. Kepalanya sudah
sarat memikirkan bagaimana
mahu membantu Kak
Mai mencari guru
ganti.
“Sorry
kak, Ammy banyak
tanya pula.”
Naz senyum
kecil. “It’s okay.”
Mereka
diam seketika. Ammy menyedut
minumannya yang masih
berbaki. Tiba-tiba dia
menepuk meja dengan
kuat. Pelanggan-pelanggan lain
yang sedang menikmati
makanan mereka juga
terkejut dengan tindakan
Ammy. Naz yang
sedari tadi asyik
termenung sedikit kaget.
Mukanya berubah pucat.
“Maaf. Maaf.” Ammy
menunduk sedikit kepada
orang ramai.
“Kenapa
dengan Ammy?” Naz
bersuara setelah keadaan
kembali normal. Mereka tidak
lagi diperhatikan bagai
melakukan kesalahan besar
seperti tadi. Ammy tersengih
menayang gigi putihnya.
“Ammy ada cadangan
bernas untuk akak.”
Naz menggaru
dagunya. “Cadangan apa?”
“Akak
sekarang sakit kepala
fikir fasal cikgu
gantikan?”
Naz mengangguk
sebelum menjawab, “Ye
dan kenapa?”
Ammy memetik
jarinya. “Akak perlukan
cikgu bahasa inggeris?”
Naz mengangguk sekali
lagi. Kali ini
dia mendekatkan dirinya
sedikit kepada Ammy. “Ammy ada
calon yang sangat
sesuai dengan jawatan
itu.”
Jawab Ammy melegakan
Naz. “Siapa?” Tanpa
berlengah, Ammy mengeluarkan
sekeping kertas dari
dalam begnya. Pen juga
di capainya. Dia menulis
sesuatu dia atas
kertas tadi. Kemudiannya
diserahkan kepada Naz.
Naz
membaca sedikit kuat. Cukup
di
dengari oleh mereka
sahaja. “Saya, Ammy
Irdina binti Effandy
ingin menawarkan diri
untuk menjadi guru
bahasa inggeris di
Pusat Tuisyen Ceria
dan berjanji akan
menceriakan pusat tuisyen
itu dengan kecantikan
yang saya miliki.”
Naz memandang Ammy
penuh tanda tanya.
“Awak
pasti ke?”
“Ye,
saya sangat pasti.”
Naz mengangguk-angguk. “Nanti
akak hantar resume
dekat Kak Mai. Jangan
lupa
bagi resume Ammy
pula.”
“Baik
bos!”
No comments:
Post a Comment