Di
hujung talian, Naz
terdengar suara mengah
Ammy. “Akak, datang
hospital sekarang!” Tanpa
salam, Ammy memberi
arahan.
Dahi
Naz makin berkerut.
Dia menyoal, “Mengapa?”
“Abang
Ammar.” Mata Naz membuntang. Dia
lantas bangun dan
memasuki bilik air.
Dia bersiap ala
kadar. Tiba-tiba dia
terhenti di depan
pintu biliknya. Naz
melangkah ke katilnya
semula. “Ammy!” Katil
yang tadinya kemas
menjadi berselerak. Telefon
pintarnya di capai.
“Fuh!”
Naz mengelap dahinya.
“Nasib baik si
Ammy ini cerdik.
Macam manalah aku boleh lupa nak tutup
call?” Dia menggeleng
berkali-kali. Naz bergegas
turun ke bawah.
Kunci motornya yang
tersangkut di kabinet
kunci di ambil.
Sesampai
sahaja dia di
hospital, seluruh ahli
keluarga Ammar sudah
berada di situ. Kaki
terasa
lemah. Langkahnya menjadi
longlai. Lututnya bergeletar.
Hampir sahaja dia
terjelepuk di atas
lantai. Mujur ada
seorang nurse yang
kebetulan berada di
situ sempat menyambutnya.
Ammy menghampiri
Naz. Mukanya sudah
sembab akibat menangis.
Mariam di hampirinya.
Dia memeluk tubuh
wanita itu. Anak matanya
merenung ke mata
Mariam. Mariam menunduk
seketika sebelum menggeleng
lemah. Tangisannya makin
menjadi-jadi. Naz meraup
mukanya.
Naz
menggenggam tangan Mariam.
“Ibu, Naz nak
tengok dia sekejap
boleh?”
Ammy
memandang ibunya. Ibunya mengangguk
setuju. “Ammy, bawa
Naz tengok abang
sekejap. Kesian Naz
tak dapat jumpa
Ammar.” Ammy memimpin
Naz ke dalam
bilik Ammar.
Badan kaku Ammar ditenungnya.
Dia mendekati katil
Ammar. “Ammy, tengok
muka Ammar. Tenang sahajakan.
Dia senyum.”
Ammy menyeka
air mata. “Akak,
Ammy tahu akak
terkilan sebab tidak
dapat jumpa abang
buat kali terakhir.”
Naz cuba
untuk tersenyum. “Tidak
Ammy. Akak seronok
dapat berjumpa dengan
dia walaupun sekejap.
Ammar baik sangat
dengan akak. Cumanya,
akak terkilan sebab
tak dapat tolong
dia.”
Ammy menepuk-nepuk
belakang Naz. Bahunya dipeluk
erat. Ammy membawa
Naz keluar. Dia tidak
mahu arwah abangnya
terseksa melihat tangisan
mereka. “Akak, redhalah
dengan apa yang
berlaku.”
Hidungnya sudah
memerah. Matanya laju
mengalirkan air. Jasad Ammar
di bawa keluar.
Naz memerhati dengan
pandangan kosong. Ahli keluarga
Ammar yang lain
sudah mengikuti mereka.
Naz tetap kaku
di kerusi pelawat.
Ammy berpatah balik
ke arah Naz. “Mari kak. Kita
balik.”
***
Selesai majlis
tahlil pada malam
itu. Sudah tujuh
hari berturut-turut rumahnya
dipenuhi tetamu. Ammy melangkah
ke dalam bilik
abangnya. Sebuah almari
yang agak tersorok
di sebelah meja
abangnya diselongkar. Sebuah kotak
sedarhana di bawa
keluar. Ammy menutup
semula almari itu
sebelum keluar mencari
Naz.
Naz yang
sedang termenung di
kolam renang didekatinya.
Kotak yang di
bawanya bersama disorokkan
di belakang badan.
“Akak!” Ammy bersuara
ceria. Naz mengangkat
kepala. Air mata
yang mengalir cepat-cepat
disekanya.
“Akak,
sudah-sudahlah menangis. Itu semuakan
kerja Allah. Kita kena
redha.” Ammy menasihatinya.
Naz memandang
Ammy dengan kerutan
di dahi. “Macam
mana Ammy boleh
setenang ini?”
Bahunya terangkat
sedikit. “Mungkin sebab
Ammy sudah lama
bersedia.” Kepala Naz
terangguk-angguk. Ammy menyambung
lagi, “Tetapi masa
mula-mula kami dapat
tahu yang abang
sakit, lama juga
Ammy menangis. Masa itu,
keadaan abang teruk
sangat. Sampailah satu
masa tu, miracle
datang.”
Naz tergelak
mendengar kata-kata Ammy. “Miracle?”
Ammy mengangguk.
“Kami bawa abang
ke hospital. Bagi rawatan.”
Suara Ammy mula
mengendur. “Sayangnya, abang
tetap tak dapat
nak hidup lama.”
Naz memeluk Ammy. Kepala
remaja
itu diusap perlahan.
“Akak
faham perasaan Ammy. Sedangkan
akak
yang hanyalah seorang
kawan pun menangis,
inikan pula Ammy
sebagai adik dia.”
“Tapi
Ammy kagum dengan
abang. Dia bertahan
lebih lama dari
apa yang doktor
jangkakan.” Ammy kembali
tersenyum. ‘Kuat betul
semangat gadis ini.’
Bisik Naz di
dalam hati. Ammy mengambil
kotak di belakangnya.
Dia membuka
kotak itu dan
mengeluarkan isinya. “Akak,
ini surat dari
abang.” Sehelai kertas
dihulurkan kepada Naz. Naz
mengambil lalu
membukanya. Setiap ayat
yang ada di
dalamnya di baca
satu per satu. Air
matanya
kembali mengalir.
“Naz,
aku sayang kau
lebih dari seorang
kawan.” Suaranya serak
basah. Dia menyambung
lagi, “Kenapa kau
tidak pernah perasan?
Tidak mengapa. Aku tidak
mahu kau serba
salah.” Naz menoleh
ke arah Ammy.
Ammy
mengangguk kecil. “Sebenarnya,
Abang Ammar sayang
sangat dekat akak. Dia
selalu
cerita fasal akak
dekat Ammy.”
“Cerita
fasal akak?” Naz
menggaru kepala.
“Yup.
Dia cakap dengan
Ammy, dia nak
sangat jumpa akak dan
luahkan perasaan dia. Satu
hari,
dia sudah beli
tiket untuk pulang
ke Malaysia tetapi
dalam perjalanan dia
ke airport, abang
pengsan dan hari
itulah kami dapat
tahu dia sakit.”
Naz sudah
duduk bersila. Badannya dihadapkan
ke arah Ammy. Ammy
menyambung, “Bila
dia sihat semula,
Ammy ada juga
bertanyakan dia tentang
akak. Abang kata
dia tak nak
luahkan perasaan dia dekat
akak sebab dia
tak mahu akak
bersedih kalau dia
pergi.”
Naz tersenyum
sinis. “Akhirnya akak
yang menangis lebih
dari Ammy.” Ammy
ketawa kecil. “Akak,
janji dengan Ammy
sesuatu boleh?”
“Apa
dia?”
“Jangan
sesekali menangisi pemergian
abang lagi?” Ammy
merenung anak matanya.
Matanya kelihatan sayu. Lama
Naz
mendiamkan diri dan
akhirnya dia mengangguk.
Naz berkata, “Tetapi,
Ammy pun kena
janji dengan akak,
jangan balik sana
balik.”
Ammy
mengerut dahi. “Kenapa
pula?”
“Akak
ingat nak berhenti
kerja. Akak tidak
sanggup lagi nak
kerja di situ.”
Naz menunduk. Sambungnya,
“Kalau akak berhenti,
Ammy pun berhenti
kesian pada Kak
Mai.”
Ammy
mengangguk. “Ammy faham.
Lagipun, Ammy sudah
tiada apa-apa di
sana. Family Ammy
pun dah pulang
ke sini semula.
Abah kata, dia
sudah penat mahu
bekerja.”
“Terima
kasih Ammy.” Mereka
berpelukan.
“Oh ya
akak. Ini kamera
abang. Dia suruh
beri pada akak.”
“Untuk
apa?”
“Sebenarnya sudah
lama dia mahu
berikan kepada akak.”
“Sebab?”
“Dia
cakap akak suka
tangkap gambar.”
“Wait.
Macam mana dia
boleh tahu?”
“Facebook.”
“Don’t
tell me...” Naz terdiam.
Dia memandang Ammy
meminta penjelasan.
Ammy tersengih.
“Dia selalu tengok
perkembangan akak dekat
facebook. Dari situlah
dia tahu akak
suka ambil gambar.”
“But
DSLR?” Naz menghulurkannya semula
kepada Ammy. “Akak tidak
boleh terima. Ianya terlalu
mahal untuk akak
simpan.”
“Guna
sahajalah akak.” Ammy
menolak tangan Naz
kembali. “Lagi satu,
abang pesan suruh
cakap dekat akak
yang dia mahu
akak gunakan kamera
ini untuk menjana
pendapatan. Dia kata,
akak kalau jadi
fotografer mesti berjaya.”
Naz menggeleng
sambil tergelak. “Jangan
merepeklah Ammy. Akak bukannya
pandai ambil gambar.”
“Akak
lagi merepek. Ammy sudah
lihat gambar-gambar yang
akak ambil. Semuanya lawa
dan berkualiti.” Ammy
memuji Naz. “Akak
guna sahajalah. Mana tahu,
ada artis Korea
datang, akak boleh
ambil gambar mereka.
Kemudian, hantar di
syarikat majalah. Untung-untung
akak di terima
bekerja.”
Naz mengangguk.
Ammy menyambung lagi, “Akak kata
nak cari kerja
lain. Jadi, Ammy
cadangkan akak pergi
minta kerja di
syarikat ini.” Ammy
menghulur sekeping kad.
Naz berkata, “Jangan
kata, ini pun
abang awak yang
suruh.”
Ammy
tergelak kecil. “No. Ini
dari
Ammy. Ammy terjumpa
iklan nak cari
fotografer yang minat
k-pop.”
“Perli
akak ke?”
“Tak
adalah. Ammy pun
minat apa.” Dia
tersenyum manis. “Bagi
Ammy, tak salah
asalkan dapat menguntungkan
kita.” Naz mengangguk.
“Jadi, gunakan sebaiknya.”
“Baiklah. Akak dengar
nasihat awak itu. By
the
way, thank you
so much, Ammy.”
Ammy mengangguk. Mereka berpelukan
dan melangkah ke
dalam rumah.
Seminggu selepas
kenduri tahlil di
rumah Ammy, Naz
kembali ke pusat
tuisyen tempatnya mengajar.
Naz menunggang motosikalnya
dan berhenti di
lampu isyarat. Ingatannya kembali
mengenangkan peristiwa dia menunggu Ammar
di situ. Setiap kali
hendak ke kelas,
mereka pasti akan
bertemu di sini
dan bergerak bersama-sama.
Hari ini dia
keseorangan.
Amirul yang
memandu kereta berhenti
betul-betul di belakang
Naz. Dia memerhatikan
Naz. “Budak ini
yang selalu berangan
itu. Hari ini
dia seorang diri
pula.” Kamera yang
terletak di tempat
duduk sebelah di
ambil. Gambar Naz
di ambil beberapa
keping.
“Dia
tak nak jalan
ke?” Amirul membuka
tingkap keretanya. Dia bersuara
lantang. “Woi, jalanlah.”
Naz
tersedar dari angannya.
Dia bergerak ke
tepi sedikit memberi
ruang kepada pemandu
lain. Kepalanya ditundukkan
sedikit. ‘Kenapa tak
mahu jalan? Tadi beria-ia
suruh aku jalan.’
Getusnya. Naz berjalan
ke perhentian bas
berhampiran.
Amirul keluar
dari perut kereta.
Dia melangkah ke
arah Naz yang
sedang duduk memandang
lantai. Dia menegur,
“Awak memang suka
berangan ke?”
Naz mendongak.
Dahinya berkerut apabila
melihat lelaki itu. “Kau?!”
“Kenapa
dengan aku?” Amirul
terkejut.
“Kau
yang ambil gambar
aku hari itu.”
Amirul menggaru
dagu. ‘Macam mana
dia tahu aku
ambil gambar dia
tadi?’ Bisiknya. “Bila
pula aku ambil
gambar kau?” Amirul berpura-pura
tidak bersalah. Riak mukanya
cuba ditenangkan.
“Kau
ingat aku boleh
lupa muka kau?”
Amirul semakin
panik. ‘Aku pernah
jumpa dia ke?’
Dahinya berkerut-kerut mengingati
Naz. Tiba-tiba dia
menepuk tangan kuat. ‘Dia inilah
yang aku nampak
hari itu. Macam manalah
aku boleh lupa.’
“Aku tak
kenal kau. Kau salah
orang kot.”
Naz menggeleng.
“Aku yakin itu
kau. Mana kamera
kau? Aku mahu
lihat.”
“Aku mana
ada kamera.”
“Jangan
bohong.” Naz tidak
mahu mengalah. Dia sangat
pasti, lelaki inilah
yang mengambil gambarnya
secara rahsia.
“Kau
tengok di tangan
aku. Mana ada
apa-apa. Sudahlah aku
mahu ke pejabat.”
Amirul berlari ke
keretanya. Dengan pantas
dia memasuki kereta
dan memecut laju.
No comments:
Post a Comment